in

Senarai Penuh Pencalonan Lima Tempat Teratas Anugerah Festival Filem Malaysia ke 21

Pada 4 Ogos lalu, bertempat di GSC Gardens, telah berlangsungnya sidang media pengumuman senarai pencalonan Top 5 bagi setiap kategori yang bakal dipertandingkan di malam Anugerah FFM 21, 9 Ogos ini.

Budiey BlogMalam Kemuncak Festival Filem Malaysia ke 21 bakal diadakan di Pusat Persidangan Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 9 Ogos nanti jam 8 malam. Dengan tema ‘Ke Arah Kecemerlangan dalam Penerbitan Filem,’ festival kali ini bakal mempertandingkan 13 kategori dalam Anugerah Perdana, manakala 11 kategori bagi Anugerah Cipta dan lima Anugerah Khas Juri.

Senarai Penuh Pencalonan Lima Tempat Teratas Bagi Kategori Anugerah Festival Filem Malaysia ke 21

ANUGERAH PERDANA

Filem Terbaik
(Akan dimaklumkan pada malam penyampaian anugerah)

Pengarah Filem Terbaik
1.Hatta Azad Khan – Wayang
2.Shuhaimi Baba – 1957 Hati Malaya
3.Ahmad Idham – Congkak
4.Mamat Khalid – Kala Malam Bulan Mengambang
5.Osman Ali – Anak Halal

Pelakon Lelaki Terbaik
1.Afdlin Shauki – Cuci
2.Adlin Aman Ramlie – Susuk
3.Rosyam Nor – Kala Malam Bulan Mengambang
4.Eman Manan – Wayang
5.Farid Kamil – Anak Halal

Pelakon Wanita Terbaik
1.Maya Karin – Anak Halal
2.Erra Fazira – Anak
3.Nurfazura – Kayangan
4.Nasha Aziz – Otai
5.Vanidah Imran – Akhirat

Lakon Layar Terbaik
1.Wayang – Hatta Azad Khan
2.Kala Malam Bulan Mengambang – Mamat Khalid
3.Sepi – Ara & Mira Mustaffa
4.Anak Halal – Osman Ali
5.Cuci – Hans Isaac

Cerita Asal Terbaik
1.Wayang – Hatta Azad Khan
2.Kala Malam Bulan Mengambang – Mamat Khalid
3.Sepi – Ara & Mira Mustaffa
4.Anak Halal – Osman Ali
5.Pensil – M. Subash

Sinematografi Terbaik
1.Evolusi KL Drift – Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamarudin
2.Sepi – Mohd Nor Kassim
3.Susuk – Daven Raghaven
4.Kayangan – Raja Mukhriz
5.Anak Halal – Khalid Zakaria

Penyunting Terbaik
1.1957 Hati Malaya – Nik Haslinda Nik Husain / Kamarudin Abu
2.Wayang – Hafiz Kamaruzaman
3.Congkak – Ahmad Mustadha
4.Kala Malam Bulan Mengambang – Raja Affandi Raja Jamaludin
5.Sepi – Johan Bahar

Skor Muzik Asal Terbaik
1.Wayang – Hafiz Askiak
2.Kala Malam Bulan Mengambang – Ahmad Badaruddin
3.Susuk – Hardesh Singh
4.Anak Halal – Nurzaidi Abdul Rahman
5.1957 Hati Malaya – Sharon Paul

Filem Animasi Terbaik
1.Family Potrait – The One Academy
2.Upin & Ipin – Les! Copaque Prod. Sdn Bhd
3.World War – University Of Hertfordshire
4.Nene Breshke – Wan Muhammad Tamlikha
5.Apocalypse – The One Academy

Filem Dokumentari Terbaik
1.Making The Cut – Reel Network Sdn Bhd
2.The Woodsmiths – Reel Networks Sdn Bhd
3.The Perak Man – Finas / Novista
4.Kami Yang Disyaki – UiTM
5.Restoring Merdeka – Leong Hon Yuen

Filem Pendek Terbaik
1.Hasrat – Martias Entertainment
2.Tiffin – Chor Ai Lene
3.Eyefinger – Marge Bong
4.“Burp…” – Aswara
5.Kopitiam Kurang Manis – UiTM

Filem Digital Terbaik
1.Yantra
2.Malaysia’s Sweetheart
3.Wirasiswi
4.Ganavin / Vanthaanda Herd
5.Jarum Halus

ANUGERAH CIPTA

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
1.Zul Huzaimy Marzuki – Wayang
2.Farid Kamil – Kala Malam Bulan Mengambang
3.Adlin Aman Ramlie – 1957 Hati Malaya
4.Eizlan Yusof – Impak Maksima
5.Fauzi Nawawi – Anak Halal

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik
1.Nabila Huda – Akhirat
2.Nanu Baharuddin – 1957 Hati Malaya
3.Azizah Mahzan – Anak
4.Ruminah Sidek – Pensel
5.Dynaz Mokhtar – Kayangan

Penataan Seni Terbaik
1.1957 Hati Malaya – Aida fitri Buyong / Kamarul Nizam Abd Rahman
2.Kala Malam Bulan Mengambang – Nazrul Ashraff
3.Susuk – Kek Ting Lam
4.johnny Bikin Filem – Dr. Anuar Nor Azrai
5.Anak Halal – Irwanmazwan Ibrahim

Penataan Bunyi Terbaik
1.Congkak – Brian Ng
2.Kala Malam Bulan Mengambang – Azman Abu Hassan
3.Susuk – Add Audio
4.Evolusi KL Drift – Daud Sulaiman
5.Anak Halal – Azman Abu Hassan

Pelakon Kanak-kanak Terbaik
1.Erynne Erynna – Congkak
2.Amrul Hisham – Anak
3.Mohd. Asrah Akis – Wayang
4.Mohd. Asrah Afif – Wayang
5.Erin Malek – Congkak

Pengarah Harapan Terbaik
1.Hans Isaac – Cuci
2.M. Subash – Pensil
3.Mohd Latif Zami – Dunia Baru The Movie
4.Syamsul Yusof – Evolusi KL Drift
5.Barney Lee – Anak

Pelakon Harapan Lelaki
1.M. Subash – Pensil
2.Mohd Kamarulzaman Taib – 1957 Hati Malaya
3.Wan Kenari Ibrahim – Wayang
4.Zaefaul Nadzarine Nordin – 1957 Hati Malaya
5.Syamsul Yusof – Evolusi KL Drift

Pelakon Harapan Wanita
1.Julia Ziegler – Kayangan
2.Lisa Surihani – I’m Not Single
3.Mas Muharni – Wayang
4.Avaa Vanja – Kala Malam Bulan Mengambang
5.Diana Rafar – Susuk

Lagu Tema Asal Terbaik
(Akan dimaklumkan pada malam anugerah nanti)

Pereka Kostum/ Busana
1.1957 Hati Malaya – Dee Hasnan / Ezrah Rahim
2.Johnny Bikin Filem – Ayu Haswida
3.Susuk – Mohd Zaini Abdul Rahman
4.Anak Halal – Mohamad Zaini Abdul Rahman
5.Kala Malam Bulan Mengambang – Nasirah Ramlan

Poster Terbaik
1.Cuci
2.Susuk
3.Anak Halal
4.Evolusi KL Drift
5.Pensil

FAKTA MENARIK:

  1. Anak Halal yang menerima 12 pencalonan daripada 24 kategori yang dipertandingkan menerusi dua anugerah utama iaitu Anugerah Perdana dan Anugerah Cipta sempena FFM21 itu turut bersaing sengit dengan filem noir arahan Mamat Khalid, Kala Malam Bulan Mengambang (KMBM) dan Wayang, arahan Hatta Azad Khan yang masing-masing menerima 11 pencalonan.
  2. Filem Anak Halal arahan Osman Ali yang diberikan komen negatif pengkritik filem telah dicalonkan dalam 12 kategori diikuti karya terbaru Hatta Azzad Khan iaitu ‘Wayang’ dengan 11 Kategori.
  3. Filem-filem yang diedarkan oleh Tayangan Unggul dan Grand Brilliance paling banyak memonopoli pencalonan.
  4. Farid Kamil telah disenaraikan dalam dua kategori utama iaitu Pelakon Lelaki Terbaik dalam filem Anak Halal juga Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik dalam Kala Malam Bulan Mengambang.

[tags]festival filem malaysia 21, ffm21, winner, senarai pencalonan, senarai pemenang, gambar karpet merah, red carpet, post party, filem wayang, filem kami, mas muharni[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama Cindai Merah Lakonan Pekin, Sheera, Nadia Emily, Aznah Hamid

Maya Karin, Atilia, Adi Putra, Radi OAG Dalam Jom Ronda