in

Senarai Pencalonan Penuh Festival Filem Malaysia ke-22

Budiey BlogFestival Filem Malaysia ke-22 akan diadakan pada 5 hingga 8 Ogos 2009 di Kota Kinabalu, Sabah. Malam kemuncak pula iaitu Malam Anugerah akan diadakan pada 8 Ogos 2009 (Sabtu) jam 8.30 malam di Dewan Chanselor UMS, Kota Kinabalu.

Festival ini bertujuan meraikan kejayaan pengamal industri dan merangsang usaha memartabatkan industri perfileman tanahair serta mensasarkan kerjaya dalam bidang perfileman sebagai pilihan utama kerjaya generasi atau karyawan muda yang lebih berpelajaran, lebih kreatif dan bersemangat tinggi.

Tema FFM-22 2009 ialah “FILEM MALAYSIA KE PERSADA DUNIA”. Tema ini berhasrat membawa perhatian warga industri menumpukan perhatian terhadap meningkatkan kemahiran terhadap hasil kerja mereka agar filem yang diterbitkan kelak akan mencapai mutu penerbitan antarabangsa. 

Layari: http://www.sinemamalaysia.com.my

Berikut adalah senarai pencalonan Anugerah Perdana Festival Filem Malaysia (FFM) ke-22:

1) PENGARAH TERBAIK:

  1. Pierre Andre – Jangan Tegur
  2. Afdlin Shauki – Papadom
  3. Ahmad Idham – Syurga Cinta
  4. Yasmin Ahmad – Talentime
  5. Bade H. Azmi – Maut

2) PELAKON LELAKI TERBAIK:

  1. Que Haidar – Maut
  2. Afdlin Shauki – Papadom
  3. Rashidi Ishak – Setem
  4. Awal Ashaari – Syurga Cinta
  5. Mahesh J. Kishor – Talentime

3) PELAKON WANITA TERBAIK:

  1. Nabila Huda – Bohsia
  2. Nadia Mustafar – Jangan Tegur
  3. Liyana Jasmay – Papadom
  4. Sharifah Amani – Sayang U Can Dance
  5. Heliza Helmi – Syurga Cinta

4) LAKON LAYAR TERBAIK:

  1. Afdlin Shauki – Papadom
  2. Ahmad Idham – Syurga Cinta
  3. Bade Hj. Azmi – Maut
  4. Syamsul Yusof – Bohsia
  5. Yasmin Ahmad – Talentime

5) CERITA ASAL TERBAIK:

  1. Afdlin Shauki – Papadom
  2. Yasmin Ahmad – Talentime
  3. Fariza Azlina Isahak – Kami The Movie
  4. Nor Shuhadatul Ain – Syurga Cinta
  5. Bade Hj. Azmi – Maut

6) SINEMATOGRAFI TERBAIK:

  1. Mohd. Nor Kasim – Setem
  2. Mohd. Filus Ghazali – Cicakman 2
  3. Omar Ismail – Bohsia
  4. Mohd. Helmi Yusof – Histeria
  5. Low Soon Keong – Talentime

7) PENYUNTING TERBAIK:

  1. Faizul Mohd. Noh – Setem
  2. Bade Hj. Azmi – Maut
  3. Mohd. Elmy Khalim – Cicakman 2
  4. Raja Affandi Jamaluddin – Talentime
  5. Syamsul Yusof – Bohsia

8) SKOR MUZIK ASAL TERBAIK

  1. Pete Teo – Talentime
  2. Syed Ahmad Faizal – Setem
  3. Syed Ahmad Faizal – Papadom
  4. Edry Abd. Halim – Cicakman 2
  5. Wong Yuri – Geng: Pengembaraan Bermula

9) FILEM KOMEDI TERBAIK

  1. Los dan Faun – Vision Works
  2. Cicakman 2 – KRU Studios
  3. Senario The Movie: Episod 1 – MIG Production
  4. Sifu dan Tongga – Primeworks Studios
  5. Brainscan – MIG Production

10) FILEM ANIMASI TERBAIK

  1. My Telatori – The One Academy of Communication Design
  2. Upin & Ipin dan Kawan-kawan: Kembara ke Pulau Harta Karun – Les’ Copaque Production Sdn. Bhd.
  3. Still Alive – The One Academy of Communication Design

11) FILEM PENDEK TERBAIK

  1. Perempuan Itu – Institut Media Integratif Malaysia
  2. Rumah Kecilku Ada Kelambu – UiTM
  3. Permata Bonda – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

12) FILEM DIGITAL TERBAIK:

  1. Vikrant – Super Arts Production
  2. Tiga Budak Melayu – UITM
  3. Aathma – Demaz Entertainment Sdn. Bhd.

13) FILEM DOKUMENTARI TERBAIK:

  1. Gaza – Primeworks Studios
  2. Bumi Pribumi – FINAS & Q-Plex Communication
  3. Rosli Dhoby – ASTRO Entertainment
  4. Inside Silat – FINAS & Technonius Sdn. Bhd.

