Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Senarai Penuh Pemenang Anugerah Skrin 2008



Adui, penatnya ambik gambar kat Anugerah Skrin 2008 tadi. Tapi seronok jugak sebab ramai sekali selebriti datang. Ada yang datang tapi tak nak lalu depan red karpet, tapi sedar-sedar terjumpa kat dalam Dewan Merdeka. Fesyen pulak macam-macam. Ada yang buruk dan ada yang cantik. Huhu, tapi yang penting ramai yang datang nak bergaya dengan stail glamourous macam bintang Hollywood yang punya diamond intan permata berlian yang bergemerlapan.

Tapi keseluruhannya Anugerah Skrin 2008 tidaklah berseri mana seperti tema Berlian yang diterapkan. Masa dalam Dewan Merdeka, ramai sekali pembaca yang menghantar SMS cakap nampak Budiey kat dalam TV. Huhu, yelah, Budiey masa tu kena bertugas mengambil gambar. Tidak tahu pulak semua fotografer kena duduk depan sekali macam VVIP. Huhu, walaupun duduk tidak beralaskan tilam yang empuk, tapi puas hati jugak sebab dapat melihat persembahan dari jarak yang dekat.

Yang paling sedih apabila ramai pembaca yang hantar SMS kat Budiey mengatakan mereka tidak suka dengan pengacara Adlin Aman Ramli dan Nurul Syuhada. Macam ada sesuatu yang tidak kena. Tidak ada kolaborasi dan ternyata Adlin terlebih kuah dari sudu. Merepek merapu dan meraban. Ada sesetengah lawak yang tidak masuk akal dan tak kelakar langsung.

Mmm… apa-apa pun Budiey nak ucapkan tahniah kepada semua pemenang.

Anugerah Skrin 2008 yang bertemakan kilauan berlian berlangsung di Dewan Perdagangan Dunia Putra (PWTC), berlangsung meriah. Majlis yang berlansung selama dua jam lima belas minit itu turut dipancarkan secara langsung melalui saluran televisyen nombor satu negara, TV3.

Nyata telahan awal banyak sebelum ini ternyata menjadi kentayaan apabila filem Kala Malam Bulan Mengambang (KMBM) berjaya menggondol bukan hanya satu malah tiga anugerah utama malam tadi.

KMBM diangkat sebagai filem terbaik pada ASK 08 manakala pengarahnya, Mamat Khalid dinobatkan sebagai Pengarah Filem Terbaik. Ini merupakan kejayaan kedua terbesar bagi filem arahan Mamat Khalid itu selepas berjaya memenangi empat anugerah pada FFM21 yang berlangsung Ogos lalu.

Tuah terus memihak kepada filem terbitan Tayangan Unggul ini apabila Rosyam Nor diangkat sebagai Pelakon Lelaki Filem Terbaik. Dengan kemenangan itu, Kala Malam Bulan Mengambang menepati ramalan banyak pihak dan berjaya mengalahkan empat buah filem hebat lain iaitu Sepi, 1957: Hati Malaya, Anak Halal dan Akhirat.

Ziela Jalil

Sementara itu, bagi kategori Drama Terbaik, Suara Saleha terbitan Pena Creative Sdn Bhd dinobatkan sebagai Drama Terbaik sekaligus mengetepikan cabaran empat drama yang lain, Tuhan Pun Tahu, Relung Kasih, Ihsan dan Wasiat Fitrah.

Drama Suara Saleha terus menggungguli kategori Pengarah Terbaik apabila Murali Abdullah dipilih sebagai Pengarah Terbaik manakala Ogy dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik Drama.

ASK ‘08 turut diserikan dengan persembahan daripada nama-nama besar dalam industri hiburan tanah air. Antaranya Datuk Siti Nur Haliza, Norryn Aziz, Faizal Tahir, Lah VE, Adibah Noor, Jaclyn Victor, Ady Putra, Farahdhiya, Emelda Rosnaida dan Erry Putra.

Malah, gandingan hos yang julung kali digandingkan iaitu Nurul Syuhada dan Adlin Amin Ramlie turut memberikan nafas baru pada penganjuran Anugerah Skrin kali ini.

Bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik Drama, Zamarul Hisham mengungguli kategori berkenaan mengenepikan cabaran, Afdlin Shauki, Rusdi Ramli, Azhar Sulaiman dan Idris Mat Piah.

Agak mengejutkan keputusan bagi Pelakon Wanita Terbaik kategori Filem apabila Baizura Kahar berjaya mengenepikan cabaran nama-nama besar dalam industri filem tanah air seperti Maya Karin, Ida Nerina Vanida Imran dan Elyana.

Istimewanya ASK ’08 kali ini memberikan Anugerah Khas Juri kepada pengarah yang versatile dan merangkul banyak anugerah dengan kejayaan filem-filemnya seperti, Rabun, Sepet, Gubra, Mukhsin dan Mualaf, beliau tidak lain tidak bukan, Yasmin Ahmad.

Bagi anugerah Shine Pantene diberikan kepada bakat muda yang sedang meningkat naik Wan Sharmila.

