• Home
  • Berita
  • Foto Artis
  • Filem
    • Sinopsis
  • Drama
  • Gossip
  • Hubungi Budiey

Sensasi Selebriti

Berita Hiburan Malaysia, Gambar Selebriti Terbaru, Gossip Artis, Filem, Muzik, Video & Teater

  • Events
    • Anugerah Bintang Popular
    • Anugerah Blockbuster
    • Anugerah Emmy
    • Anugerah Grammy
    • Anugerah Industri Muzik
    • Anugerah Juara Lagu
    • Anugerah Oscar
    • Anugerah Planet Muzik
    • Anugerah Seri Angkasa
    • Anugerah Shout!
    • Festival Filem Malaysia
    • Festival Muzik KL
  • TV
    • Astro
    • TV1
    • TV1
    • TV2
    • TV3
    • TV9
    • 8TV
    • NTV7
    • TV Al-Hijrah
  • Radio
    • Suria FM
    • Hot FM
  • Album
  • Fesyen
  • Teater
  • Travel
  • Gadget
  • Peraduan
  • Advertorial
  • K-Pop

Senarai Pemenang Shout! Awards 2012

1
  • by Budiey
  • in 8TV · Anugerah Shout!
  • — 24 Nov, 2012
Berkonsepkan open air dan beach santai, Anugerah Shout! 2012 anjuran 8TV telah berjaya menceriakan sekalian pengundi atau tukang pangkah artis yang tercalon di Shout! Awards di Surf Beach, Sunway Lagoon jam 8.30 malam. Happening dan gempak!

Shout Awards Winners

Keputusan pemenang telah pun kita ketahui. Budiey nak ucapkan tahniah buat semua pemenang. Kepada yang tak berjaya tu, sila cuba tahun hadapan dengan mengeluarkan produk-produk bermutu supaya nama anda terus kekal di dada pencalonan.

Senarai Pemenang Shout! Awards 2012

Tahniah buat Yuna yang berjaya mempertahankan gelaran yang diterimanya pada tahun 2010 iaitu sebagai Penyanyi Pop Negara menerusi anugerah Popstar Award sekaligus mengenepikan penyanyi terkenal tanah air seperti Dato’ Siti Nurhaliza, Aizat, Hafiz, Jaclyn Victor dan Najwa Mahiaddin. Satu pencapaian yang masih menuntut kesetiaan pengundi untuk menyokongnya pada tahun akan datang.

Selain Yuna, anugerah untuk 19 pemenang bagi setiap kategori itu turut menyaksikan kemenangan pasangan pelawak sedia terkenal dengan karakter ‘giler-giler’, Zizan dan Johan untuk kategori Best On Screen Chemistry Award menerusi rancangan ‘Maharaja Lawak 6′.

Zizan tak dapat hadir di pentas untuk menerima anugerah sebab sibuk dengan Maharaja Lawak Mega yang berlangsung pada masa yang sama. 

Namun Zizan tetap hadir untuk bertemu dengan media dan bergambar dengan trofi di post party. Bagus Zizan, bagus!

Yuna juga menyerahkan anugerah terbesar iaitu The Ultimate Shout! Award yang pernah dimenanginya pada tahun 2010 kepada trio adik-beradik, KRU. Sekaligus Norman, Yusry dan Edry membuktikan mereka masih hebat selepas 20 tahun bertapak dalam industri apabila membawa pulang anugerah tersebut di malam kemuncak anugerah berprestij, Shout! Awards 2012

Dua anugerah tersebut adalah Wired Celebrity Awards dan Popstar Award mengalahkan Datuk Siti Nurhaliza, Aizat Amdan, Hafiz, Jaclyn Victor dan Najwa.

Impak dari lagu Teman Pengganti, Black & Malique berjaya merampas gelaran penyanyi Hip Hop dan R&B terbaik yang dipanggil sebagai Flava Award daripada Mizz Nina yang mana anugerah tersebut diraih ratu Hip Hop itu tahun lalu. Bagaimanapun Mizz Nina tidak pulang dengan tangan kosong apabila anugerah Video Muzik Terbaik menerusi lagu ‘With You’ menjadi miliknya.

Zizan Razak yang semakin mencuri tumpuan dalam dunia pengacaraan dinobat sebagai personaliti TV kegemaran ramai dalam Favourite TV Personality Award buat kali kedua. Memang dah dapat diramal, Zizan Razak akan menang dalam dua kategori, Favourite TV Personality Awards dan Best On-Screen Chemistry Awards bersama Johan (Raja Lawak). Syabas Zizang!

Senarai Pemenang Shout! Awards 2012

Manakala Aaron Aziz dan Nora Danish mencuri perhatian penonton apabila masing-masing mendapat Hot Guy Awards dan Hot Chick Awards.

Selain itu, kemenangan kumpulan Massacre Conspiracy menerusi kategori Break Out Award turut tidak dijangka kerana dapat menewaskan penyanyi popular, Najwa Mahiaddin.

Kumpulan Bunkface meraih perhatian apabila kekal menguasai anugerah bintang rock atau Rockstar Award pada malam itu, sekali gus ini merupakan kemenangan untuk kali ketiga, yang mana mereka pernah membawa pulang trofi anugerah ini pada 2009 dan 2010.

Turut menerima pengiktirafan adalah bintang yang semakin bersinar-sinar, Shila Amzah apabila telah merampas takhta vokal terbaik dalam Power Vokal Award yang sebelum ini pernah dipegang oleh Faizal Tahir dalam Shout! Awards 2010.

