• Home
  • Berita
  • Foto Artis
  • Filem
    • Sinopsis
  • Drama
  • Gossip
  • Hubungi Budiey

Sensasi Selebriti

Berita Hiburan Malaysia, Gambar Selebriti Terbaru, Gossip Artis, Filem, Muzik, Video & Teater

  • Events
    • Anugerah Bintang Popular
    • Anugerah Blockbuster
    • Anugerah Emmy
    • Anugerah Grammy
    • Anugerah Industri Muzik
    • Anugerah Juara Lagu
    • Anugerah Oscar
    • Anugerah Planet Muzik
    • Anugerah Seri Angkasa
    • Anugerah Shout!
    • Festival Filem Malaysia
    • Festival Muzik KL
  • TV
    • Astro
    • TV1
    • TV1
    • TV2
    • TV3
    • TV9
    • 8TV
    • NTV7
    • TV Al-Hijrah
  • Radio
    • Suria FM
    • Hot FM
  • Album
  • Fesyen
  • Teater
  • Travel
  • Gadget
  • Peraduan
  • Advertorial
  • K-Pop

Senarai Peserta Superstar Astro Ceria

6
  • by Budiey
  • in Astro
  • — 15 Nov, 2012

Lapan kumpulan sedia berentap
Astro Ceria sedia platform kanak-kanak tonjol bakat bidang tarian

Melihat kepada fenomena bidang tarian yang semakin menjadi ikutan ramai, Astro Ceria berbesar hati membawakan sebuah program realiti khas untuk kanak-kanak yang meminati bidang ini berjudul SUPERSTAR. Sebanyak lapan kumpulan peserta telah dipilih barisan juri profesional hasil pencarian bakat di lima buah negeri di seluruh negara. Kesemua peserta ini bakal bersaing dan mengejar gelaran juara yang akan disiarkan setiap hari Ahad bermula 11 November 2012 pada jam 11.00 pagi hanya di saluran Astro Ceria (611).

Lapan kumpulan peserta yang terpilih adalah THE IMPOSIBBLE KIDZ, E’QUEEN, AMY & MAJIDAH, SECRETS, GEMERSIK TARI, KRAZY-G, CAPTIVATION serta LEELEESM.

Pengurus Saluran Astro Ceria, Hadzelynda Khairuddin berkata, “Semenjak dilancarkan pada 31 Ogos 2006, Astro Ceria sentiasa menjadi pilihan utama penonton kanak-kanak di Malaysia. Program-program terbaik kami seperti Tom Tom Bak, Geng Bas Sekolah, Kamilah Bintang dan pelbagai program lain sentiasa menjadi pilihan utama penonton setia saluran ini. Tidak terhad kepada golongan kanak-kanak, rancangan televisyen yang disajikan di saluran ini juga ternyata turut digemari oleh seisi keluarga yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur.”

Pihak Astro Ceria sentiasa tampil dengan kelainan selain memberi inspirasi dan aspirasi kepada kanak-kanak. Justeru, kami hadir dengan sebuah program pertandingan realiti untuk mencungkil bakat-bakat baru dalam bidang tarian yang turut mempromosikan amalan kehidupan yang sihat menerusi aktiviti fizikal ini. Kanak-kanak ini akan dilatih untuk memberikan tumpuan dan meningkatkan kecekapan mengikut rentak tari, seterusnya berupaya mencergaskan badan dan membina keyakinan dalam diri mereka.”

“Selain mengasah bakat tarian yang dimiliki, para peserta juga boleh mengambil peluang ini untuk mempelajari pelbagai jenis tarian samada tradisional mahupun moden. Banyak yang mereka boleh kongsikan daripada gerak tari, koreografi dan juga fesyen terkini,” tambah Hadzelynda.

SUPERSTAR akan dikemudikan oleh penyanyi yang juga terkenal dengan kemahirannya menari shuffle, Khairil Azam Pilus atau Aril. Program ini turut membawakan pengacara kesayangan kanak-kanak, Aznil Haji Nawawi sebagai Penaung program SUPERSTAR. Terdahulu, Syera Aiyob akan muncul sebagai pengacara lokasi pada episod pertama yang akan menyiarkan aksi ujibakat di lima buah lokasi iaitu Kuantan, Johor Bharu, Kota Kinabalu, Kuching dan Shah Alam.

