Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Senarai Penuh Keputusan Pemenang Anugerah Bintang Popular 2007



Disaksikan oleh kira-kira 5 ribu orang penonton di Arena of Stars, selebriti dan tetamu jemputan serta dipancarkan secara langsung menerusi TV3, Malam Kemuncak Anugerah Bintang Popular 2007 malam tadi telah merungkaikan jawapan siapa pemilik Bintang Paling Popular.

Budiey ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Mawi kerana memenangi anugerah paling dinantikan dan paling ingin dimiliki oleh setiap selebriti. Namun, Budiey rasa tepukan di Arena of Stars tidak segamat Mawi menerima trofi yang sama pada 2 tahun lalu. Buktinya jelas pada undian yang begitu merosot di mana sebanyak 261,555 undi pada tahun lepas berbanding pada tahun ini Mawi meraih hanya 119,268 undian.

Banyak juga kejutan dalam keputusan kali ini. Antaranya kemenangan Dynaz untuk Pelakon TV Wanita Paling Popular, Fara Fauzana membolot 2 anugerah sekaligus, Rusdi Ramli yang berjaya menarik undian terbanyak dalam kategori Pelakon Filem Lelaki Popular dan tak lupa Faizal Ismail yang memecah kekebalan Halim Othman dalam kategori Penyampai Radio Lelaki Popular.

40 pemuzik di bawah pimpinan Ramli M. S mengiringi persembahan hebat semalam menjadikan anugerah ini antara yang cemerlang pernah dijayakan oleh Berita Harian. Namun, malangnya keseluruhan acara semalam amat membosankan penonton sehingga ada yang mengalihkan siaran? Mengapa? Adakah hos yang banyak kali menjerit dengan lakonan yang entah apa-apa? Syiok sendiri? Atau persembahan yang hambar? Atau tidak banyak kejutan dalam keputusan pemenang?

Tahniah Budiey ucapkan kepada Berita Harian atas penganjuran gemilang dan berprestij

Pengacara TV Lelaki Paling Popular
Aznil Hj Nawawi

Pengacara TV Wanita Paling Popular
Fara Fauzana

Penyampai Radio Lelaki Paling Popular
Faizal Ismail

Penyampai Radio Wanita Paling Popular
Fara Fauzana

Penyanyi Nasyid Paling Popular
Rabbani

Artis Lelaki Komedi Paling Popular
Saiful Apek

Artis Komedi Wanita Paling Popular
Sheila Rusly

Artis Baru Lelaki Paling Popular
Dafi

Artis Baru Wanita Paling Popular
Mila

Pelakon TV Lelaki Paling Popular
Rosyam Nor

Pelakon TV Wanita Paling Popular
Dynaz

Penyanyi Duo Berkumpulan
Sofaz

Penyanyi Lelaki Popular
Mawi

Penyanyi Wanita Popular
Datuk Siti Nurhaliza

Anugerah Bintang Paling Popular
Mawi

Anugerah Khas Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat ABP 2007
M. Nasir

Tahniah kepada semua pemenang!

Budiey baru pulang dari Genting jam 2 petang tadi. Letih dan penat berparty di post party semalam pun masih belum hilang. Gambar karpet merah dan post party akan menyusul selepas ini.

Tags:

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Anugerah Era, Anugerah Era, Pemenang Anugerah Era, Ulasan Anugerah Era 07
  • Sekitar Sidang Media Anugerah Bintang Popular 2007
  • Senarai Finalis Anugerah Bintang Popular 2007
  • Keputusan Pemenang KL International Film Festival KLIFF 07
  • Keputusan Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008
  • Rating Anugerah Bintang Popular 2007 4.5 Juta
  • Siti Nurhaliza Buat Persembahan di Anugerah Bintang Popular 2007
  • Sistem Penjurian Festival Filem Malaysia
  • Filem The Departed Menang The Best Picture di Anugerah Oscar
  • Gambar Alyah di Anugerah Bintang Popular 2010



    • ctkus

      hiks hiks… tok ti mng lagi yey yey…
      berparti ye budiey… padan la lmbat update…
      jgn lupe ye best dress spe…

    • http://tokrimau.blogspot.com Tok Rimau

      Wa kat belakang. wa nampak lu bukak laptop update blog ke apa. Nak jumpa lu tapi guard kata kat gua—” Kamu insan marhaen. Tak layak turun bawah.” ha ha.

    • http://www.hajahdatositinurhaliza.co.nr MR LECTURER – SITIZONE

      Tahniah kepada Semua Pemenang.. Tak Kira lelaki atau Wanita… semuanya hebat hebat belaka……..

      Tapi yang lagi hebat adalah DATO’ SITI NURHALIZA kerana telah mempertahankan GELARAN Penyanyi Wanita Popular Sejak 10 Tahun Lalu.. Dan Kini 11 Tahun memegang trofi PANAS itu… Tahniah buat Dato Siti Nurhaliza, semoga berkembang terus dengan Idea IDea serta Karya Karya Yang TERBARU…PEMINAT MU SENANTIASA MENUNGGU ALBUM TERBARU….

      AMIN.

      Kerana Dirimu, Ku Mampu berdiri tegak.. Seberat apa pun beban dihadapanku, Kini….KERANA CINTA MU.. Ku mampu berjalan tenang…

    • http://parisrowena.blogspot.com abby

      Tahniah kpd semua pemenang, semuanya cantik dlm konsep baju ‘batik glam’

      mana gambar budiey dlm batik glam itewww?
      hehehe

      and a big congrats to MILA
      my bebeh
      luv yaaaaaa

    • shida

      Budiey…
      i nak sangat tahu sapa yang menang best dress…
      tunjukkan sekali gambar dia tau…
      i nak tengok…

      actually tahun ni, i sikit terkilan… i thought Fara Fauzana boleh menang bintang paling popular… kalau tak dia pun at least kak siti… tapi nak buat camne… dah terjadi kan…

      any way best luck 4 u… my beloved bloger… i tunggu any update from u tau…

    • komala

      hrp2 datin seri siti nurhaliza bleh terus lgi brtahan hingga bile2 aku menyampah c pasar sandar gedik menang

    • http://deleted tina

      aku hrp sgt la bintang plg popular org lain mng,asyik2 c botak tu, tolong la bg org lain,tiap2 tahun muke yg same jer dpt.ramai lg tau yg hebat2 tp x der peluang.x faham aku org melayu skrg ni. nyampah aku c botak tu jugak yg dpilih nya. best sgt ker. hampeh

    • affanazami

      saye sgt suke dynaz menang!!!!! hehehe. n yes, fara lagi layak menang bintang paling populer.. isk. sian kak linda onn

    • http://- saje je

      tahniah wat DATUK SITI NURHALIZA…!!!
      kekalkn kejuaraan smpai skng..
      i’m proud of you CT…mmmuuaaahhhh…!!!

    • http://www.syamsulariff.com syamsulariff.com

      dynaz menang sebab citer susuk tu ek? ap nasib anak pontianak?

    • ctkus

      DYNAZ KAN BNYAK BLAKON DRAMA TAUN NIE…
      X KESAH LA JNJI FASHA SANDHU DA KALAH…
      MCM TERKEDU DIE SKEJAP ATS STAGE NGAN JALALUDDIN HASSAN….
      HIHIHI

    • felix

      Tahniah pada yg menang. Persembahan Dato’ CT paling best diikuti oleh anuar zain. Paling boring pengacaranya, tak perlulah terjerit-jerit, bawalah perubahan, zaman jerit-jerit tu dah berlalu, carilah idea baru yang selari dgn zaman IT sekarang. dua-dua gedik dan rasanya cara OG mengacara tak selari dgn komennya kepada peserta AF. tunjukkanlah cara yang terbaik.

    • erz

      Hairankan anugerah bntang popular blh mencecah 5 ribu org tp kalau sembahyang berjemaah ramai2 ke…nasyid ke…apa2 jer la berbentuk keagamaan…1000 org pn blm pasti hadir.,,normal la tu kan….aku tak tgk la anugerah tu…Fasha Sandha dpt anugerah apa2 tak?

    • http://itsfashionhoney.blogspot.com ctkus

      hish fasha sandhu mng… pelakon wanita popular filem…
      huhu
      klah la plak ngan dynaz utk tv…
      kuang kuang kuang…
      so da terang lgi bertorchlight…orng m’sia nih xde la suke
      perwatakan ala2 manje x bertempat tuh!

    • cakap siang pandang2

      CTKUS.. kt entry CT bukan main awak marah bila org x suka ngn CT..kt cni tiba2 awak nak kutuk artis lain pulak..so hati awak sama je ngn org lain..x baik mana pon..jgn marah ye..ni komen ikhlas saya..

    • http://itsfashionhoney.blogspot.com ctkus

      ehhh..ehh… x mrh cme…
      mmg ctkus pemint setia tok ti……..
      dan x suke fasha sandha… ok??
      byebye*

    • ram

      jemu dgn pengancare pse lh tahun depan cari lr muke yg baru n segar yg mude bia sedap skit mate memandang of cos mesti brbakat n para pengundi undi lh dgn bijak jgn nk undi org yg same aje nasib baik dynaz n rusdi menang tapi………bgi kategri penyanyi wanita fofular aku pikir kedudukan dato siti maseh kukuh lgi

    • http://deleted naNaku

      hye all….
      its me again…:)
      hmm nana rse kemenangn utk mlm tu cm da bleh di jangka la…
      tp coNgratS to DATO’ CT NURHALIZA,FBI,FAFAU,FASHA SANDHA,DYNAZ,DAFI DAN MILA..yg mmg nana nk sgt tgk they all mng..:) tahniah sgt2 pd fafau yg berjaya merangkul 2 awards mlm tu…huhuhuhu tersingkir sudah calon terdekat cik linda onn…:) huhuhuhuh ciannye..:) nana meremang bulu roma bile dgr bob ngn anuar zain buat persembahn..suara they all mmg best and gemersik….mint gile kt anuar zain…..cyg Abg Anuar…:) yg lain2 tu setakat ok jekla…tp mlm tu cm nmpk sket kelam kabut la…:) kak engku n kak ogy mmg gerek seh…hmmm ramli ms pun nmpk segak membimbing pemain2 muzik…:) syabas wt semua………….:)

    • DewBerrY

      haha cam2 komen…
      pa2 p0n thniah pd yg menang n cuba lg utk memantapkan karier anda

    • mawar

      ye le..aku pn SANGAT2 suke bile dynaz mng..rzki lps kawen kot..msti fasha dh bdget die mng..sbb msa menari tuk lagu sway tu, mka die mencuka jek..haha.. (pndai2 jek aku wat spekulasi) :p

      erm..mmg pengacara brdua tu trjerit2 cam ape jek..mcm le org kt dewan tu dh pkak..nek bingit aku tgk lagak dieorg..aku rsa mla2 raja azura ok jek..tp mgkin sbb xnk tgglam dek ogy (pengacara yg sgt over), die pn trjerit2 sma..huhu..

    • http://www.friendster.com/norfatihah nor fatihah

      apahal artis baru laki ngan pompuan due2 dari AF?



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK