in

Senarai Penuh Finalis Anugerah Juara Lagu 25

Budiey rasa, apabila melangkah tahun ke-25, penganjuran Anugerah Juara Lagu akan lebih gempak. Setakat ini, AJL tahun lepas dikatakan antara paling hebat dan gempak pernah disajikan untuk penonton setia TV3.

Semalam, Budiey sempat hadir di saringan Separuh Akhir Muzik Muzik yang diadakan di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam. Mengetengahkan konsep ala konsert, saringan minggu ke-3 ini membariskan baki 6 lagi lagu dan kemuncaknya, diumumkan barisan finalis yang bakal berentak di pentas AJL edidi ke-25.

Video: Part 1

Video: Part 2

Untuk info pembaca, Anugerah Juara Lagu 25 akan diadakan pada 9 Januari 2011, Ahad di Stadium Putra Bukit Jalil jam 9 malam. Jadi, nak tak nak, Budiey terpaksa postponed Parti Ulangtahun Ke-4 Budiey.com pada 16 Januari 2011.

Finalis AJL 25

Sebanyak 14 buah lagu dipilih dan layak ke Anugerah Juara Lagu. Seperti tahun lepas, Budiey lihat ramai sekali bintang muda yang layak ke final. Tak kurang juga ada bintang yang lahir dari program realiti termasuklah Tomok, Black dan Faizal Tahir dari OIAM. Shahir, Adira, Stacy dan Hafiz dari Akademi Fantasia. Artis indie lain seperti Yuna yang baru sahaja memenangi anugerah Ultimate Shout! Award 2010 dan juga Ana Raffali.

Sebanyak 3 lagu yang terpilih adalah lagu dari ciptaan Edry Abdul Halim iaitu lagu Ku Ada Kamu, Jahat dan Kebahagian Dalam Perpisahan.

Senarai Penuh Finalis AJL25:

  1. Hanyut – Audi Mok/Faizal Tahir/Faizal Tahir
  2. Kebahagiaan Dalam Perpisahan – Edry Abdul Halim/Edry Abdul Halim/Shahir AF8
  3. Noktah Cinta – Ajai/Sheikh Qalam/Hafiz AF7
  4. Drama King – Taja/Teja/Meet Uncle Hussain
  5. Ku Ada Kamu – Edry Abdul Halim/Edry Abdul Halim/Adira AF8
  6. Cinta Sempurna – Yuna
  7. Pelita – Loque/Loque/A.P.I
  8. Berlari – Shazzy Ishak/Tomok
  9. Sofea Jane – Iswandy/Sham/Black Mentor
  10. Mencari Konklusi – Noh/Noh/Hujan
  11. Selamat Malam – Audi Mok/Faizal Tahir
  12. Ekstravaganza – Sam/Bunkface
  13. Jahat – Edry Abdul Halim/Edry Abdul Halim/Stacy
  14. Tolong Ingatkan Aku – Ana Raffali

Separuh Akhir Muzik Muzik 25 diterbitkan oleh Ahmad Shaifullizam Arshad atau Gbam dari Primeworks Studios dan masih mengekalkan gandingan pengacara yang serasi iaitu Cheryl Samad dan Faizal Ismail.

Semua lagu yang layak dipilih oleh juri-juri seperti Azmeer, Edry Hashim, Che Kem, Zainuri Misfar dan diketuai oleh Azhar Borhan.

Budiey ucapkan tahniah buat semua pemenang. Selamat buat persediaan dan lakukan yang terbaik.

Budiey dengar rumors, hadiah untuk pemenang AJL kali ini sangat lumayan. Lebih lumayan dari tahun lepas?

Budiey & @anaraffali di Separuh Akhir Muzik. Tahniah Ana!

Budiey & Ana Raffali

Tahniah @yunamusic

Tahniah Yuna Music!

@sparkling_nonie & da geng

My fren dari media portal tersohor Malaysia, Teha Hot, Nonie Mangga Online, Ika Murai & Kamelia Mstar Online

hafiz

shahir

Yuna

stacy

Adira

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tomok Tukar Stail Potongan Rambut Ala Rihanna?

Gambar Sekitar Pra Tonton Filem Hantu Kak Limah Balik Rumah