Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Senarai Penuh Keputusan Anugerah MACP 2008



Tahniah, Budiey ucapkan kepada Hafiz Hamidun, hos TV dan bekas angggota UNIC yang berjaya memikat hati Juri dengan lagu Kau Yang Satu yang memenangi Melodi Terbaik dan Lagu Terbaik dalam Pertandingan Juara Kepada Juara di Anugerah MACP semalam. Alhamdulilah, RM13, 000 sudah pun berada dalam genggaman. Rezeki Allah Taala. Apa rancangan selepas ini? Sudah tentu untuk pelaburan masa depan dan pembikinan album Hafis yang lebih mantap untuk masa mendatang.

Budiey kira, kemenangan Hafiz Hamidun buat pertama kali di anugerah anjuran Music Author’s Copyright Protection (MACP) dengan kerjasama RTM ini, bakal memberi laluan dan menjadi platform untuk pencipta lagu Kisah Kasih single terbaru dari Salima ini. Seterusnya, menidakkan kemenangan untuk lagu Hati – Datin Seri Siti Nurhaliza dalam kategori Lagu Terbaik yang berlapang dada dengan memenangi kategori Susunan Muzik Terbaik.

Apa-apa pun, tahniah juga kepada Sham Kamikaze kerana muzik yang disusunnya dalam lagu Hati mendapat penghargaaan daripada juri. Walaupun ada yang kata, Datuk Siti Nurhaliza tewas di negeri sendiri, Siti Nurhaliza tumpas di tangan Hafiz Hamidun atau Siti Nurhaliza tersungkur di Anugerah MACP? Huhu, itu semua berkaitan dengan nasib dan takdir.

Majlis anugerah tahunan yang diadakan di Auditorium Penyiaran RTM juga telah mengiktiraf Silent Scream, sebuah band indie yang tampil dengan lagu Revolution memenangi 2 buah trofi menerusi Persembahan Terbaik dan Vokal Terbaik.

Kesian betul dengan lagu Izin Ku Pergi yang mana pada malam itu dinyanyikan oleh Nassier Wahab dan juga lagu Ash Nair – The Stage yang tewas di tangan 3 buah lagu yang bertanding iaitu Hati – Siti Nurhaliza, Kau Yang Satu – Hafiz Hamidun dan Revolution – Silent Scream.

Persembahan Nassirr Wahab untuk lagu Izin Ku Pergi amat mendukacitakan peminat lantaran ada yang mengatakan Nassier tidak mampu mempersembahkan lagu Kaer itu dengan baik.

Trofi milik Hafiz Hamidun

Budiey ucapkan tahniah kepada semua pemenang. Berikut adalah senarai penuh mengikut kategori di Anugerah MACP:

Kategori Persembahan Terbanyak

Lagu Bahasa Inggeris
Lagu: Party Like This
Penyanyi: VE
Komposer: Shah VE, Damian VE
Lagu:  Lah VE

Lagu Bahasa Cina
Lagu: Tong Hua
penyanyi Michael Wong
Komposer: Michael Wong
Lirik: Michael Wong

Lagu Bahasa Melayu
Lagu: Aduh Saliha
Penyanyi: Mawi
Komposer: M Nasir
Lirik: Loloq

Luar Negara
lagu: Paakaatha
Penyanyi: Tippu
Komposer: G Devi Sri Prasad
Lirik: N Muthu Kumaran

Kategori Pendapatan Luar Negara Tertinggi

Lagu: Tong Hua
Penyanyi: Michael Wong
Komposer: Michael Wong
Lirik: Michael Wong

Komposer Muda Berpotensi:
Nurfatima

Penulis Lirik Dengan Pendapatan Tertinggi:
Allahyarham Loloq

Komposer Dengan Pendapatan Tertinggi:
M. Nasir

Anugerah Nadi Cipta:
Manan Ngah

Keputusan Pertandingan Juara Kepada Juara (JKJ)

Susunan Muzik Terbaik
Lagu: Hati
Nyanyian: Datuk Siti Nurhaliza
Susunan: Sham Kamikaze

Lirik Terbaik
Lagu: Revolution
Nyanyian: Silent Scream
Lirik: John Oommen

Melodi Terbaik
Lagu: Kau Yang satu
Nyanyian: Hafiz
Pencipta: Hafiz

Vokal Terbaik
lagu: Revolution
Nyanyian: Silent Scream

Persembahan Terbaik
Tajuk: Revolution
Nyanyian: Silent Scream

Lagu Terbaik
Lagu: Kau Yang Satu
Pencipta: Hafiz

Tahniah! Nurfatima

M. Nasir menang 2 trofi.

[tags]Keputusan Pertandingan Juara Kepada Juara, jkj, anugerah macp, accident, artis, bald, britney, california, celebrity, coupe, drunk, gambar, highway patrol, image, los angeles, mabuk, mercedes slk, nip slip, photo, pop star, press association, san fernando valley, shaving, smoking, spear, spears, sport car, anugerah planet muzik, Hafiz Hamidun, gossip waheeda, lirik kau yang satu, song Hati, gambar celine dion, Siti Nurhaliza, datuk k, silent scream, revolution, the stage lyric, ash nair[/tags]

Tags:

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Datuk Siti Nurhaliza @ Anugerah MACP Malam Ini
  • Hafiz Hamidun Menang Komposer Muda Berpotensi di Anugerah MACP
  • Gambar Fesyen Siti Nurhaliza di Anugerah MACP 2008
  • Filem Congkak di Pawagam Hari Ini, Gathering, MACP Awards & APM
  • Anugerah Era, Anugerah Era, Pemenang Anugerah Era, Ulasan Anugerah Era 07
  • Sistem Penjurian Festival Filem Malaysia
  • Gambar Selebriti di Anugerah MACP 2008
  • Majlis Hi Tea & Temubual Anugerah Music Authors Copyright Protection (MACP)
  • Gambar Sneak Preview M-IFW di The Garden
  • Anugerah Pantene Shine di Anugerah Skrin 2008



  • =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK