in ,

Senarai Pemenang Sundance Channel Short Film Contest

Sundance Channel dan Astro hari ini mengumumkan pemenang pertama Sundance Channel Short Film Contest di satu majlis eksklusif di Kuala Lumpur. Pemenang Hadiah Utama adalah Paul Gan Yew Hoe dengan filem bertajuk The Boy Who Rocked the World. Paul akan menerima kunjungan buat 2 orang untuk menghadiri acara berprestij 2015 Festival Filem Sundance di Park City, Utah; dengan akses eksklusif untuk tayangan, panel, acara dan majlis anugerah. Dua peserta finalis Chan Kwok Wah dengan filem yang bertajuk Nick & Jared: The Fish Lantern dan Cho We Jun dengan filem Salvaj kedua-duanya menerima kamera digital profesional. Ketiga-tiga filem ini akan ditayangkan di Sundance Channel HD (Astro saluran 438) pada awal tahun 2015.

Termasuk dalam acara tersebut yang telah berlangsung di Black Box di Kuala Lumpur, adalah masterclass oleh pembikin filem terkemuka Lesley Chilcott, yang paling dikenali sebagai Produser-bersama filem dokumentari mengenai perubahan iklim yang telah memenangi anugerah Oscar An Inconvenient Truth (2006). Chilcott telah berkongsi kepakaran dan pengalaman dalam bidang pembikinan filem, dan turut menayangkan klip dari beberapa projek beliau yang terkenal. Antara tayangan tersebut termasuk klip dokumentari di bawah arahan Chilcott A Small Section of the World yang akan perdana di Sundance Channel HD pada 7 Feb 2015 jam 10 malam.

Sundance Channel Short Film Contest

SUNDANCE CHANNEL DAN ASTRO MENGUMUMKAN JUARA PERADUAN FILEM PENDEK YANG DIANJURKAN DI MALAYSIA BUAT KALI PERTAMA. Pemenang Hadiah Utama Menerima Kunjungan ke Sundance Film Festival 2015. Tiga Filem Teratas Ditayangkan di Acara Khas di Kuala Lumpur dan akan Perdana pada Sundance Channel HD Awal 2015

Penyertaan ke peraduan Sundance Channel Short Film Contest ini telah diadili berdasarkan beberapa kriteria termasuk kreativiti, nilai hiburan, cerita yang asli dan original dan juga kualiti pembikinan. Juri termasuk wakil daripada Sundance Channel, Astro dan daripada komuniti pembikinan filem. Tiga peserta teratas telah berpeluang untuk menayangkan filem mereka kepada hadirin majlis tersebut. Ini adalah kali pertama ketiga filem tersebut telah ditayangkan kepada penonton sebelum tayangan yang akan perdana di Sundance Channel tahun depan.

Hadiah utama telah dimenangi Paul Gan Yew Hoe dengan filem The Boy Who Rocked the World. Filem ini mengikuti kisah seorang anak dari keluarga miskin yang dapat melarikan diri daripada realiti kehidupan yang susah, didorong oleh impian menjadi seorang pemuzik rock.

Komen yang diberi juri tentang filem ini ialah: “Kreatif, imaginatif dan pelaksanaan yang amat baik dengan perhatian kepada perincian. Penceritaan dipuncakkan oleh kemahiran teknikal. Pasukan ini mengambil risiko tinggi dengan konsep ini – konsep yang mungkin mudah gagal – tetapi mereka berjaya menarik kedua-dua aspek benar dan fantasi ke dalam jalan cerita dengan baik. Jelas filem yang paling imaginatif yang telah ditayangkan.”

Naib juara antara peserta akhir adalah Chan Kwok Wah dengan filem Nick & Jared: The Fish Lanter, yang mengikut cerita ngeri seorang lelaki muda yang memohon bantuan daripada ahli psikologi dalam usaha untuk mencari jawapan dalam apakah yang menghantui hidupnya – dan dalam proses tersebut membuka semula memori masa lalu.

Untuk filem ini, juri bermaklumbalas: “Lancar dilaksanakan dengan beberapa motif misteri / seram. Filem pendek berkesan mencerminkan kegelapan watak utama dalam proses pengakuan dramatik, mengalami perasaan dan kuasa-kuasa gelap yang telah diceritakan melalui aksi yang memandu jalan cerita. Perspektif yang beralih juga dilaksanakan dengan baik, dan dibantu lakonan yang sangat baik. Pelaksanaan yang cukup bagus secara keseluruhan. ”

Termasuk dalam finalis adalah Cho We Jun dengan filem Salvaj. Filem ini mengikuti kisah Ishak, seorang polis dalam pasukan penyelam, yang merenung keputusan hidupnya berikut carian menyelam yang paling mencabar dalam kerjayanya. Juri mengulas: “Gambaran yang indah. Lakonan yang baik. Perhatian yang baik terhadap perincian. Jalan cerita yang mudah diulas dijadikan lebih menarik dengan beberapa pertukaran naratif. Kisah ringkas yang masih dapat menonjolkan gambaran cerita yang lebih besar. ”

Untuk memuat turun gambar hi-res daripada acara, profil dan foto finalis tiga teratas, sila klik di sini: bit.ly/ShortsPRkit

Mengenai Juri

Harold Gronenthal
Naib Presiden Eksekutif dan Operasi untuk AMC Global dan Sundance Channel Global
Ahli lama industri yang pernah dicalonkan anugerah Emmy, Harold telah memainkan peranan penting dalam mengembangkan Sundance Channel di peringkat global. Beliau juga adalah ahli Academy of Television Arts & Sciences dan British Academy of Film and Television Arts.

