in

Senarai Penuh Pencalonan Anugerah K Neway 2015

Anugerah K Neway 2015 akan diadakan pada 5 September 2015, hari Sabtu jam 8 malam di The Gardens Theater, Tingkat 6, The Gardens Mid Valley.

Untuk info pembaca, Neway Karaoke Box Malaysia telah ditubuhkan pada tahun 1994 menerusi cawangan yang pertama, iaitu di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur. Sepanjang tempoh 11 tahun, Neway telah berjaya mengembangkan perniagaan dan sehingga kini mempunyai lebih 10 cawangan di sekitar Lembah Klang, Johor Baharu serta di Pulau Pinang.

Pada tahun ini, Neway Karaoke Box Malaysia buat julung kalinya menganjurkan Anugerah K Neway 2015 (#AnugerahKNeway2015) dengan sokongan penaja utama, MPI Generali Insurans Berhad.

Anugerah ini bakal berlangsung pada 5 September 2015, jam 8.00 malam yang bertempat di The Garden Theatre, Mid Valley bertemakan Glam Songket.

Penganjuran Anugerah K Neway 2015 ini merupakan kesinambungan bagi Anugerah Lagu Melayu Paling Popular di Neway Karaoke Box Malaysia. Penganjuran kali pertama ini diharapkan dapat menjadi satu platform dalam memberi ruang dan peluang kepada para penggiat seni di Malaysia dalam mengetengahkan hasil karya muzik terbaik mereka.

Majlis penganugerahan yang mengkhusus kepada lagu-lagu Melayu tempatan popular ini dilihat secara tidak langsung dapat memeriahkan lagi industri muzik tanah air, sekaligus dapat menaiktaraf serta mengangkat martabat industri muzik di Malaysia.

Penganjuran majlis ini bertujuan memberi penghormatan dan pengiktirafan kepada para karyawan seni, khususnya kepada para penyanyi serta syarikat-syarikat rakaman muzik yang telah banyak menyumbangkan lagu-lagu terbitan mereka kepada Neway Karaoke Box Malaysia.

SENARAI CALON NEWAY ANUGERAH K 2015

Calon- calon untuk 10 Lagu Paling Hangat di Neway terdiri daripada:-
1. Sandiwara Cinta – Repvblik
2 Hanya Aku – Hyperact
3. Bahagiamu Deritaku – Hafiz
4. Masih Mencintainya – Papinka
5. Selimut Tetangga – Repvblik
6. Aku Yang Tersakiti – Judika
7. Romancinta – MOJO
8. Dengarlah Bintang Hatiku – De’Meises
9. Tetap Menantimu – Nomad
10. Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang – Tegar
11. Relakan Jiwa – Hazama
12. Malaikat – Hazama
13. Al Haq Yang Satu – Ac Mizal & Mawi
14. Setengah Mati Merindu – Judika
15. Salahkah – Hafiz & Rossa
16. Alasan Untuk Bahagia – Asfan
17. Gadis Jolobu – WARIS ft Dato Hattan
18. Takkan Terpisah – Black
19. Tentang Rasa – Astrid
20. Hanya Padamu – Ainan Tasneem

Calon-calon untuk 5 Lagu Paling Popular di Neway terdiri daripada:-
1. Senyum – Aziz Harun
2. Mewangi – Akim & The Majistret
3. Senyum Lagi – Qierra ft Mark Adam
4. Assalamualaikum- Faizal Tahir
5. Hujung Waktu – Azhael
6. Di Pintumu – Firman AF2014
7. Perempuan – Faizul AF2013
8.Jodoh Pasti Bertemu – Afgan
9. Hati Mati – Ezad
10. Rasa Sayang – Hanie Soraya

Calon-calon untuk Artis Lelaki Terbaik di Neway terdiri daripada:-
1.Hafiz
2.Aziz Harun
3.Faizal Tahir
4. Azhael
5.Hazama
6.Faizul AF2013
7.Afgan
8.Ezad
9.Mark Adam
10.Tomok

Calon-calon untuk Artis Wanita Terbaik di Neway terdiri daripada:-
1.Jaclyn Victor
2.Maya Karin
3.Najwa Latif
4.Ainan Tasneem
5. Stacy
6. Geisha
7.Astrid
8.Chomel
9.Dato Siti Nurhaliza
10. Adira

Calon-calon untuk Duo/Berkumpulan Terbaik di Neway terdiri daripada:-
1. Repvblik
2.D’Masiv
3.HyperAct
4.MOJO
5.D’wapinz Band
6.Amora Band
7.Qierra & Mark Adam
8.Tasha Manshashar & Syed Shamim
9.TIGA
10.Lawa Nie Geng & Raja Ema

Calon-calon untuk Muzik Video Terbaik di Neway terdiri daripada:-
1. Senyum – Aziz Harun
2. Matahari – Hafiz
3. Assalamualaikum – Faizal Tahir
4. Gadis Jolobu – WARIS ft Dato Hattan
5. Sandiwara Cinta – Repvblik
6. Hanya Aku – Hyperact
7. Takkan Terpisah – Black
8. Masih Mencintainya – Papinka
9. Relakan Jiwa – Hazama
10. Hanya Padamu – Ainan Tasneem

Calon-calon untuk 5 Lagu Serantau Terbaikdi Neway terdiri daripada:-

1. Sandiwara Cinta – Repvblik
2. Selimut Tetangga – Repvblik
2. Dengarlah Bintang Hatiku – De’meisis
4. Masih Mencintainya – Papinka
5. Aku Yang Tersakiti – Judika
6. Diguna-Guna Cinta – Amora Band
7. Tentang Rasa – Astrid
8. Harus Terpisah – Cakra Khan
9. Cahaya Hati – D’Masiv
10. Berharap Kau Setia – D’wapinz Band

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Tayangan Premiere With Budiey Menonton THE INTERN

RESHMONU

Temubual Eksklusif Budiey Bersama Penyanyi Resh HALF THE MAN