in

Senarai Pencalonan Top 5 Anugerah Bella NTV7

[dropcap]P[/dropcap]ada 18 Januari lalu, majlise Media Screening RTM 2013 telah berlangsung serentak dengan Majlis Pengumuman Senarai Pencalonan Anugerah Bella dianjurkan oleh Saluran Ceria Anda, NTV7. Mana satu yang Budiey pilih? Budiey pilih untuk ke Media Screening RTM 2013 yang menawarkan sebuah kereta mewah dan hadiah gajet yang best untuk media dan client menangi menerusi cabutan bertuah. Wah, best giler kot seorang media portal dapat kereta tu. Ceh!

Di entri ini, Budiey tak nak cakap pasal benda tu, tapi nak cakap tentang Anugerah Bella, anugerah khas untuk kaum wanita yang julung kali diadakan yang dikatakan kini mula menarik perhatian golongan wanita urban. Yang penting, anugerah yang diadakan di Hotel Sheraton Imperial ini diadakan bagi mengiktiraf golongan wanita dari pelbagai latar belakang. Tak kira karier dan lapangan.

bella

Diumumkan oleh Pengurus Besar Kumpulan ntv7 & 8TV, Airin Zainul, senarai lima calon akhir bagi kategori-kategori seperti Bella Creative Award, Bella Style Award, Bella Beautiful Award, Bella Business Award dan Bella Heart Award telah buat ramai yang excited. Empat kategori baru turut diperkenalkan kepada penonton iaitu Bella On-Screen Award, Bella On-Stage Award, Bella Sports Award dan Bella Radio Award.

Pengurus Besar Kumpulan ntv7 & 8TV, Airin Zainul berkata, kesedaran terhadap acara itu dapat dilihat berdasarkan respons penonton di laman web dan ketika program Bella bersiaran di ntv7.

“Walaupun ia masih baharu kesedaran mengenai anugerah ini mencapai penonton sasaran kami iaitu wanita (urban). Malah, ramai yang menyuarakan keterujaan mereka untuk berpakaian cantik pada malam anugerah nanti.”

Selain lima kategori yang ditentukan juri profesional, BA2013 turut mengangkat sumbangan lelaki kepada wanita dan masyarakat menerusi Bella Mars.

Pemenang trofi utama Bella Award pula dipilih daripada pemenang lima kategori berkenaan.

Airin berkata, empat kategori itu memberikan kuasa kepada orang ramai untuk mengundi calon pilihan masing-masing secara dalam talian.

“Pengenalan empat kategori baharu ini menjadikan jumlah keseluruhan 11 kategori untuk disampaikan pada malam anugerah. Ia memberikan peluang kepada khalayak terutamanya penonton program Bella mengundi dan memartabatkan calon terbaik bagi mengungguli setiap kategori terbabit.”

Tambahnya, undian bagi empat kategori dalam talian itu dibuka bermula pada 1 Februari depan.

“Majlis anugerah yang bakal berlangsung pada 2 Mac ini dijangka mampu menjadi fenomena buat para penonton dengan persembahan hiburan oleh artis tempatan dan antarabangsa serta pelbagai lagi kejutan.”

Anugerah ini bakal diadakan pada 2 Mac depan di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur dan akan disiarkan secara langsung pada pukul 9 malam menerusi saluran tersebut.


Ia mendapat sokongan daripada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Rancangan Bella disiarkan pada setiap Isnin hingga Khamis pukul 11 pagi dan Ahad pukul 1.30 petang, selama sejam.

Airin turut menambah, selain memberi penghargaan kepada golongan wanita, malam anugerah tersebut turut memberi kesempatan kepada mereka untuk merehatkan diri dari kesibukan kerjaya untuk merasai gemerlapan malam anugerah tersebut.

Selain memberi penghargaan kepada kaum wanita, golongan lelaki juga tidak diketepikan kerana penganjur telah menyediakan sebuah kategori khas yang dinamakan Bella Mars Award. Pemilihan berdasarkan sumbangan mereka secara umum terhadap wanita serta masyarakat.

Turut hadir ke majlis sidang media Bella Awards adalah Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Dr. Noorul Ainur Mohd Nur dan Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Televisyen Media Prima, Ahmad Izham Omar.