Selama lapan episod, para penonton akan dibawa melihat perkembangan setiap peserta ini. Pada episod pertama, penonton akan dibawa melihat sesi ujibakat yang telah diadakan sebelum ini. Sesi bengkel tari Superstar di episod kedua pula akan menyaksikan sebanyak 16 kumpulan peserta yang layak diasah lagi bakat mereka dengan tujuan memperlihat versatiliti dalam pelbagai genre tarian serta keserasian antara mereka sebagai persiapan untuk ke peringkat seterusnya.

Episod ketiga dan seterusnya bakal menyaksikan lapan kumpulan peserta bertanding dan mereka akan diadili oleh pihak juri dan proses penyingkiran akan dilakukan sehinggalah empat peserta terakhir dipilih untuk berentap di pusingan akhir kejuaraan SUPERSTAR pada episod kelapan.

Juara SUPERSTAR bakal membawa pulang wang tunai sebanyak RM20,000 berserta hadiah iringan.

Sepanjang pertandingan SUPERSTAR, kesemua peserta akan berpeluang untuk mendapat latihan dan bimbingan daripada koreografer terkenal dan terhebat tanahair iaitu Ray Redzuan, Dayang Dayana, Saiful, Alam, Lilo, Yandi, Arroy dan Becky. Persembahan mereka kemudian akan diadili oleh tiga orang juri dan markah akan diberikan berdasarkan teknik serta kemahiran, irama lagu, serta persembahan keseluruhan pertandingan.

Farah Sulaiman dan Mohd Zulfarqar, atau dikenali juga sebagai Belalang, merupakan dua juri tetap Superstar. Antara yang bakal menjadi juri jemputan pertandingan tarian ini adalah Nabil Ahmad dan Adam.

Hadzelynda menambah, “Menyaksikan anak atau adik-adik kita mengembangkan bakat dan belajar membina keyakinan diri dalam program Superstar merupakan suatu proses pembelajaran tambahan di luar bilik darjah. Sokongan yang diberikan oleh ibu bapa dan keluarga terhadap minat kanak-kanak ini pula menjadikan mereka merasa lebih dihargai dan disayangi, sekaligus memenuhi impian mereka untuk beraksi mempamerkan kebolehan masing-masing. Siapa tahu, ada di kalangan mereka yang bakal menjadi ikon seni tari negara yang terkenal dan disegani suatu hari nanti”

Jadi jangan lupa menyaksikan rancangan realiti khas untuk kanak-kanak yang meminati bidang tarian berjudul SUPERSTAR pada setiap hari Ahad bermula 11 November 2012, jam 11.00 pagi hanya di saluran Astro Ceria (611)! Untuk Kita Aje!

PROFIL PESERTA

Kumpulan | THE IMPOSSIBLE KIDZ
Nama | Joshry Adamme, 11 Tahun
Faritz Danial, 13 Tahun
Syarafana Aida, 12 Tahun
Asal | Selayang, Selangor
Genre Tarian | Hip Hop/Moden

Kumpulan | E’QUEEN
Nama | Fatin Wardinah, 10 Tahun
Aleesa Sofea, 9 Tahun
Asal | Seri kembangan, Selangor
Genre Tarian | Moden

Kumpulan | AMY & MAJIDAH
Nama | Amy, 13 Tahun
Majidah, 13 Tahun
Asal | Damansara Height, Kuala Lumpur
Genre Tarian | Ball, Jazz

Kumpulan | SECRETS
Nama | Rasyitah, 13 Tahun
Marsya, 13 Tahun
Fatin, 12 Tahun
Syarmimi, 12 Tahun
Firdaus, 10 Tahun
Asal | Kuala Lumpur
Genre Tarian | Hip Hop/Moden

Kumpulan | GEMERSIK TARI
Nama | Haziq, 12 Tahun
Aqmal, 11 Tahun
Ria, 13 Tahun
Hilal, 13 Tahun
Farid, 13 Tahun
Daniel, 10 Tahun
Asal | Johor Bahru, Johor
Genre Tarian | Tradisional

Kumpulan | CAPTIVATION
Nama | Farah Sofea, 13 Tahun
Liyana, 12 Tahun
Asal | Subang Jaya, Selangor
Genre Tarian | Ball/Jazz

Kumpulan | KRAZY – G
Nama | Yu Ki, 14 Tahun
Ying Ying, 14 Tahun
Louisa, 13 Tahun
Karen, 13 Tahun
Simone, 13 Tahun
Isabelle, 13 Tahun
LeAnn, 12 Tahun
Asal | Cheras, Kuala Lumpur
Genre Tarian | Moden

