in

Senarai Penuh Pemenang Anugerah Blokbuster 2

[dropcap]B[/dropcap]ertemakan Gaya Vintage Kontemporari atau Hipster, Anugerah Blokbuster edisi ke-2 telah berlangsung dengan meriah pada malam ini dengan dihadiri ramai selebriti popular yang memijak karpet merah seawal jam 8 malam.

Disiarkan selama dua jam setengah bermula jam 9.00 malam, anugerah yang bertujuan untuk memartabatkan filem-filem serta penggiat seni tempatan ini telah dihoskan oleh Dato’ AC Mizal dan Scha Alyahya. Sebelum itu, Tasha Shila dan Hafizul bergabung dengan Hefny dan Haniz Zalikha tampil jadi pengacara Karpet Merah. Sejurus tamat, para penonton kemudian akan terus dihiburkan lagi dengan siaran langsung Letusan Blokbuster tepat jam 11.30 malam.

Anugerah Blokbuster

Anjuran Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) dengan kerjasama Astro sebagai penyiar rasmi anugerah edisi kedua ini disambut baik meskipun diadakan jauh dari ibu kota Kuala Lumpur.

Tahniah Budiey ucapkan kepada filem Hantu Kapcai arahan Ghaz Abu Bakar yang telah membawa tuah buat pengarahnya apabila dinobatkan sebagai Filem Terhebat Anugerah Blokbuster 2012. Hantu Kapcai telah membolot 5 trofi kemenangan. Yeah! Balun habis! Dikatakan ini adalah kerana pelakon utamanya Zizan Razak yang mempunyai jumlah peminat yang ramai dan faktor filem ini sangat menghiburkan penonton. Ini sekaligus menepati ramalan ramai pihak terutama pengamal media dan peminat.

Budiey baca di Twitter, sekalian rakyat Johor begitu berkobar-kobar menyambut kunjungan artis. Seperti biasa, apabila majlis anugerah di luar Kuala Lumpur, ia pasti akan dapat sambutan hangat terutama sekali jika dibuat di Johor Bahru.

Berlangsung di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Johor Bahru, Johor, Anugerah Blokbuster 2 akan mula disiarkan secara langsung pada jam 9 malam di Astro Ria (104) dan Mustika HD.

Sekalung tahniah Budiey ucapkan kepada filem Hantu Kapcai arahan Ghaz Abu Bakar yang telah membawa tuah buat pengarahnya apabila dinobatkan sebagai Filem Terhebat Anugerah Blokbuster 2012. Kemenangan ini membolehkan Hantu Kapcai terbitan Showbiz Sdn Bhd membawa pulang trofi serta wang tunai keseluruhan berjumlah RM15,000.

Hantu Kapcai turut memenangi kategori Filem Aksi Terhebat dan Filem Kelakar Terhebat termasuklah Hero Terhebat (Zizan Razak).

Berikut adalah senarai Penuh Pemenang Anugerah Blokbuster 2:

[toggle title=”1. Anugerah Filem Terhebat: Hantu Kapcai”]

  1. – Hantu Kapcai
  2. – Istanbul Aku Datang – Ramalan Budiey
  3. – Jiwa Taiko
  4. – Adnan Sempit 2
  5. – Aku Terima Nikahnya
  6. – Adik Manja Returns
  7. – Aku Ada, Kau Ada???
  8. – Mael Lambong
  9. – Bujang Terlajak
  10. – 29 Februari[/toggle]

[toggle title=”2. Anugerah Tuan Direktor Terhebat: Syamsul Yusof (Jalan Kembali Bohsia 2)”]

