in

Senarai Penuh Pemenang Anugerah MeleTOP ERA

Semalam, Budiey bersama videographer & jurugambar dari The Darkness Studio telah hadir di Anugerah MeleTOP ERA untuk buat liputan sepanjang acara ini. Bermula dengan karpet merah pada jam 8 malam, anugerah anjuran Astro dan Radio Era ini pertama kali diwujudkan untuk mengiktiraf karya kreatif penggiat seni hiburan tanah air yang merangkumi bidang muzik, radio, televisyen, filem dan digital.

Semua pemenang telah pun kita ketahui semalam. Budiey ingin ucapkan jutaan tahniah buat semua pemenang yang telah berjaya menjulang trofi dan hadiah wang tunai semalam. Tahniah buat Zizan Razak yang telah menggondol Anugerah Meletop Era 2013 apabila memenangi empat kategori membabitkan wang tunai keseluruhan berjumlah RM35,000. Zizan memenangi kategori Fesyen Meletop dan Bintang Siber Meletop yang setiap satunya memperuntukan wang tunai RM5,000 dan trofi. Bagi Anugerah WeChat Meletop pula dia mendapat RM15,000 manakala Top Top Meletop (Lelaki), wang tunai diterimanya ialah RM10,000 beserta trofi. Wow, bertambah kayalah Zizan ya. Bolehlah kawin cepat-cepat. 🙂

ZARA ZYA & ZIZAN RAZAK

Nampaknya, tahun 2014 adalah tahun bertuah untuk Hafiz apabila mendapat tempat kedua tertinggi di mana penyanyi Bahagiamu Deritaku telah menjulang tiga anugerah iaitu bagi kategori Grup/Duo Meletop gandingannya bersama Datuk Siti Nurhaliza, Lagu Meletop (Bahagiamu Deritaku) dan Penyanyi Meletop. Bagi tiga anugerah itu, Hafiz memperoleh wang tunai keseluruhan RM15,000 dan juga trofi.

AARON AZIZ

Pelawak Nabil Ahmad mendapat dua anugerah iaitu Couple Meletop iaitu gandingannya bersama isteri, Nazirah dan Penyampai Baru Radio Meletop di Era FM. Manakala filem KL Gangster 2 memenangi Filem Meletop sementara Aaron Aziz yang turut berlakon filem sama dipilih sebagai Bintang Filem Meletop.

Selain 14 kategori dipertandingkan, 2 kategori lagi iaitu Top Top MeleTOP (Lelaki) dan Top Top MeleTOP (Wanita) telah dipilih berdasarkan selebriti yang menerima jumlah undian tertinggi di kalangan calon top 5.

Lagu MeleTOP

1. Bahagiamu Deritaku – Hafiz
2. Galau – Dato’ Siti Nurhaliza
3. Infiniti Cinta – Zizan feat Kaka
4. Kita – Forteen
5. Muara Hati – Hafiz & Dato’ Siti Nurhaliza
PEMENANG: Bahagiamu Deritaku – Hafiz

Penyanyi MeleTOP

1. Akim
2. Dato’ Siti Nurhaliza
3. Hafiz
4. Najwa Latif
5. Stacy
PEMENANG: Hafiz

Grup/DUO MeleTOP

1. Dato’ AC Mizal & Mawi
2. Forteen
3. Hafiz & Dato’ Siti Nurhaliza
4. Najwa Latif feat Sleeq & Sham Kamarul
5. Zizan feat Kaka
PEMENANG: Hafiz & Dato’ Siti Nurhaliza

Program Radio MeleTOP

1. Carta ERA 40
2. Carta Fulamak SINAR
3. Carta MeleTOP 40 ERA
4. JoHaRa Pagi ERA
5. SINAR Pagi
PEMENANG: JoHaRa Pagi ERA

Penyampai Baru Radio MeleTOP

1. Aril – ERA fm
2. Feeya Iskandar – SINAR fm
3. Nabil – ERA fm
4. Shasha Al- Khred – ERA fm
5. Zahid – ERA fm
PEMENANG: Nabil – ERA fm

