Senarai Penyampai Trofi & Persembahan Anugerah Industri Muzik 15
Tinggal lima hari lagi, iaitu tanggal 3 Mei ini, Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bakal menyaksikan satu lagi acara anugerah penuh gilang gemilang khusus untuk mengiktiraf hasil kerja karyawan tempatan khususnya dalam bidang muzik.
Inilah juga masanya untuk pengiat seni berkumpul di satu lokasi sekali gus meraikan pencapaian teman seperjuangan yang bertungkus lumus menghasilkan kerja seni yang terbaik supaya industri muzik tanah air terus relevan dan tidak tersungkur dek pelbagai tekanan yang menerjah.
Sebagai acara penuh glamour dan bertaraf Anugerah Grammy, Anugerah Industri Muzik ke 15 bukan sekadar mempamerkan persembahan artis terkenal tetapi turut menyelitkan acara permaidani ‘biru’ untuk artis dan selebriti yang diundang, bergaya sakan dengan penampilan mewah dan bercitarasa tinggi. Mengapa permaidani biru? Yea, sudah tentu kerana penaja utamanya Celcom!

Bakal dipancarkan secara langsung oleh Stesen TV Rasmi AIM15, NTV7 pada jam 9 malam dan dapat didengarkan secara langsung melalui Stesen Radio rasmi Hot FM & Fly FM, antara artis yang akan memperdengarkan kelunakan vokal mereka terdiri daripada:
- Anuar Zain
- Atilia
- Boomerangx
- Dafi
- Dato’ Siti Nurhaliza
- Dayang Nurfaizah
- Estranged
- Faizal Tahir
- Fiq (Mentor)
- Hazami
- Karen Kong
- Mawi
- Pop Shuvit
- Rahim Maarof
- Suki
Budiey dikhabarkan Dato’ Siti Nurhaliza akan mengenakan pakaian rekaan dari Azura. Harapnya rekaan kali ini tidak sama dengan busana yang pernah dipakai Siti di Anugerah Planet Hollywood.
Untuk persembahan Siti, Budiey ada dengar Siti diletakkan dalam satu segmen khas bersama dengan Dayang Nurfaizah dan Atilia di mana mereka ditugaskan untuk membawa sebuah lagu yang popular sepanjang 25 tahun dalam industri muzik Malaysia. Bermakna, Siti tidak akan membawa lagu sendiri. Mungkin Siti akan bawa lagu dari lagenda muzik Malaysia. Untuk Atilia, Budiey rasa pasti penyanyi itu akan membawa lagu ibunya sendiri, Salamiah Hassan.

Kesemua persembahan yang pastinya hebat ini akan diiringi oleh kumpulan pemuzik profesional, diketuai oleh Pengarah Muzik, Aubrey Suwito. Pasti muzik lebih gempak!
Manakala barisan artis yang diberi peluang dan penghormatan untuk menyampaikan trofi kepada pemenang-pemenang pada malam kemucak AIM15 nanti terdiri daripada:
- Alif Aziz
- Anne (Hot.FM)
- Ben (Fly.FM)
- Daniel Lee
- Datin Julie Sudiro
- Diddy
- Dr Fazley
- Elyana
- Farawahida
- Kartini (Hot.FM)
- Mila
- Pete Teo
- Sean Ghazi
- Shebby Singh
- Sohaimi Mior Hassan
Majlis penuh gilang gemilang dan paling berprestij untuk mengiktiraf hasil kerja penggiat industri muzik ini akan dihoskan oleh pengacara hebat dan sensasi iaitu Afdlin Shauki dan Adibah Noor. Setengah jam sebelum malam kemuncak disiarkan secara langsung, ntv7 juga akan menyiarkan lintas langsung acara ‘karpet biru’ sebagai Kemuncak.
Bagi peminat di luar sana yang masih belum mendapatkan tiket untuk menyaksikan AIM15 boleh berbuat demikian dengan menghubungi Cik Sha di talian 03- 4044 5388 untuk membuat tempahan tiket AIM15.
Semoga Kemuncak AIM 15 nanti bakal menghidangkan sebuah persembahan hebat untuk santapan semua peminat seni muzik tanahair. Kepada pembaca Sensasi Selebriti yang join, kita jumpa di sana ya!
Technorati Tags: show aim15, anugerah industri muzik, pemenang aim15, keputusan pemenang, Alif Aziz, Anne Hot.FM, Ben Fly.FM, Daniel Lee, Datin Julie Sudiro, Diddy, Dr Fazley, Elyana, Farawahida, Kartini Hot.FM, Mila, Pete Teo, Sean Ghazi, Shebby Singh, Sohaimi Mior Hassan, Anuar Zain, Atilia, Boomerang, Dafi AF, Dato’ Siti Nurhaliza, Dayang Nurfaizah, Estranged, Faizal Tahir, Fiq Mentor, Hazami, Karen Kong, Mawi, Pop Shuvit, Rahim Maarof, Suki, NTV7, salamiah hassan
Tags: Anugerah Industri Muzik, Alif Aziz, Anne Hot.FM, Anuar Zain, anugerah industri muzik, Atilia, Ben Fly.FM, Boomerang, Dafi AF, Daniel Lee, Datin Julie Sudiro, Dato’ Siti Nurhaliza, Dayang Nurfaizah, Diddy, Dr Fazley, Elyana, Estranged, Faizal Tahir, Farawahida, Fiq Mentor, Hazami, Karen Kong, Kartini Hot.FM, keputusan pemenang, Mawi, Mila, NTV7, pemenang aim15, Pete Teo, Pop Shuvit, Rahim Maarof, salamiah hassan, Sean Ghazi, Shebby Singh, show aim15, Sohaimi Mior Hassan, SukiBaca artikel lain yang berkaitan:














