in

Senarai Penuh Pemenang Anugerah Bintang Popular 2011

Updated: Jam 3 petang 8 April 2012

Budiey sekarang selamat sampai di Genting Highlands di mana akan berlangsungnya Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 pada jam 9 malam ini. Kepada anda kat rumah tu atau yang tak dapat tiket untuk naik ke Arena of Stars, bolehlah menonton secara LIVE di stesen rasmi ABP iaitu TV3 atau jika anda tak dapat siaran, boleh menonton secara online dengan melayari: http://www.abpbh.com.my atau jika berada di jalan raya, boleh mendengarnya di radio Hot FM.

VIDEO BUAL SANTAI BUDIEY BERSAMA ZAINURI MISFAR WAKIL ABPBH2011

Jika tahun lepas, ABPBH2010 berlangsung pada 03.04.2011, tapi untuk edisi ke-25, Berita Harian memilih tarikh 8 April 2012 untuk mengumumkan senarai pemenang ABP. Debaran sememangnya dirasakan. Dup Dap – Dup Dap. Bukan sahaja untuk selebriti bertanding tapi bagi peminat yang gigih bertungkus lumus siang malam sampai bengkak jari mengundi artis kesayangan mereka.

ABP kali ini penuh bermakna buat penganjur Berita Harian kerana meraikan meraikan Jubli Perak 25 tahun Berita Harian dan seharusnya ia pasti penuh gemilang dan warna-warni di Puncak Kota Keriangan, Arena of Stars Genting Highland dengan tema Larger Than Life.

Tahniah Budiey ucapkan buat Berita Harian, buat semua pengarang dan semualah yang terlibat dengan ABP kerana berjaya menjadikan anugerah ini antara anugerah paling grand dan happening. Maklumlah, anugerah ini melibatkan undian dari peminat.

Bilang-bilang dengan jari, lebih 90 orang selebriti yang sanggup mendaki ke puncak Genting semata-mata nak berpijak dan melintasi karpet merah dengan penuh pesona dan gaya. Perang pereka fesyen pun tercetuslah kan? Namun, seperti biasa yang buruk, yang jilik atau yang jadi mangsa fesyen bakal jadi perhatian ramai.

Pentas ABPBH juga mendapat perhatian ramai apabila ia dilebarkan dan dibesarkan. Begitu juga dengan penataan cahaya di mana banyak lampu digunakan. Untuk menjadikan ia lebih grand, penggunaan LED yang menjadi latar juga sungguh meng-wow-kan.

ABPBH2011

ABPBH2011

Empat bulan lalu, nama-nama finalis diumumkan untuk diundi oleh pembaca Berita Harian. Budiey perhatikan semua artis yang bertanding terus melancarkan usaha & kempen memancing undian daripada peminat menerusi laman sosial mereka. Maka Facebook dan Twitter dipenuhi dengan rayuan-rayuan untuk peminat memangkah nama mereka dan tak cukup dengan itu, undian SMS juga turut dibuat.

Persembahan dilatari dengan muzik orkestra pimpinan Dato’ Ramli MS.

ABPBH2011

Selain kempen dari selebriti bertanding, penganjur Berita Harian dan Persatuan Akademi Industri Muzik (Akademi) juga mengadakan siri jelajah promosi ABPBH 2011, yang singgah di bandar-bandar utama.

Acara ini memberi peluang untuk artis yang bertanding untuk lebih dekat lagi dan memperhebatkan lagi undian dari peminat. Budiey dengar, roadtour ini mendapat sambutan hangat dari peminat. Tahniah buat Berita Harian atas usaha ini kerana rasanya bukan mudah untuk mengumpulkan semua artis popular yang bertanding sebab jadual diorang sangat sibuk.

Acara dimulakan dengan laluan selebriti di karpet merah seawal jam 7.45 malam. Anugerah anjuran Berita Harian ini disiarkan secara langsung di TV3, stesen radio Hot FM dan untuk menonton secara langsung online, anda boleh layari: http://www.abpbh.com.my

Yuna yang dicalonkan dalam kategori Penyanyi Wanita Popular tidak dapat hadir kerana masih berada di LA, Amerika Syarikat. Namun begitu, ibunya dan penyanyi Diandra Aljunaidi

Sebanyak 19 kategori dipertandingkan dan pada malam ini, Arena of Stars, Genting Highland menjadi saksi.

PENGACARA

Kalau ABP tahun lepas hosnya 3 orang, kali ini ditambah dengan seorang lagi hos iaitu Didie Alias. Gamat jadinya. Maklumlah kesemua empat orang pengacara iaitu Raja Azura, Didie Alias & Sharifah Shaheera dan Zizan Raja Lawak ini memang pakar dalam menarik perhatian penonton dengan lawak jenaka mereka. Lawak tak diorang ni?

Korang rasa?

PENYAMPAI TROFI:

Seramai 21 orang telah ditugaskan untuk menjadi penyampai kali ini. Mereka adalah Ady Putra, Afdlin Shauki, Bintang Idola, Chad HotFm, Datuk DJ Dave, Dato’ Yusoff Haslam, Deen HotFm, Eman Manan, Erra Fazira, Nur Fazura, Harun Salim Bachik, Mustafa Kamal, Nora Danish, Normala Shamsuddin, Nurul Syuhada, Ridzuan Hashim, Rosyam Noor, Shafiq Haslam, Shamsul Haslam, Wan Maimunah dan Juara Bintang Idola Berita Harian ABPBH 2011.

Sebagai anugerah yang berprestij di Malaysia, Budiey kira sangat wajar anugerah ini melibatkan semua orang-orang yang terlibat dalam semua bidang hiburan termasuklah bidang lakonan, nyanyian, penyiaran dan sebagainya. Orang-orang di belakang tabir pun turut dijemput untuk menyampai trofi.

PERSEMBAHAN ARTIS:

Untuk edisi ke-25 APBPBH, seramai lebih 37 orang selebriti yang dijemput untuk menghiburkan penonton. Selain persembahan Dato’ Siti Nurhaliza menyanyikan lagu Whitney Houston untuk pembukaan dengan penampilan tarian dari grup VIP, antara barisan artis lain ialah Aaron Aziz, Adira, Aizat Amdan, Alyah, Amy Search, Anuar Zain, Azhar Bintang Idola, Azlan Typewriter, Black, Bob AF, Dato’ M Nasir, Dato’ Sheila Majid, Dato’ Siti Nurhaliza, Dayang Nurfaizah, Ezlynn, Faizal Tahir, Fauzi Nawawi, Hafiz, Hazama, Jaclyn Victor, Lisa Surihani, Lisdawati, Man Kidal, Maria Farida, Mas Idayu, Maya Karin, Najwa Latif, One Nation Emcees, Ramlah Ram, Salma Mentor, Shiha Mentor, Shila Amzah, Stacy, Tam Spider, VIP, Watie Elite dan Ziana Zain.

Keputusan itu diperoleh hasil pengiraan lebih XXXX borang undian yang diterima penganjur sejak bermulanya proses kiraan pada 1 Februari lalu dan berakhir kira-kira jam 5 petang, 6 April 2012. Peminat diberi masa mengundi sehingga 23 Mac 2012 melalui online, undian di Berita Harian & juga SMS.

Kemenangan Aaron Aziz memenuhi jangkaan ramai dan melayakkan dia membawa pulang hadiah Nissan Teana 250 XV V6 bernilai RM175,000 dan kalung mewah Rafflesia Mandalay bernilai RM250,000.

Menewaskan saingan terdekatnya, Shaheizy Sam yang menggenggam gelaran itu tahun lalu, Aaron Aziz mencairkan hati peminatnya menerusi filem Ombak Rindu seterusnya dipilih sebagai Bintang Paling Popular dengan undian sebanyak 87,669.

Saya bayangkan seperti memakai pakaian warna emas di kawasan khalayak ramai seperti pasar, terlalu menonjol kerana dari jauh orang sudah perasan. Itulah perasaannya apabila memenangi anugerah ini. – Aaron Aziz

Aaron Aziz dinobatkan sebagai pemenang untuk kategori Pelakon Filem Lelaki Popular. Namun, ada peminat yang kecewa kerana Aaron Aziz tidak berjaya merangkul gelaran Pelakon TV Lelaki Popular yang mana diserahkan kepada Fizz Fairuz. Tahniah Fizz Fairuz kerana di saat penonton menjerit nama Aaron Aziz sewaktu anugerah Pelakon TV Lelaki Popular nak diumumkan, nama Fizz Fairuz pula yang keluar. Satu kejutan yang sangat tak diduga.

Kemenangan Aaron itu bagaikan sudah dijangka kerana fenomena yang dicetuskan olehnya sebelum ini termasuk sambutan yang diterima sewaktu menghadiri siri jelajah promosi ABPBH2011 yang sungguh luar biasa.

Ternyata, itulah kuasa aktor dari Kota Singa yang diakui mempunyai aura dan pakej tersendiri. Paling menarik, Aaron mengulangi kembali kejayaan Datuk M Nasir yang pernah memenangi kategori itu suatu waktu dulu.

Namun, dalam kegembiraan, Aaron mengakui takut dengan gelaran itu.
“Saya membayangkan seperti memakai pakaian warna emas di kawasan khalayak ramai seperti pasar, terlalu menonjol kerana dari jauh orang sudah perasan. Itulah perasaannya apabila memenangi anugerah ini. Semua mata memandang apa yang kita buat. Kalau kita buat silap, orang akan cepat nampak,” ujarnya bermetafora.

Sebelum ini setiap kali disebut-sebut sebagai pemenang kategori itu, Aaron tetap merendah diri dan menganggap peluang untuk artis lain mengungguli kategori terbabit tetap ada. Namun penangan Ombak Rindu membuktikan segala-galanya.

“Saya akui Ombak Rindu memang menyentuh hati ramai, termasuk peminat dan juga orang industri. Tapi saya percaya, apabila kita buat sesuatu kerja dengan ikhlas tanpa mengharapkan sebarang balasan, ganjaran akan datang dengan sendirinya,” kata Aaron lagi.

Ditanya apakah maknanya anugerah ini kepada kerjaya seninya, Aaron menyifatkan trofi itu sebagai peringatan untuknya supaya bekerja lebih keras.

“Saya masih ingat kata-kata aktor Rosyam Nor yang menyifatkan anugerah yang dimenangi bererti ada tanggungjawab yang menanti. Trofi ini akan mengingatkan saya supaya bekerja lebih keras dan tidak lekas berpuas hati dengan kejayaan yang digenggam,” katanya yang masih lagi terkejut dengan kemenangannya itu.

Pemenang ABPBH2011

Pemenang ABPBH2011

Tahniah kepada semua pemenang Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011:

1. Penyanyi Lelaki Popular : Hafiz

2. Penyanyi Wanita Popular : Yuna

3. Penyanyi Duo/Kumpulan Popular : Shila Amzah, Jaclyn Victor & Ning Baizura

5. Pelakon Filem Lelaki Popular : Aaron Aziz

6. Pelakon Filem Wanita Popular : Maya Karin

7. Pelakon TV Lelaki Popular : Fizz Fairuz

8. Pelakon TV Wanita Popular : Fasha Sandha

9. Pengacara TV Lelaki Popular : Zizan Razak

10. Pengacara TV Wanita Popular : Fara Fauzana

11. Penyampai Radio Lelaki Popular : Faizal Ismail

12. Pengacara Radio Wanita Popular : Fara Fauzana

13. Artis Komedi Lelaki Popular : Johan Raja Lawak

14. Artis Komedi Wanita Popular : Didie Alias

15. Artis Baru Lelaki Popular : Johan Asari

16. Artis Baru Wanita Popular : Tasha Shila

17. Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat: Dato’ Sheila Majid

18. Anugerah Seri Perak: Dato’ Siti Nurhaliza

19. Artis Paling Popular 2011 : Aaron Aziz

Tahniah buat semua pemenang dan tahniah juga kepada penganjur.

Nak gi post party jap lagi… bye.

Pemenang ABPBH2011

Anugerah Seri Perak: Dato’ Siti Nurhaliza

Pemenang ABPBH2011

Pelakon TV Lelaki Popular : Fizz Fairuz

Pemenang ABPBH2011

Artis Komedi Wanita Popular : Didie Alias

Pemenang ABPBH2011

Artis Komedi Lelaki Popular : Johan Raja Lawak – Mak Jemah

Pemenang ABPBH2011

Pelakon TV Wanita Popular : Fasha Sandha

Pemenang ABPBH2011

Tahniah buat Didie Alias & Tasha Shila

Pemenang ABPBH2011

Fara Fauzana rebut dua trofi

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ramalan Pemenang Anugerah Bintang Popular ABPBH2011

Gambar Nora Danish di Karpet Merah ABPBH2011