BELLA CREATIVE AWARD
Honouring Malaysian women who contributed to the nation through the arts from Thespians, Photographers, Gallery Owners, Painters, and such

  1. Adibah Noor
  2. Asha Gill
  3. Low Ngai Yuen
  4. Yuna
  5. Zee Avi

BELLA STYLE AWARD
Honouring Malaysian women who contributed to the nation through the fashion & beauty scene from Fashion Designers, Makeup Artists, Hair Stylists, Beauty Experts, and such

  1. Andrea Fonseka
  2. Gillian Hung
  3. Ung Yiu Lin
  4. Winnie Loo
  5. Wirda Adnan

BELLA BEAUTIFUL AWARD
Honouring Malaysian women who contributed to the nation through the health & wellness scene, striving to make Malaysia a healthier nation Including Doctors, Nutritionists, Therapists, and such

  1. Daisy Lee
  2. Dr. Premitha Damodaran
  3. Gloria Ng
  4. Lilian Tan
  5. Ninie Ahmad

BELLA BUSINESS AWARD
Honouring Malaysian women who contributed to the nation through the business scene including women from e-business, finance, commerce, and such

  1. Chris Abishegam
  2. Dato’ Rosaline Ganendra
  3. Datin Seri Tiara Jacquelina
  4. Nuraizah Shamsul Baharin
  5. Vivy Yusof

BELLA HEART AWARD
Honouring Malaysian women who is bold and brave to stand above all odds and inspire other women around her

  1. Dato Ruby Khong
  2. Dr. Hartini Zainudin
  3. Poesy Liang
  4. Sabrina Yeap
  5. Yasmin Rashid

BELLA MARS AWARD (APPRECIATION AWARD – NO NOMINEES)
Honouring Malaysian men who has contributed to women & society in general through their work

BELLA AWARD (HIGHEST AWARD – SELECTED FROM THE 5 CATEGORIES)
Honouring Malaysian women who has made a strong impact to the society, locally as well as internationally

FOUR (4) NEW CATEGORIES!

BELLA ON-SCREEN AWARD (PUBLIC VOTING)
Malaysian women that have made a tremendous achievement on screen such as actress and presenter

  1. Cheryl Samad
  2. Debbie Goh
  3. Karena Teo
  4. Lisa Surihani
  5. Maya Karin
  6. Nora Danish
  7. Nur Fazura
  8. Ong Ai Leng
  9. Siti Saleha
  10. Thanuja Ananthan

BELLA ON-STAGE AWARD (PUBLIC VOTING)
Malaysian women that have made tremendous achievement on stage in the field of music, theatre, comedy, dance, performing arts, and such

  1. Anita Sarawak
  2. Dato’ Sheila Majid
  3. Dato’ Siti Nurhaliza
  4. Jaclyn Victor
  5. Joanna Bessey
  6. Joanne Kam Po Po
  7. Ning Baizura
  8. Shila Amzah
  9. Soo Wincci
  10. Suhaili Micheline

BELLA SPORTS AWARD (PUBLIC VOTING)
Malaysian women that have made a tremendous achievement as an athlete

  1. Amirah Syahirah Mohd Zulkefli
  2. Cheong Jun Hoong
  3. Datuk Nicol David
  4. Goh Liu Ying
  5. Noraseela Mohd Khalid
  6. Nur Suryani Mohamed Taibi
  7. Nurul Syafiqah Hashim
  8. Pandelela Rinong
  9. Tee Jing Yi
  10. Wong Mew Choo

BELLA RADIO AWARD (PUBLIC VOTING)
Malaysian women that have made a tremendous achievement as radio announcer

  1. Dilly
  2. Fara Fauzana
  3. Hunny Madu
  4. Linda Onn
  5. Patricia K
  6. Sara-Jane Lo
  7. Sarimah Ibrahim
  8. Serena C
  9. Yoon Ng
  10. Tham Zher Pheen

Bella Talk Show Hosts (L-R) - Elaine Daly, Daphne Iking, Vanessa Chong

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Lakonan Hebat Keanu Reeves Dalam Filem The Day The Earth Stood Still

21 Selebriti Bergabung Dalam Cabaran 21 Hari Listerine