Kumpulan | LEELEESM
Nama | fairuz Wardina, 13 Tahun
Hariz, 13 Tahun
Siti Mariam, 13 Tahun
Zahirah, 13 Tahun
Asal | Shah Alam, Selangor
Genre Tarian | Moden

Komen via Facebook

Komen

Share

Tags: astro ceriaSenarai PesertaSuperstar

— Budiey

Seorang penulis blog hiburan & gaya hidup sepenuh masa, Photo Journalist, kerap bertwitter & facebook, videoman, new social media, copy writer, penulis iklan & advertorial, content provider & househusband. Obses dengan filem seram & thriller.

  • Previous story Media Prima’s Key Events Shortlisted At Regional Awards
  • Next story Maxis Rai Deepavali Dengan Tawaran Menarik

ENTRI BERKAITAN

  • Senarai Tenaga Pengajar Projek Mega Anak Wayang Astro 24 Apr, 2009
  • Gambar Mawi di Projek Beautiful Malaysia di Semporna Sabah 16 Oct, 2011
  • Nabil Mat Despatch Juara Raja Lawak Musim Kedua 16 Mar, 2008
  • Battleground 2011 Auditions 24 Aug, 2011

6 Comments

  1. nur fitrah says:
    Friday, December 7, 2012 at 2:03 pm

    adoi….

  2. noname says:
    Monday, December 24, 2012 at 9:22 am

    Saya nak tahu , Apa name fb A and M ?

  3. Jojo Lekluu says:
    Tuesday, December 25, 2012 at 3:43 pm

    says nak tahu, fb A&M dan SECRETS…apa fb mereka yea

  4. Faten NurFarhana says:
    Monday, December 31, 2012 at 9:39 am

    Nasib baik aqmal 11 tahun… berdekatan ngn umur aq …. Gemersik Tari cayalah… terbaik!!!!!!! dan tahniah!!!!

  5. Siti Nur Huda says:
    Saturday, January 19, 2013 at 10:26 pm

    i love you ria .Tahniah gemersik tari Juara!!!!!!.nama fb ria apa?.

  6. Nyshä says:
    Thursday, February 14, 2013 at 9:11 am

    Tahniah kpde kumpulan gemersik tari..sye minat sangt kmpln gt..nma fb farid ap?

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

  • KONSERT MEGA BINTANG

    RadiGlow

    KONSERT MEGA BINTANG

    Tempat: Resort World Convention Centre, Singapura

    Tarikh: 8 Jun 2013 (Sabtu)

    Masa: 8 malam

    Info Tiket: www.sistic.com.sg atau hubungi +65 6348 5555

    Budiey.com Sebagai Blog Rasmi Konsert Mega Bintang

  • SEARCH

  • TERKINI

    • Zo In Sung of ONE HD Drama That Winter The Wind Blows
    • Gambar Sekitar Pengumuman Zizan Razak Sebagai Duta MAMEE Chef
    • Peraduan Menangi Tiket Konsert Mega Bintang
    • Betul Ke Alyah Akan Kahwin Dengan Ramli MS?
    • Synopsis That Winter The Wind Blows
    • Siti Nurhaliza Lancar Laman Sesawang Siti Nurhaliza Official
    • Sharifah Sakinah Kecewa Gara-Gara Isu VIdeo Kontroversi?
    • Gambar Will Smith & Jaden Smith Tiba di Taipei Untuk Promosi After Earth
    • Kiriman SMS Dari Ibu Afiq Muiz Jahanam La Kau
    • Afiq Muiz Diminta Bertaubat Dengan Segera
  • IKLAN