Filem MeleTOP

1. Highland Tower
2. KL Gangster 2
3. KL Zombie
4. Lawak Ke Der?
5. Sepah The Movie
PEMENANG: KL Gangster 2

Bintang Filem MeleTOP

1. Aaron Aziz – KL Gangster 2
2. Jep Sepahtu – Sepahtu The Movie
3. Siti Saleha – KL Zombie
4. Yana Samsudin – Minyak Dagu
5. Zizan Razak – KL Zombie
PEMENANG: Aaron Aziz – KL Gangster 2

Program TV MeleTOP

1. Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012
2. Love You Mr. Arrogant
3. Maharaja Lawak Mega 2012
4. Masterchef Selebriti Malaysia 2013
5. Super Spontan 2013
PEMENANG: Maharaja Lawak Mega 2012

Bintang TV MeleTOP

1. Azlee Khairi – Love You Mr. Arrogant
2. Jep Sepahtu – Sepah The Movie
3. Johan – Maharaja Lawak Mega 2012
4. Zara Zya – Love You Mr. Arrogant
5. Zizan Razak – Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012
PEMENANG: Jep Sepahtu – Sepah The Movie

Bintang Siber MeleTOP

1. Aaron Aziz
2. Dato’ Siti Nurhaliza
3. Emma Maembong
4. Najwa Latif
5. Zizan Razak
PEMENANG: Zizan Razak

Couple MeleTOP

1. Aeril Zafriel & Wawa Zainal
2. Diana Amir & Habib
3. Fizo Omar & Mawar
4. Izzue Islam & Awin Nurin
5. Nabil Ahmad & Nazirah
PEMENANG: Nabil Ahmad & Nazirah

Artis Baru MeleTOP

1. Azhael AF 2013
2. Faizul AF 2013
3. Risteena Munim
4. Syafiq Kyle
5. Zara Zya
PEMENANG: Zara Zya

Fesyen MeleTOP

1. Elfira Loy
2. Nora Danish
3. Nur Fazura
4. Shila Amzah
5. Zizan Razak
PEMENANG: Zizan Razak

Artis Serantau

1. Afgan
2. Randy Pangalila
3. Sleeq
4. SM*SH
5. Tegar
PEMENANG: Sleeq

Top Top Meletop Lelaki: Zizan Razak

Top Top Meletop Wanita: Zara Zya

Walaupun ada sedikit gangguan dari sistem bunyi dan Budiey ada mendengar rungutan dari penonton di rumah, namun, rata-rata yang hadir terhibur dengan persembahan mantap oleh barisan artis popular tanah air seperti Najwa Latif, Azael AF 2013, Altimet, Awi Rafael, Hazama, Stacy, Hafiz, Royal FT Force, Zizan, Kaka, Waris dan Datuk Hattan. dan ramai lagi. Turut memeriahkan AME, artis jemputan khas dari Indonesia turut diundang iaitu Cakra Khan.

Bukan itu sahaja, AME juga akan dimeriahkan dengan kehadiran selebriti-selebriti popular tanah air yang turut hadir memberikan sokongan sebagai barisan penyampai untuk malam anugerah tersebut bagi kesemua kategori yang dipertandingkan. Antaranya termasuklah Datuk Aznil Haji Nawawi, Lisa Surihani, Aaron Aziz, Emma Maembong serta ramai lagi.

AME dikemudikan oleh gabungan trio Dato’ AC Mizal, Nabil Ahmad dan Noor Neelofa Mohd Noor sebagai hos utama serta turut dijayakan oleh Khairil Azam Pilus atau Aril dan Hanis Zalikha selaku hos Karpet MeleTOP.

NABIL

IRA MOHD AMIN

ZARA ZYA

SLEEQ

Hafiz

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Siti Nurhaliza di Konsert Dato’ Siti Nurhaliza Live In Concert

Astro Media Golf Temukan Perdana Menteri & Media