in ,

Senarai Penuh Peserta Program Realiti ROCKERS

Telekom Malaysia Berhad (TM) menerusi perkhidmatan IPTVnya yang pernah memenangi anugerah, HyppTV dan KRU Studios Sdn Bhd hari ini secara rasminya mengumumkan 12 orang peserta dan para penaja bagi program realiti TV bertemakan rock pertamanya, ‘Rockers’, yang diterbitkan oleh KRU Studios dan boleh ditonton secara eksklusif di HyppSensasi, Saluran 116 HyppTV.

Untitled

HYPPTV MEMPERKENALKAN PARA PESERTA DAN PENAJA BAGI ‘ROCKERS’ – PROGRAM REALITI BERTEMAKAN ROCK PERTAMA DI MALAYSIA DI HYPPSENSASI

[dropcap]P[/dropcap]engumuman tersebut telah dilakukan oleh Emily Wee, Naib Presiden, Operasi Perniagaan dan Media, New Media, TM, bersama Rizal Sahimy, Ketua Pegawai Eksekutif, KRU Music Sdn Bhd dalam satu sidang media yang diadakan di Sound Stage A, KRU Studios, Cyberjaya. Turut hadir pada majlis tersebut adalah penasihat, barisan panel juri serta hos bagi program ‘Rockers’, iaitu Datuk Ramli Sarip, Kudsia Kahar, Tam Spider, Sofi Jikan, Hunny Madu dan Myo.

12 orang peserta terdiri daripada peserta lelaki dan wanita telah dipilih semasa sesi ujibakat yang diadakan sebelum ini. 12 peserta tersebut ialah:

NO. NAMA UMUR DARI
1. Muhammad Redha Khairul (Redha) 19 tahun Sungai Buloh, Selangor
2. Awal Fitri Abdullah (Awal) 27 tahun Cheras, Kuala Lumpur.
3. Muhamad Iskandar Abdul Halim (Dans) 20 tahun Pulau Pinang
4. Mohd Azwarul Asyraf Mad Nasir (Ash), 24 tahun Beranang, Selangor
5. Muhammad Ikhtiman Che Ismail (Iman), 25 tahun Sungai Petani, Kedah
6. Shamin Iqwan Ahmad Nazri (Shamin) 23 tahun Klang,Selangor
7. Ayrool Azrool Mohd Khairi (Ayrool) 19 tahun Puchong, Selangor
8. Mohd Faizal Ismail (Jai) 24 tahun Nilai, Seremban
9. Nor Suhaila Saadon (Sue) 25 tahun Puchong, Selangor
10. Zarith Sofea Md Yasin (Zarith) 23 tahun Johor Bahru, Johor
11. Kamilia Razwanis Kamarudin (Liawanis) 25 tahun Kedah
12. Rasmawatie Thamrin (Nona) 20 tahun Kota Kinabalu, Sabah

Mengulas mengenai pengumuman tersebut, Emily menyatakan, “Kami amat teruja untuk memperkenalkan 12 orang peserta yang telah dipilih oleh para juri. Program seperti ‘Rockers’ ini membuktikan komitmen kami dalam menyokong penerbitan kandungan tempatan dan menyediakan platform untuk bakat-bakat tempatan termasuklah hos, pelakon dan artis untuk menyinar dan menjadi pelapis dalam bidang hiburan tanah air. Kami berharap ‘Rockers’ akan dapat menawarkan peluang sekali seumur hidup ini untuk mencungkil bakat penyanyi rock dan mengubah kehidupan mereka menjadi bintang rock terkemuka di Malaysia!”

Diari Harian ‘Rockers’ akan bersiaran pada 23 November, Isnin hingga Jumaat, jam 8.30 malam

Konsert mingguan pertama akan bersiaran pada 29 November 2015, setiap Ahad, jam 8.30 malam

Untitled

“Kami turut didorong oleh peningkatan jumlah pelanggan yang melanggan kandungan tempatan kami seperti HyppSensasi dan HyppTV Aneka Pack yang menghimpunkan saluran-saluran tempatan HyppTV, memberi kami semangat untuk menerbitkan kandungan-kandungan tempatan yang lebih menarik di platform kami dan seterusnya memperkukuh kedudukan kami dalam industri hiburan tempatan,” tambah beliau.

Sementara itu, Rizal berkata, “’Rockers’ akan mengubah landskap industri muzik tanah air. Belum pernah ada mana-mana program realiti yang memberi peluang kepada pemenang untuk merakamkan single pertama mereka di Los Angeles. Bukan itu sahaja, kami turut akan membentuk satu label bergenre Rock di bawah KRU Music Group untuk menempatkan peserta-peserta Rockers bagi memastikan kerjaya bakat-bakat baru ini diuruskan secara profesional walaupun selepas tamat program ini.”