  • DAPATKAN RADIGLOW UNTUK KESIHATAN

    RadiGlow
  • KONSERT

    • Recent Posts
    • Most Popular
    • Comments
    • Tags
    • konsert-mega-bintangPeraduan Menangi Tiket Konsert Mega BintangTuesday, May 21, 2013
    • anuar-dayangGambar Anuar Zain & Dayang Nurfaizah di Serai KL Centre Kuala LumpurWednesday, May 15, 2013
    • cnblue-konsertTiket Konsert CNBLUE Mula Dijual Hari Sabtu IniWednesday, May 15, 2013
    • najwa-latifNajwa Latif Bakal Meriahkan Festival Kenyir 2013Monday, May 13, 2013
    • Idola Kecil Musim KeduaThursday, October 29, 2009
    • Gambar Sekitar Hari Jadi Erin Malek ke 14 di Red Box Plus, PavilionMonday, July 28, 2008
    • TV3 Kids Voice Out School AttackSaturday, October 25, 2008
    • Filem Congkak Arahan Pierre Andre : Gambar PelakonTuesday, June 19, 2007
    • aku je on:Kiriman SMS Dari Ibu Afiq Muiz Jahanam La Kau
    • aku je on:Kiriman SMS Dari Ibu Afiq Muiz Jahanam La Kau
    • aku je on:Kiriman SMS Dari Ibu Afiq Muiz Jahanam La Kau
    • aku je on:Kiriman SMS Dari Ibu Afiq Muiz Jahanam La Kau
    • 8TV Advertorial AirAsia Akademi Fantasia Anugerah Bintang Popular Astro Berita Bernama Blog Budiey Drama Erra Fazira Events Fasha Sandha Fesyen Filem Foto Artis Gambar Gathering Gossip Hollywood Konsert kuala lumpur Lirik Liyana Jasmay mampu Mawi NTV7 penyanyi Peraduan persembahan radio televisyen malaysia radio televisyen malaysia rtm RTM Showcase Sinopsis Siti Nurhaliza Teater TV1 TV2 TV3 TV9 Ucapan Video Muzik watak
  • AFTER EARTH MULAI 6 JUN

    After Earth
  • Jom Baca Berita

    • Agenda Daily
    • Astro Awani
    • Berita Harian
    • Bernama
    • Detik Daily
    • Google News
    • Gua
    • Harakah Daily
    • Harian Metro
    • KL Pos
    • KOSMO!
    • Malay Mail
    • Malaysia Kini
    • Malaysian Digest
    • Malaysian Today
    • mStar Online
    • Murai
    • News Straits Times
    • Sinar Harian
    • The Star
    • The Sun
    • Utusan Malaysia
  • ARKIB

  • KATEGORI

    18Jun2013

    Konsert Mega Bintang

    Rossa, Ungu, Afgan & Ramai Lagi

    Dari 20:00 hingga 23:30

    di Resorts World Convention Centre, Singapura

    Find out more...

  • ENTRI TERKINI

    • Zo In Sung of ONE HD Drama That Winter The Wind Blows
    • Gambar Sekitar Pengumuman Zizan Razak Sebagai Duta MAMEE Chef
    • Peraduan Menangi Tiket Konsert Mega Bintang
    • Betul Ke Alyah Akan Kahwin Dengan Ramli MS?
    • Synopsis That Winter The Wind Blows
    • Siti Nurhaliza Lancar Laman Sesawang Siti Nurhaliza Official
    • Sharifah Sakinah Kecewa Gara-Gara Isu VIdeo Kontroversi?
    • Gambar Will Smith & Jaden Smith Tiba di Taipei Untuk Promosi After Earth
    • Kiriman SMS Dari Ibu Afiq Muiz Jahanam La Kau
    • Afiq Muiz Diminta Bertaubat Dengan Segera
    • Sharifah Amani Pegang Watak Pelacur Dalam Redemption Night
    • Koleksi Gambar Anuar Zain Dengan Gaya Smart Kasual
    • Ulasan Album Lagu Terbaik dari Kotak
  • KALENDAR

    May 2013
    M T W T F S S
    « Apr    
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    2728293031  
  • SPONSOR

  • BUDIEY

    Budiey Seorang full time blogger, kerap bertwitter & facebook, photographer, videoman, content provider, new media, copy writer, penulis iklan & advertorial. Obses dengan filem seram & thriller.

    Kenali Budiey lebih lanjut di [sini]
  • Social Media

    • Awal Ashaari
    • Fouziah Gous
    • My Facebook Fanpage
    • My Instagram
    • My Jurnal
    • My News & Events
    • My Photo Blog
    • My Twitter
    • My Youtube
    • Pipicomel
  • Home
  • Profile Budiey
  • Sitemap
  • Disclaimer
  • Hubungi Budiey
  • My Merchandise
  • Iklankan

© 2007 - 2013 Budiey.com (Sensasi Selebriti)
Budiey.com - Sensasi Selebriti dikendalikan sepenuhnya oleh syarikat Budiey Dot Com Media (001991735-T)
Copyright Budiey Dot Com Media (001991735-T). All rights reserved.