  1. – Ghaz Abu Bakar (Hantu Kapcai)
  2. – Syamsul Yusof (Jalan Kembali Bohsia 2)
  3. – Osman Ali (Jiwa Taiko)
  4. – Dharma Harun Alrashid (Adik Manja Returns)
  5. – Bernard Chauly (Istanbul Aku Datang) – Ramalan Budiey
  6. – Rahila Ali (Aku Ada, Kau Ada???)
  7. – Ismail Bob Hashim (Adnan Sempit 2)
  8. – Eyra Rahman (Aku Terima Nikahnya)
  9. – Edry Abdul Halim (29 Februari)
  10. – Syafiq Yusof (Saya Amat Mencintaimu (S.A.M)[/toggle]

[toggle title=”3. Anugerah Direktor Baru Terhebat: Dharma Harun Alrashid (Adik Manja Returns)”]

  1. – Ghaz Abu Bakar (Hantu Kapcai) – Ramalan Budiey
  2. – Rosihan Zain Baharudin (Chowkit)
  3. – Syafiq Yusof (Saya Amat Menyintaimu (S.A.M)
  4. – Dharma Harun Alrashid (Adik Manja Returns)
  5. – Eyra Rahman (Aku Terima Nikahnya)
  6. – Rahila Ali (Aku Ada, Kau Ada???)
  7. – Esma Danial (Zaiton, Ceritaku)
  8. – Namawee (Hantu Gangster)
  9. – Asrulhisyam Ahmad (Sesuatu Yang Tertinggal)
  10. – Nizam Zakaria (Cinta Kurakura)[/toggle]

[toggle title=”4. Anugerah Filem Aksi Terhebat: Hantu Kapcai”]

  1. – Hantu Kapcai – Ramalan Budiey
  2. – 8 Jam
  3. – Jiwa Taiko
  4. – Saya Amat Menyintaimu (S.A.M)
  5. – Jalan Kembali – Bohsia 2
  6. – Budak Pailang
  7. – Pe3
  8. – Chowkit
  9. – Taikun[/toggle]

[toggle title=”5. Anugerah Filem Kelakar Terhebat: Hantu Kapcai”]

  1. – Hantu Kapcai – Ramalan Budiey
  2. – Istanbul Aku Datang
  3. – Ngorat
  4. – Adnan Sempit 2
  5. – Mael Lambong
  6. – Adik Manja Returns
  7. – Pontianak Vs Orang Minyak
  8. – Cinta Kurakura
  9. – Apa Celop Toqq
  10. – Strawberi Cinta[/toggle]

[toggle title=”6. Anugerah Filem Takut Terhebat: Sumpahan Kum-Kum”]

  1. – Sumpahan Kum-Kum
  2. – Hantu Gangster – Ramalan Budiey
  3. – Hantu Dalam Botol Kicap
  4. – Hantu Air
  5. – Sesuatu Yang Tertinggal
  6. – Keramat
  7. – Halim Munan[/toggle]

[toggle title=”7. Anugerah Drama Muzikal Terhebat: Aku Ada, Kau Ada?”]

  1. – Hoore! Hoore! – Ramalan Budiey
  2. – Aku Ada, Kau Ada?
  3. – Istanbul Aku Datang
  4. – Aku Terima Nikahnya
  5. – 29 Februari
  6. – Ngorat
  7. – Hanya Aku Cinta Kau Seorang
  8. – 7 Petala Cinta
  9. – Zaiton, Ceritaku
  10. – Gerimis Mengundang[/toggle]

[toggle title=”8. Anugerah Hero Terhebat: Zizan Razak (Hantu Kapcai)”]

  1. – Zizan Razak (Hantu Kapcai)
  2. – Shaheizy Sam (Adnan Sempit 2) – Ramalan Budiey
  3. – Adi Putra (Aku Terima Nikahnya)
  4. – Aaron Aziz (Ngorat)
  5. – Remy Ishak (Jiwa Taiko
  6. – Beto Kusyairy (Istanbul Aku Datang)
  7. – Johan Raja Lawak (Pontianak Vs Orang Minyak)
  8. – Kamal Adli (Salam Cinta)
  9. – Zizan Razak (Mael Lambong)
  10. – Hazama (Apa Celop Toqq)[/toggle]