‘Rockers’ disokong oleh Suria FM sebagai rakan radio rasmi dan penaja-penaja lain seperti Mighty White (rakan rasmi bagi beg cenderahati), Ernie Ball (Penaja string Gitar), Roland Asia Pacific (Penaja Keyboard & V-Drum), Happy Water (Penaja air minuman), NZ Gadget (Penaja MP3, Headphone dan hadiah jurnal), JS Music (Penaja Backline), Nadi Putra (Penaja pengangkutan penonton) dan Music Man by Ernie Ball (Penaja hadiah gitar).

Episod pertama jurnal mingguan ‘Rockers’ akan disiarkan pada 23 November, setiap hari Isnin sehingga Jumaat pada jam 8.30 malam dan konsert mingguan akan disiarkan pada 29 September 2015, setiap hari Ahad pada jam 8.30 malam di HyppSensasi, saluran 116 HyppTV serta di aplikasi mudah alih HyppTV Everywhere. Konsert mingguan ‘Rockers’ akan dihoskan oleh Hunny Madu, sementara jurnal harian akan dihoskan oleh Myo.

Pemenang program pencarian bakat bertemakan rock ini akan memenangi wang tunai bernilai RM50,000 dan kontrak rakaman bersama KRU Music serta berpeluang untuk merakamkan single di Los Angeles dan sebuah gitar Music Man, ihsan daripada Ernie Ball. Untuk maklumat lanjut mengenai ‘Rockers’, layari laman web rasmi www.rockers.com.my atau layari laman media social ‘RockersSensasi’ – Facebook, Twitter dan Instagram.

Penonton turut boleh menonton ‘Rockers’ menerusi telefon pintar, tablet atau PC (WebTV) menerusi aplikasi mudah alih HyppTV Everywhere, yang boleh dimuat turun di Android Play Store atau Apple App Store. Untuk pelanggan HyppTV sedia ada, mereka boleh melanggan HyppTV Aneka Pack yang turut mengandungi HyppSensasi, HyppInspirasi dan pelbagai kandungan saluran tempatan pada harga mampu milik RM30 sebulan tanpa bayaran tambahan bagi HD.

Bukan itu sahaja, bermula Oktober 2015, penonton juga boleh menyertai peraduan HyppRush Flyaway di mana pelanggan berpeluang untuk menikmati percutian ke lokasi-lokasi percutian di luar negara jika mereka melanggan mana-mana HyppTV Value Pack, pembelian kandungan Video On Demand dan / atau saluran ala-carte bermula 1 Oktober 2015 sehingga 31 Januari 2016. Untuk maklumat lanjut mengenai peraduan HyppRush dan cara untuk menyertainya, layari laman web rasmi di https://www.tm.com.my/hypprush/.

Untuk maklumat lanjut mengenai HyppTV, layari www.tm.com.my/hypptv dan layari laman media sosial kami di www.facebook.com/hyppworld (Facebook), www.twitter.com/hypptv (Twitter), www.instagram.com/hyppworld (Instagram) dan www.youtube.com/tmofficialtube (Youtube).

Mengenai TM

Telekom Malaysia Berhad (TM), peneraju perkhidmatan berintegrasi dan Penyedia Perkhidmatan Komunikasi Berintegrasi No. 1 di Malaysia, menawarkan perkhidmatan dan penyelesaian komunikasi yang menyeluruh menerusi jalur lebar, data dan talian tetap. Sebagai peneraju pasaran, TM dipacu oleh penciptaan nilai pihak berkepentingan dalam persekitaran yang amat kompetitif. Kumpulan juga sentiasa memberi tumpuan kepada pengalaman pelanggan yang dipertingkatkan melalui usaha-usaha peningkatan kualiti dan inovasi khidmat pelanggan yang berterusan, sambil memfokus kepada peningkatan kecekapan operasi dan produktiviti.

Memanfaatkan sambungan global yang meluas, infrastruktur rangkaian dan himpunan kepakaran kami, TM berkedudukan baik untuk melonjakkan Malaysia sebagai hab Internet serantau dan gerbang digital bagi Asia Tenggara. TM kekal komited dalam transformasinya menjadi pembekal komunikasi generasi baru bagi membawakan gaya hidup yang dipertingkatkan dan bersepadu kepada semua rakyat Malaysia, serta merintis kemungkinan menerusi hubungan, komunikasi dan kolaborasi, ke arah wawasan bersama iaitu membawa negara menjadi sebuah ekonomi berpendapatan tinggi.

Sebagai warga korporat contoh yang komited terhadap tadbir urus dan ketelusan yang baik, TM meneruskan janjinya untuk memastikan tahap integriti proses, anggota dan reputasi kami serta pengekalan operasi kami. Falsafah Tanggungjawab Korporat (CR) kami berpegang teguh pada amalan bertanggungjawab dalam empat domain utama iaitu pasaran, tempat kerja, masyarakat dan alam sekitar. Dengan memfokus pada ICT, Kumpulan menyokong 3 platform utama iaitu pendidikan, pembinaan masyarakat/negara dan alam sekitar, menerusi program-program Reaching Out kami.