April 28th, 2008 at 6:49 pm
kenapa ek kalau AIM je mesti host die muka sama je saban tahun,
mmg dh trademark ke.. formal sgt ke AIM shgga perlu host yg agak2 formal..
tak tahulah alasan apa, tp bosan juga asyik muka tu je, lagipun lawak tahun2 sudah langsung x rasa meriah..audiens plak sunyi je..
tp bukanla nak mintak jd mcm ABPBH, just meriah la sket..
yg ada pun FC sesetengah artis je..kalau x mmg sunyi sepi dewan..
hohoho
April 28th, 2008 at 6:51 pm
kenapa gaya DSSN ni mcm gedik je..
kui2
April 28th, 2008 at 8:56 pm
naik jemu tgk muke minah nie dh berape entry pakai baju yg same
April 29th, 2008 at 12:53 pm
bukan minah tu dina..tp mak minah..
hur3
April 29th, 2008 at 1:02 pm
untuk budiey, untuk tidak membuat pembace blog ni bosan2, mungkin budiey mahu variasikan sedikit cerite dan gamba2 yang budiey letak. sebab blog budiey ni ’sensasi selebriti’. selebriti banyak kat malaysia, tapi kalau asek cerita2 dan gamba2, dan selebriti2 yang same saja selalu ditonjolkan, mungkin budiey perlu tukar ’sensasi selebriti’ jadi ’sensasi si polan si polan’. =)
ini teguran positif. tidak berniat mengeji mahupun menjatuhkan. sila jangan meroyan.
April 29th, 2008 at 1:42 pm
sape alif aziz tu???kan ramai lgi yg layak (lebih dr layak)
April 29th, 2008 at 2:35 pm
Antara penyampai hanya satu ni saya tak kenal, Boomerangx. Mungkin sedara Budiey boleh bg sedikit info nanti..atau gambar ker.
Apapun anugerah sebegini mmg tak lari dari dasar formalitinya..mungkin untuk prestij.
April 29th, 2008 at 4:20 pm
budiey atau sesape dr AIM crew, aku ada cadangan sket.
boleh tak tahun depan or lain kali buat AIM kat tempat lain? balik2 kat PWTC…buatla dekat Bukit Jalil ke, atau tempat yg lebih besar drpd PWTC…
aku lemah betol bile award show kat Malaysia ni…time tepuk tangan macam taik lembu jatuh bertepek-tepek..nak tak nak je tepuk. Ni mesti floor manager tak buat kerja/tak bagus.
tolong ye budiey or sesape cakapkan kat pihak penganjur AIM supaya jadikan AIM lebih grand especially time tepuk tangan. And please make sure it sounds good on TV mcm Grammy.
April 29th, 2008 at 4:23 pm
Nak senang buat macam dalam studio, ada sign board yg suruh bila audiens kena tepuk mcm org putih buat.
April 29th, 2008 at 4:31 pm
tiket dah dapat dah!! yahoo I’m going to AIM 15…thanks budiey for the ticket info….
April 29th, 2008 at 5:09 pm
insyaAllah
jumpa di saneeee