[toggle title=”9. Anugerah Heroin Terhebat: Yana Samsudin (3 Temujanji)”]

  1. – Yana Samsudin (3 Temujanji) – Ramalan Budiey
  2. – Lisa Surihani (Istanbul Aku Datang)
  3. – Nadia Nisaa (Jiwa Taiko)
  4. – Juliana Evans (Mael Lambong)
  5. – Nora Danish (Aku Terima Nikahnya)
  6. – Juliana Evans (Adik Manja Returns)
  7. – Lisa Surihani (Saya Amat Menyintaimu (S.A.M)
  8. – Neelofa (Azura)
  9. – Intan Ladyana (Adnan Sempit 2)
  10. – Tizz Zaqyah (Cinta Kura-Kura)[/toggle]

[toggle title=”10. Anugerah Watak Penjahat Terhebat: Sofi Jikan (Jalan Kembali – Bohsia 2)”]

  1. – Sofi Jikan (Jalan Kembali – Bohsia 2)
  2. – Juliana Evans (Adik Manja Returns)
  3. – Bront Palarae (Jiwa Taiko)
  4. – Remy Ishak (Hantu Kapcai) – Ramalan Budiey
  5. – Al Ex Yanz (Taikun)
  6. – Kamal Adli (Aku Ada, Kau Ada?)
  7. – Siti Fazurina (Baik Giller)
  8. – Azad Jasmin (Apa Celop Toqq)
  9. – Tomok (Istanbul Aku Datang)
  10. – Farid Kamil (Pe3)[/toggle]

[toggle title=”11. Anugerah Lagu Tema Terhebat: Beginilah Caranya (Aku Ada, Kau Ada?)”]

  1. – Beginilah Caranya (Aku Ada, Kau Ada?) – Ramalan Budiey
  2. – Tiada Kasih Tiada Cinta (Aku Terima Nikahnya)
  3. – Harley (Hantu Kapcai)
  4. – Bebas (Jiwa Taiko)
  5. – Adik Manja Returns (Adik Manja Returns)
  6. – Aku Datang (Istanbul Aku Datang)
  7. – Aku Mahu Dia (Apa Celop Toqq)
  8. – Jagalah Diri (29 Februari)
  9. – Ajari Aku (Saya Amat Menyintaimu (S.A.M)
  10. – H.A.C.K.S (Hanya Aku Cinta Kau Seorang)[/toggle]

[toggle title=”12. Anugerah Hero Baru Terhebat: Izzue Islam (29 Februari)”]

  1. – Izzue Islam (29 Februari) – Ramalan Budiey
  2. – Hairul Azreen (Hantu Kapcai)
  3. – Shahrizal Jaszle (Azura)
  4. – Justin Foo (Baik Giler)
  5. – Rykal Iskandar (Aji Boy)
  6. – Izzue Islam (Hantu Kapcai)
  7. – Karl Shafek (Zaiton,Ceritaku)
  8. – Nizam Zaidi (Budak Pailang)
  9. – Harris Shidee (Aku,Kau&Dia)
  10. – Aizat Amdan (Istanbul Aku Datang)[/toggle]

[toggle title=”13. Anugerah Heroin Baru Terhebat: Neelofa (Hantu Kapcai)”]

  1. – Neelofa (Hantu Kapcai) – Ramalan Budiey
  2. – Anzalna Nasir (Kahwin 5)
  3. – Siti Maizatul Rafira (Jiwa Taiko)
  4. – Maria Tunku Sabri (Adik Manja Returns)
  5. – Jihan Raja Lawak (Adik Manja Returns)
  6. – Shima Anuar (7 Petala Cinta)
  7. – Mon Ryanti (Aku Terima Nikahnya)
  8. – Nur Shazwana (Hoore! Hoore!)
  9. – Farhanna Qismina (Sesuatu Yang Tertinggal)
  10. – Jojo Goh (29 Bebruari)[/toggle]

[toggle title=”14. Pemenang PFM: Mejar David Teo”]Tahniah[/toggle]
[toggle title=”15. Pemenang Anugerah Astro First: Ombak Rindu”]Tahniah[/toggle]
[toggle title=”16. Pemenang Anugerah Gempak WeChat: Stacy & Adam”]Tahniah, wah, korang dapat RM10,000. Belanja Budiey nanti okay?[/toggle]

Tahniah buat semua pemenang!