Agnes Rozario
Naib Presiden Kumpulan Pengurusan Kandungan Astro Malaysia
Rozario merupakan ahli lama Astro yang menyelia dan melaksanakan pelbagai operasi yang berkaitan dengan kandungan termasuk rundingan dan pengambilalihan, dan juga promosi rangkaian.

Chiu Keng Guan
Pengarah
Dengan hampir 20 tahun pengalaman dalam bidang TV dan industri filem, filmografi Chiu termasuk filem terkenal The Journey.

Gaya Pillai
Produser Eksekutif
Pillai telah terlibat dalam pengeluaran filem sejak tahun 1996 dan telah menghasilkan kandungan dalam kesemua empat bahasa iaitu Bahasa Inggeris, Melayu, Cina dan Tamil.

Lina Tan
Produser
Berpengalaman sebagai juri hakim pertandingan filem pendek, pengalaman beliau termasuk pembikinan dokumentari dan juga filem blockbuster Malaysia seperti Istanbul Aku Datang.

James Lee
Pengarah
Perintis filem digital Malaysia, portfolio Lee termasuklah filem penuh dan juga filem pendek. Pengalaman industri Lee meliputi berlakon, mengarah dan sebagai produser.

Afdlin Shauki
Penghibur
Nama terkenal di Malaysia yang serba berbakat, Afdlin telah memegang pelbagai peranan termasuk penulis, pengarah, pelakon pentas dan skrin, pelawak, penyanyi, penulis lagu dan penyampai. Usaha beliau telah memperolehi pelbagai anugerah, dan Afdlin kekal aktif bekerja di TV, pentas dan filem.

Tentang Sundance Channel
Didedikasikan buat misi pengasas Robert Redford untuk meraikan kreativiti, Sundance Channel adalah destinasi televisyen untuk penonton yang berfikiran bebas dan mencari sesuatu yang berbeza. Berani, berimaginasi dan tidak meragukan, Sundance Channel menawarkan penonton pelbagai filem bebas, dokumentari dan program asli berkualiti tinggi yang menarik perhatian. Selain diedarkan di seluruh Amerika Utara, Sundance Channel juga terdapat di Eropah, Asia , Amerika Latin, Afrika Utara dan Timur Tengah. Dimiliki dan dioperasikan oleh AMC Networks Inc., Sundance Channel adalah jenama magnetik yang dikenali ramai dan tersedia dalam HD dan merentasi pelbagai platform.

Mengenai AMC Networks International
AMC Networks International (AMCNI) merupakan bahagian global AMC Networks yang menyampaikan pengaturcaraan yang menghiburkan dan disanjungi kepada pelanggan di lebih daripada 140 negara dan wilayah, termasuk Afrika, Asia, Eropah, Amerika Latin dan Timur Tengah. AMCNI terdiri daripada jenama global Sundance Channel dan AMC, dan juga termasuk saluran tempatan popular yang diiktiraf dalam pelbagai kategori pengaturcaraan. Untuk maklumat lanjut, layari: www.amcnetworks.com/amcni

Mengenai Astro Malaysia Holdings Bhd
Astro Malaysia Holdings Berhad merupakan sebuah gagasan media hiburan konsumer bersepadu yang terulung di Malaysia dan Asia Tenggara yang mengendali operasi dalam 4 bidang perniagaan utama iaitu TV Berbayar, Radio, Penerbitan dan Media Digital. Dengan pengkalan 4.0 juta pelanggan perumahan atau sekitar capaian 58% kalangan isirumah TV Malaysia, Astro menawarkan 171 saluran TV, termasuk 39 saluran HD, yang dipaparkan menerusi platform satelit TV, IPTV dan OTT. Astro menyediakan khidmat HD, 3D, PVR, VOD dan IPTV menerusi Astro B.yond dan Astro On-The-Go. Sebagai memenuhi janji untuk merapatkan jurang digital dikalangan rakyat Malaysi, Astro memperkenal NJOI sebagai sebuah perkhidmatan TV
satelit DTH permulaan dan merupakan TV satelit bukan asas langganan pertama negara, dengan 22 saluran TV dan 20 saluran radio. Radio Astro termasuk stesen radio terbaik Malaysia merentasi bahasa utama setempat dan boleh dicapai menerusi saluran digital dan daratan, mencapai kira-kira 12.6 juta pendengar mingguan. Bahagian operasi digital terbabit dalam kerja penerbitan, aplikasi dan platform digital termasuk penerbitan majalah hiburan dan gaya hidup setempat.

Astro juga diberi penghargaan terbaik setelah merangkul anugerah “Emas” dalam kategori Media dan Hiburan dalam Putra Brand Awards buat 5 tahun berturut-turut bermula 2010 hingga 2014, termasuk anugerah “Jenama Terbaik” tahun 2012 dan anugerah “Jenama Ikon” pada 2013.

Projek Astro CSR telah diiktiraf oleh International Business Awards (IBAs) bagi tahun ketiga berturut-turut. Astro telah dinamakan sebagai pemenang Silver Stevie Awards tahun 2014 untuk IBA CSR kategori Program Tanggungjawab Sosial terbail di rantau Asia, Australia dan New Zealand bagi projek ‘Astro Kasih Hostel and Eko Village’. Pada tahun 2013 dan 2012, projek Astro seperti ‘Beautiful Malaysia: longest underwater clean up’ dan ‘Astro Kasih Hostel’ telah dianugerahkan dengan anugerah perak bagi Stevie Awards.

Anugerah ini dianggap sebagai pengiktirafan terhadap usaha Astro atas inovasi, kualiti dan tanggungjawab korporat yang kukuh.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Shop Run & Grab Everything You Want

AirAsia’s Great 13th Anniversary Challenge