in ,

Senarai Penuh Peserta Program Mentor Legend TV3

Keenam-enam Mentor Legend berjaya menemui dua orang protégé setiap seorang sepanjang sesi pencarian bakat baru Mentor Legend yang diadakan sejak 5 September hingga 2 November lalu.

Krew penerbitan Mentor Legend telah menjelajah ke negeri bawah bayu dan bumi Kenyalang sewaktu misi pencarian protégé ini dijalankan.

Ujibakat terakhir diadakan di Sri Pentas, Bandar Utama, selama enam minggu untuk memberi peluang kepada Mentor Legend seperti Zainal Abidin, Amy Search, Mas Idayu, Ella, Ajai dan Dayang Nurfaizah.

Berakhir dengan uji bakat protégé Amy Search minggu lepas, genaplah 12 orang protégé yang akan diperkenalkan pada Showcase Mentor Legend, 15 November di Kompleks Beli Belah One City, Subang Jaya nanti.

Fahmi dan Mal Imran

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen, Encik Izham Omar:

“Showcase yang akan diadakan pada 15 November nanti di Kompleks Beli Belah One City, Subang Jaya adalah untuk mempromosikan dan memperkenalkan protégé yang telah menempuhi sesi ujibakat selama dua minggu di kepulauan Borneo dan enam minggu di Sri Pentas. Kesemua 12 protégé telah membuktikan bakat mereka dan telah membuktikan kelayakan mereka untuk bergelar protégé Mentor Legend ini.”

6 MENTOR LEGEND, 12 PROTÉGÉ, 1 PENTAS 12 PROTÉGÉ BERENTAP DEMI BERGELAR PROTÉGÉ MENTOR LEGEND

12 protégé yang terpilih yang telah disenarai pendekkan oleh Mentor Legend adalah :

Mentor Legend Protégé Umur Asal
Dayang Nurfaizah
  1.    Azmil Bin Karim (Azmil)
  2. Alessandra Dianne Ampuria
    (Sandra)
22 Tahun

20 Tahun

Tawau, Sabah

Sabah

Ajai
  1. Mohd Zulfahmi Bin Esmail (Fahmi)
  2. Mohamad Akmal Bin Mohamed Imran (Mal Imran)
26 Tahun

23 Tahun

Shah Alam, Selangor

Kuching, Sarawak

Mas Idayu
  1. Mohamad Farhan Zahi Bin Mohd Zaini (Paan)
  2. Muhammad Firdaus Bin Mohd Mustapha (Daus)
22 Tahun

 

19 Tahun

Sungai Petani, Kedah

 

Kuantan , Pahang

Ella
  1. Nurul Aina Binti Abdul Ghani (Aina)
  2. Putera Muhammad Bin Shamshull Kamar (Putera)
21 Tahun

22 Tahun

Seremban, Negeri Sembilan

Cheras, Kuala Lumpur

Zainal Abidin
  1. Wan Shuhada Binti Md Amin (Wada)
  2. Farah Nadeera Binti Zaini (Nadeera)
18 Tahun

21 Tahun

Cheras, Kuala Lumpur

Mersing , Johor

Amy Search
  1. Maishara Fazny Binti Mahadzir (Sarah)
  2. Zulhilmi Bin Muhamad Tahir (Amy)
19 Tahun

 

24 Tahun

Kuala Lumpur

 

Kuala Lumpur

Pencarian bakat baru program realiti ini kini kembali untuk musim ketujuh. Atas kejayaan Mentor musim keenam yang berjaya meraih lebih 3 juta penonton ini, telah membuatkan TV3 mencetuskan idea menghasilkan Mentor Legend.

Ini merupakan persaingan paling sengit abad ini kerana keenam-enam mentor tersohor diberi tanggungjawab untuk mencari protégé terbaik bagi menguasai pentas Mentor Legend.

Pastinya Mentor Legend 13 episod ini menjadi program paling menyengat kerana keenam mentor yang ditampilkan ini merupakan penyanyi legenda dan telah mencipta sejarah dalam bidang seni tanahair. Siapa pula protégé bertuah yang akan bersama mereka? Semuanya terjawab dalam mentor Legend yang akan menemui penonton semua pada setiap Ahad, jam 9.00 malam bermula pada 16 November ini.

Untuk mendapat maklumat lanjut, layari www.tv3.com.my/mentor legend serta akaun twitter rasmi Mentor Legend iaitu @MentorLegendTV3 dan Facebook/MentorLegend.

Azmil dan Sandra

Paan dan Daus

Aina dan Putera

Amy dan Sarah

Wada and Nadeerah

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Menang Tiket VIP Anugerah Skrin 2014

The Lomas Super Duper Fc Bowling Tournament Havoc