Pada malam ini, bukan hanya 15 kategori dipertandingkan, tapi satu lagi kategori istimewa diwujudkan menjadikannya semua sekali 16 kategori. Kategori yang dimaksudkan ialah Anugerah Gempak WeChat yang dicetuskan oleh penaja utama Anugerah Blokbuster iaitu WeChat.

Kategori Anugerah Gempak WeChat ini diwujudkan untuk peminat mengundi siapa yang membuat persembahan pada malam ini. Namun, undian dibuka lebih awal sejak 6 Jun lalu sekalipun persembahan hanya dipentaskan pada malam ini. Kira bagus jugak kategori Gempak WeChat ni sebab ia menghargai artis yang buat persembahan dengan ganjaran wang tunai RM10,000. Bila dah kata undian tu, pastinya yang popular akan berjaya. Jadi, tengok sendirilah dalam senarai persembahan ni, artis yang mana yang popular, dia mungkin akan menang. Budiey jangka Zizan Razak akan menang malam ni.

Antara yang akan buat persembahan ialah Zizan Razak, Adam, Stacy, Azlan The Typewriter, Kristal, Dayang Nurfaizah, Jaclyn Victor, Aizat Amdan, Waris, DJ Fuzz, Juzz Thin, The Romans, Shae, Bobo dan Hazama.

Anugerah ini sekali lagi menggunakan sistem pemilihan daripada penonton yang diberi kuasa kepada peminat untuk menentukan pemenang bagi setiap kategori yang disediakan. Para penonton boleh mengundi filem-filem dan artis-artis kegemaran mereka melalui laman web www.anugerahblokbuster.com.my. Laman web telah pun dibuka dari 19 April 2013 hingga 15 Jun 2013 untuk peminat mengundi.

Terdapat 49 buah filem yang layak dicalonkan dalam Anugerah Blokbuster 2. PFM telah mengumumkan 10 pencalonan yang layak ke peringkat seterusnya. Antara filem-filem yang bertanding termasuklah Chow Kit, Ngorat, Istanbul Aku Datang, Adnan Sempit 2, 29 Februari, Apa Celop Toqq, Mael Lambong, Untuk Tiga Hari, Jiwa Taiko, Kahwin Lima dan Zaiton Ceritaku.

Manakala pencalonan untuk 5 yang teratas akan diumumkan pada malam anugerah. Anugerah akan disampaikan oleh artis-artis popular tempatan seperti seperti Hanif ERA, Ray ERA, Rozita Che Wan, Wawa Zainal, Emma Maembong, Fazura, Shaheizy Sam dan ramai lagi.

Antara artis-artis yang akan menghiburkan para penonton ialah seperti Adam, Stacy, Azlan And The Typwriter, Hazama, Kristal, Dayang Nurfaizah, Jaclyn Victor, Aizat, WARIS, DJ FUZZ, Juzz Thin, The Romans dan Shae.

Antara gambar-gambar pemenang Anugerah Blokbuster 2013:

Anugerah Blokbuster

Anugerah Blokbuster

Anugerah Blokbuster

Anugerah Blokbuster

Anugerah Blokbuster

Anugerah Blokbuster

Anugerah Blokbuster

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Kaka Azraff di Karpet Merah Anugerah Blokbuster 2

Gambar Alam Wakaka di Karpet Merah Anugerah Blokbuster 2