Untuk maklumat lanjut mengenai TM, layari www.tm.com.my.

Mengenai HyppTV

HyppTV, perkhidmatan IPTV yang paling pesat berkembang di Malaysia, ditawarkan kepada pelanggan Streamyx dan UniFi di seluruh negara. Perkhidmatan UniFi ini ditawarkan melalui tiga (3) pakej kediaman. Pakej “triple-play” kediaman tersebut iaitu VIP5 pada RM149 sebulan, VIP10 pada RM199 sebulan dan VIP20 pada RM249 sebulan. Bagi Streamyx, HyppTV boleh didapati dengan pakej 8Mbps sebagai sebahagian daripada penawaran perkhidmatan tiga serangkainya pada harga RM160 sebulan termasuk 23 saluran percuma manakala bagi pelanggan-pelanggan 4Mbps, HyppTV ditawarkan pelbagai kandungan berkualiti tinggi dan mampu milik, pengalaman tanpa gangguan cuaca ditawarkan sebagai perkhidmatan tambahan bagi Pek HyppTV pada harga minimum RM31.80 sebulan dan turut didatangkan dengan 23 saluran percuma. Penawaran pelbagai skrin HyppTV boleh dinikmati dengan memuat turun aplikasi HyppTV Everywhere menerusi Play Store Android atau App Store Apple dan anda kini boleh menonton program-program HyppTV kegemaran anda menerusi telefon pintar, tablet mahupun komputer peribadi. HyppTV turut boleh didapati oleh pelanggan UniFi dan jalur lebar perniagaan.

HyppTV baru-baru ini telah diiktiraf sebagai Best Component or Enabler di majlis anugerah TV Connect Industry Awards 2014 (sebelum ini dikenali sebagai IP&TV Industry Awards) di London, pada tahun ini. Ini merupakan tahun kedua berturut-turut perkhidmatan ini diiktiraf di peringkat antarabangsa di mana sebelum ini HyppTV telah dianugerahkan sebagai Best Online TV Service or Solution pada majlis anugerah yang sama pada tahun 2013. Dengan penganugerahan ini, HyppTV mencipta sejarah menjadi perkhidmatan IPTV pertama di Malaysia yang memenangi anugerah pada acara berprestij tersebut yang mengiktiraf, menganugerah dan meraikan inovasi, kecemerlangan dan pencapaian dalam industri Connected Entertainment.

HyppTV kini menawarkan kepada para pelanggannya sebanyak 124 saluran dengan 49 saluran dalam Definisi Tinggi (HD) – yang terdiri daripada 57 saluran premium, 22 saluran percuma, 5 saluran Radio, 15 saluran Video-On-Demand dan 25 saluran interaktif dalam pelbagai pakej nilai dan pilihan secara ala-carte. HyppTV dikuasakan oleh perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi TM, UniFi dan Streamyx 4Mbps dan 8Mbps yang tersedia untuk penonton tanpa mengira cuaca melalui pakej kediaman dan perniagaan bagi UniFi dan Streamyx. Pelanggan HyppTV juga boleh menikmati dunia hiburan yang telah dihimpunkan melalui HyppTV Everywhere. Setakat ini, HyppTV mempunyai lebih 900,000 pelanggan.

Untuk maklumat lanjut mengenai HyppTV, layari www.tm.com.my/hypptv dan layari laman media sosial kami di www.facebook.com/hyppworld (Facebook), www.twitter.com/hypptv (Twitter), www.instagram.com/hyppworld (Instagram) dan www.youtube.com/tmofficialtube (Youtube).

Mengenai KRU Studios

 

KRU Studios merupakan salah sebuah syarikat media dan hiburan terkemuka di Malaysia. Sejak ditubuhkan pada tahun 1992, KRU Studios telah pesat berkembang dan kini telah menerbitkan pelbagai produk dan perkhidmatan berkaitan industri media dan hiburan, mengkhusus kepada keupayaan penerbitan dan pengedaran. Syarikat turut terkenal dengan pembikinan efek visual, penerbitan audio dan video digital berkualiti tinggi yang dihasilkan oleh kakitangannya yang berkemahiran tinggi, menggunakan sepenuhnya teknologi dan peralatan seni terbaik.

Mempunyai pejabat dan wakil-wakil di Malaysia, Amerika Syarikat, Singapura dan Jerman, KRU memberikan perkhidmatan bertaraf antarabangsa dalam bidang penerbitan dan pengedaran filem-filem rencana, program-program televisyen, muzik, animasi dan kandungan hiburan lain.

Untitled

Untitled

Untitled

Untitled

Untitled

Untitled

Untitled

Untitled

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Aksi Unik Bakat Cilik Luar Biasa dalam CERIA ALL STARS

Telemovie MELUR VS RAJAWALI Singkap Memori Tinggal di Asrama