Keputusan Penuh Pemenang ASK 2008

DRAMA

  1. Drama Terbaik: Suara Saleha
  2. Pengarah Terbaik: Murali Abdullah (Suara Saleha)
  3. Pelakon Lelaki Terbaik: Zamarul Hisham(Ihsan)
  4. Pelakon Wanita Terbaik: Fauziah Ahmad Daud (Suara Saleha)
  5. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Que Haidar (Tuhan Pun Tahu)
  6. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Normah Damanhuri(Tuhan Pun Tahu)
  7. Lakon TV Terbaik: Anwar Idris (wasiat Fitrah)
  8. Drama Rantaian Terbaik: Bicara Aur dengan Tebing (Tenview (M) Sdn. Bhd.)
  9. Drama Komedi Terbaik: Mr. Mama(Radius One)

FILEM

  1. Filem Terbaik: : Kala Malam Bulan Mengambang
  2. Pengarah Terbaik: Mamat Khalid (Kala Malam Bulan Mengambang)
  3. Pelakon Lelaki Terbaik: Rosyam Nor (Kala Malam Bulan Mengambang)
  4. Pelakon Wanita Terbaik: Baizura Kahar (Sepi)
  5. Lakon Layar Terbaik: Ara dan Mira Mustafa(Sepi)

PENERBITAN DALAMAN

  1. Dokumentari / Majalah Terbaik: Majalah 3,Episod Sudirman (TV3)
  2. Bual Bicara Terbaik: Macam-macam Aznil (Astro Ria)
  3. Rancangan Muzik Terbaik: Anugerah Juara Lagu 2008.
  4. Rancangan Hiburan Terbaik: Projek Superstarz (S2)
  5. Rancangan Realiti Terbaik: So You Think You Can Dance
  6. Laporan Khas Terbaik: Orang Asli Terancam (Buletin Utama
  7. Anugerah Khas Juri: Yasmin Ahmad
  8. Anugerah Shine Pantene: Wan Sharmila

-sumber: Mstar Online

Tags:

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Peraduan Menangi 10 Keping Tiket Anugerah Skrin 2008
  • Anugerah Pantene Shine di Anugerah Skrin 2008
  • Sistem Penjurian Festival Filem Malaysia
  • Senarai Kategori Anugerah Skrin 2009
  • Anugerah Era, Anugerah Era, Pemenang Anugerah Era, Ulasan Anugerah Era 07
  • Gambar Grup Selebriti di Anugerah Skrin 2011
  • Poster filem Cintaku Forever & Cinta Nan Satu Sama?
  • Senarai Pencalonan Filem Anugerah Skrin 2011
  • Gambar Selebriti di Sidang Media Anugerah Skrin 2011
  • Peraduan Menangi 20 Keping Tiket Anugerah Skrin 2011



  • 10 Komen untuk entri “Senarai Penuh Pemenang Anugerah Skrin 2008”

    1. NO KOMEN kata:

      TAHNIAH SEMUA PEMENANG..RESPECT MAMAT KHALID & YASMIN AHMAD..KALAU DATANG MAJLIS ANUGERAH MESTI PAKAI BAJU KEBANGSAAN..BARULAH NAMANYA ‘ WAJAH KITA’..BUKAN ALA – ALA HOLLWOOD PUNYA ANUGERAH…

    2. Honeybee kata:

      Btul tu komen NO KOMEN! Eh .. ummm.. umphh .. cmna nk komen ni..

    3. june kata:

      yg penting rosyam nor menang hehehe..

    4. NO KOMEN kata:

      NO KOMEN NI MAKSUDNYA….MALAS NAK CAKAP BANYAK HONEYBEE..ALA MACAM DATUK CT PUNYA AYAT DULU – DULU.HEHEHE

    5. Honeybee kata:

      Wahh .. ‘no komen’ tu antara ayat2 wajib utk artis. celebriti .. NO KOMEN ni kiranya tgah prktis jdi artis gak ke? Hmm .. msti lpas ni Budiey pun lek wat klik! klik! gambar NO KOMEN kt sni.. fuyohh .. glamer le NO KOMEN pas ni ek? ;)

      Ksian + lucu bila Nurul S kind of ‘mlatah’ bla bunyi mletup- yg msa Ziela Jalil tu. Nsb baik dia sebut ‘Huuu..’ je, klau Hb .. dh tntu trsebut ..’Oh mak kau!’ hee ..

    6. NO KOMEN kata:

      TAKDE MAKNENYA HONEYBEE NAK JADI ARTIS….(TAPI SUKA TENGOK PERKEMBANGAN DUNIA SENI JE) TAK JADI ARTIS PUN DAH MEMANG ORANG KENAL..KALAU SEBUT NAMA SAYA MESTI ORANG DAH KENAL….TAPI KAT TEMPAT SAYA LE BUKAN 1 MALAYSIA:-)

    7. LARASATI ANGGUN kata:

      suka tgk kenchana, apex n que…….ok lah lawak doang…n paling gorgeous dah tentu la sofia jane n dato jalaludin….layak la dia d gelar pierce brosnan m’sia………
      artis yg lain pnye baju cam x glam jer…tema diamond…mst la blinx2 kan…tp paling jelek is dato ct…gosh……….buruk la ct….sowi dear…

    8. donia kata:

      percalonan ada yang tak pernah dengan/glamour pun masuk bertanding.yang best-best tak tersenarai pun contoh Wanita hari ini ke,dan banyak lg..drama yang ok tak tercalun pun

    9. obefiend kata:

      i ddunno about u guys but normah damanhuri look like a cyborg posing as a living being. she does not look human! her face is sooooo botoxed!

    10. FIFI kata:

      LER,BESTLAR LAGU KAK SITI.. NANTI BUATLAR LAGU BARU-BARU YANG BEST G K.. SAYA DOAKAN AKAK BAHAGIA SELALU AMIN…..

    =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK