in

Senarai Penuh Nama Para Juri & Hakim AIM19

Senarai Penuh Nama Para Juri & Hakim Anugerah Industri Muzik 19

Sebelum ini, penghakiman dilakukan oleh ahli-ahli Persatuan Akademi Industri Muzik Malaysia (PAIMM) termasuk pihak media, ahli akademik, wakil stesen radio dan televisyen serta individu daripada syarikat rakaman.

Pengerusi Bersama, Jawatankuasa Penganjur AIM19, Rosmin Hashim berkata, perubahan itu dilakukan atas permintaan penggiat seni termasuk para artis.

Budiey setuju dengan cara terbaru ini kerana yang berkelayakan untuk menilai karya-karya muzik dalam AIM pada tahun ini adalah komposer, penulis lirik, penerbit album serta individu yang mempunyai kemahiran dalam bidang berkenaan.

Juri AIM19

Seperti tahun lalu, pihak penganjur Anugerah Industri Muzik 19 turut mengumumkan senarai barisan panel juri yang terpilih bagi mengadili karya-karya yang menghantar pencalonan untuk tahun ini. Panel juri yang terdiri daripada penggiat-penggiat industri muzik tempatan telah bertemu pada 6 September lalu untuk mengadili kategori Rakaman Album Terbaik di Sutra Studio diikuti kategori-kategori lain pada 8 September di PJ Hilton.

Pencalonan dalam kategori Lagu Terbaik dan Album Terbaik merupakan kategori yang terakhir diadili iaitu pada 26 September lalu di PJ Hilton.

Pencalonan AIM 19 tahun ini terbuka kepada lagu-lagu atau album dalam bahasa Melayu dan Inggeris yang dikeluarkan di Malaysia bermula 1 Julai 2011 hingga 30 Jun 2012.

Tempoh pencalonan dibuka sejak 16 Julai 2012 dan akan ditutup pada 15 Ogos ini. Sebanyak 19 kategori dipertandingkan.

Kemuncak AIM19 akan diadakan pada 17 November 2012 di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor dan akan disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria.

Berikut adalah senarai panel hakim dan juri untuk AIM19:

1. Adnan Abu Hassan (Ketua Juri)
2. Joe Wings (pemuzik)
3. Afdlin Shauki (pemuzik, penyanyi)
4. Ad Samad (penulis lirik)
5. Ahmad Zairi Ariffin (jurutera bunyi)
6. Alfa Booty (penerbit album, pemuzik)
7. Kelly (pemuzik)
8. Raunajud (pengarah kreatif)
9. Aylwin Santiago (pengarah muzik, pemuzik)
10. Bustamam (jurufoto profesional)
11. Dato’ Mokhzani Ismail (pengarah muzik RTM, komposer, konduktor)
12. Eddie Slam (pemuzik)
13. Edrie Hashim (penerbit album, komposer, penulis lirik)
14. Edry KRU (komposer, penerbit, pemuzik, jurutera bunyi)
15. Fauzi Marzuki (pemuzik, komposer, penerbit album)
16. Fauziah Ahmad Daud (penyanyi, pelakon, pengarah)
17. S. Atan (komposer, penerbit album)
18. Acis (pemuzik, pengarah muzik)
19. Helen Yap (komposer, penerbit)
20. Henry Yap (pengarah kreatif eksekutif M&C Saatchi)
21. Idzahar Azwa Daud (komposer, pemuzik, penerbit)
22. Jamal Abdillah (penyanyi)
23. Johan Nawawi (komposer, penulils lirik, penerbit album)
24. Johari Teh (pemuzik, komposer)
25. Julfekar (komposer, penerbit)
26. KL Khoo (pengarah seni, pengarah urusan)
27. Nick Lee (pemuzik, komposer, penerbit)
28. Lisette Scheers (pengarah kreatif La Scheers Co.)
29. Nizam Harraz (pereka kulit album)
30. Bong (komposer, pemuzik)
31. Jig (jurutera bunyi)
32. Azam Dungun (pensyarah muzik, penulis lirik, penerbit, komposer)
33. Ajai (komposer, penerbit, penyanyi)
34. Ghaz Abu Bakar (pengarah video)
35. Nafie (penyusun lagu, jurutera studio, penerbit)
36. Mohariz Yaakub (penulis lirik, penerbit muzik)
37. Khairul (pengarah muzik video, pengarah filem)
38. Keon (penulis lirik)
39. M.Nasir (penyanyi, komposer, penulis lirik)
40. Buddhi Hekayat (penulis lirik)
41. Taja (pemuzik, komposer)
42. Paul Augustin (pemuzik, pengarah festival jazz)
43. Paul Morrison (pemuzik, penerbit)
44. Reza Aziz (jurutera bunyi)
45. L.Y. (pengarah kreatif, penerbit album, komposer)
46. Tam Spider (penyanyi band)
47. Ujang (pemain drum, sessionist)
48. RS Murthi (penerbit muzik, pengkritik muzik)
49. Sasi The Don (penyanyi)
50. Saw Teong Hin (penerbit, pengarah filem)
51. Sarah Raisuddin (penyanyi)
52. Pak Ngah Suhaimi (komposer, pengarah muzik)
53. Sujesh (pengkritik muzik, penolong editor Star Online)
54. Syafinaz (penyanyi, pensyarah muzik)
55. S.Amin Shahab (penulis lirik, komposer, pengarah filem)
56. CL Toh (jurutera audio)
57. Nora (penyanyi)

Juri AIM19

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dr Rozmey Digantung Keanggotaan MMC

Konsert Zikir Terapi Diri Hafiz Hamidun