Senarai calon akhir Anugerah Cipta Festival Filem Malaysia (FFM) 22 (11 Anugerah)

1) PELAKON PEMBANTU LELAKI TERBAIK

  1. Shaheizy Sam – Bohsia
  2. Nas-T – Kami The Movie
  3. Que Haidar – Papadom
  4. Indi Nadarajah – Setem
  5. Mohd. Shafie Naswip – Talentime

2) PELAKON PEMBANTU WANITA TERBAIK

  1. Salina Saibi – Bohsia
  2. Scha Al Yahya – Histeria
  3. Norkhiriah – Papadom
  4. Vanidah Imran – Setem
  5. Adibah Nor – Talentime

3) PENATAAN SENI TERBAIK

  1. Nazrul Azraff Mahzan – Maut
  2. Nazrul Azraff Mahzan – Papadom
  3. Nazrul Azraff Mahzan – Setem
  4. Wong Voon Leong – Talentime
  5. Yusry Abd. Halim / Johan Lucas – Cicakman 2

4) PENATAAN BUNYI TERBAIK

  1. Ad Audio Ex-Histeria
  2. Azman Abu Hassan / Wan Shazrin Izzuan – Setem
  3. Azman Abu Hassan – Maut
  4. Mohd. Mohsin Othman – Cicakman 2
  5. Azri Abu Kamal – Rasukan Ablasa

5) PELAKON KANAK-KANAK TERBAIK

  1. Mohd. Hadziq – Syurga Cinta
  2. Nik Farid Idrus – Brainscan
  3. Siti Nasrina – Momok The Movie
  4. Pathieswaran – Jomlah C.I.U.M

6) PELAKON HARAPAN LELAKI

  1. Isma Yusof: Setem
  2. Faizal Ramli: Momok The Movie
  3. Zahiril Adzim: Kami The Movie
  4. Nabil Ahmad: Sifu dan Tongga
  5. Mohd. Radhi: Antoo Fighter

7) PELAKON HARAPAN WANITA

  1. Heliza Helmi – Syurga Cinta
  2. Zalina – Jin Hutan
  3. Yasmin Khaniff – Jalang
  4. Jaclyn Victor – Talentime
  5. Yuhana Yahya – Histeria

8) LAGU TEMA ASAL TERBAIK

  1. Hidup – Antoo Fighter
  2. Fantasi Sang Putera – Brainscan
  3. Senario – Senario The Movie: Episod 1
  4. Satu Ruang – Selamat Pagi Cinta
  5. Sayangku Di Sisimu – Jin Hutan

9) PENGARAH HARAPAN

  1. Effende Mazlan – Kami The Movie
  2. Azizi Adnan – Antoo Fighter
  3. Norliana Shamsudin – Selamat Pagi Cinta
  4. James Lee – Histeria
  5. Wan Azli Wan Jusoh – Budak Kelantan

10) PEREKA KOSTUM / BUSANA

  1. Shen Imagineering – Cicakman 2
  2. Ridzwan Mat Hussein – Brainscan
  3. Shada – Los dan Faun
  4. Amandus Paul Pandin – Sifu dan Tongga
  5. Rosada Abd. Hamid – Antoo Fighter

11) POSTER TERBAIK

  1. Kami
  2. Histeria
  3. Setem
  4. Rasukan Ablasa
  5. Cicakman 2

Sebanyak 5 buah anugerah Khas Juri akan diberikan.

Siapakah pemenangnya? Anda teka dulu, jawapannya pada 8 Ogos ini.

p/s: Tahniah Isma Yusof kerana berjaya dicalonkan dalam kategori anugerah Pelakon Harapan. Selamat maju jaya untuk semua!

Tulisan warna merah hanyalah ramalan Budiey sahaja.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Artikel Kontroversi Yasmin Ahmad: Keluarga Nak Saman Editor & Wartawan

Quotes Of The Day: It’s Official Now, I’m Single