Seperti anugerah lain, Hot Guy Award juga telah bertukar takhta pada tahun ini apabila pelakon Aaron Aziz merampasnya daripada pengaraca kacak, Henry Golding. Begitu juga dengan gelaran Hot Chick diberikan kepada Nora Danish selepas trofi itu diserahkan kepada Marion Counter pada anugerah lalu.

Manakala dua anugerah yang baru diperkenalkan tahun ini iaitu anugerah yang mengiktiraf bakat kreatif melalui media sosial menerusi medium Twitter, Instagram ataupun Facebook telah menotakan Yuna sebagai Wired Celebrity.

Sementara ‘penyebar’ media sosial yang kian menjadi sebutan dikalangan ‘kaki’ Youtube, Matluthfi90 diberikan trofi Shout! Aloud Award.

Selama tiga jam bersiaran acara yang dibanjiri lebih 10,000 penonton itu dihangatkan lagi dengan persembahan hebat lagi bertenaga daripada barisan artis tempatan seperti Altimet feat Zee, Goldfish & Blink, Massacre Conspiracy, Liyana Fizi, Diandra Arjunaidi, Go Gerila, Yuna, Ila Damia dan Anas (Mentor). Surf Beach semakin panas membara dengan kemunculan persembahan daripada dua kumpulan idol sensasi yang diterbangkan khas dari Korea Selatan iaitu Nu’est dan Vixx.

Shout! Awards turut menjemput dua kumpulan K-Pop dari Korea Selatan iaitu Nu’Est dan Vixx bagi memeriahkan majlis.

Ia dihoskan oleh Henry Golding, Hannah Tan dan Razif Hashim dengan suasana santai dan happening.

Berikut adalah senarai pemenang Shout! Awards 2012:

The Ultimate Shout! Award – KRU

Rockstar Award – Bunkface

Popstar Award - Yuna

Power Vocal Award - Shila Amzah

Flava Award – Black/Malique

Music Video Award – Mizz Nina (‘With You’)

Break Out Award – Massacre Conspiracy

Best On Screen Chemistry Award – Johan/Zizan (‘Raja Lawak 6′)

Fresh TV Series Award - ‘Versus’

Breakthrough Local Feature Award – ‘Songlap’

Favourite TV Program Award – ‘Showdown 2012′

Favourite TV Personality Award – Zizan (‘Raja Lawak 6′)

Coolest Radio Announcer Award – Hunny Madu (Fly FM Malaysia’s Hottest Music)

Favourite Radio Show Award – Top 5 Panggilan Hangit

Hot Chick Award – Nora Danish

Hot Guy Award - Aaron Aziz

Wired Celebrity Award – Yuna (@yunamusic)

Shout! Aloud Award – Matluthfi90

Senarai Pemenang Shout! Awards 2012

Senarai Pemenang Shout! Awards 2012

Komen via Facebook

Komen

Share

— Budiey

Seorang penulis blog hiburan & gaya hidup sepenuh masa, Photo Journalist, kerap bertwitter & facebook, videoman, new social media, copy writer, penulis iklan & advertorial, content provider & househusband. Obses dengan filem seram & thriller.

  • Previous story Gambar Izara Aishah di Karpet Merah Shout! Awards 2012
  • Next story Nasuha Tersingkir di Konsert Mingguan Vokal 2

ENTRI BERKAITAN

  • The Janice Dickinson Modeling Agency Season 3 di 8TV 1 Apr, 2009
  • Gossip Girl Season 3 28 May, 2010
  • Style Her Famous, Tips Solekan & Cara Dandanan di 8TV 29 Sep, 2007
  • Video & Gambar Percutian Bersama 8TV & Star Cruise Libra 12 Oct, 2011

1 Comment

  1. zamri says:
    Monday, November 26, 2012 at 11:21 pm

    tahniah. satu lagi kejayaan zionis dalam memenuhi impian merosakan manusia. tahniah 8TV yang turut menjadi talibarut mereka.

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

  • KONSERT MEGA BINTANG

    RadiGlow

    KONSERT MEGA BINTANG

    Tempat: Resort World Convention Centre, Singapura

    Tarikh: 8 Jun 2013 (Sabtu)

    Masa: 8 malam

    Info Tiket: www.sistic.com.sg atau hubungi +65 6348 5555

    Budiey.com Sebagai Blog Rasmi Konsert Mega Bintang

  • SEARCH

  • TERKINI

    • Sharifah Sakinah Kecewa Gara-Gara Isu VIdeo Kontroversi?
    • Kiriman SMS Dari Ibu Afiq Muiz Jahanam La Kau
    • Afiq Muiz Diminta Bertaubat Dengan Segera
    • Sharifah Amani Pegang Watak Pelacur Dalam Redemption Night
    • Koleksi Gambar Anuar Zain Dengan Gaya Smart Kasual
    • Ulasan Album Lagu Terbaik dari Kotak
    • Media Prima Digital & Samsung Lancar Tonton di SMART TV
    • Suria FM Guna Trak Untuk Promosi
    • Peraduan Duta Belia & Nissan ALMERA Playlist
    • Album Kompilasi Melayu Klasik Herman Tino & Zaleha Hamid
  • IKLAN

  • DAPATKAN RADIGLOW UNTUK KESIHATAN

    RadiGlow
  • KONSERT

    • Recent Posts
    • Most Popular
    • Comments
    • Tags
    • anuar-dayangGambar Anuar Zain & Dayang Nurfaizah di Serai KL Centre Kuala LumpurWednesday, May 15, 2013
    • cnblue-konsertTiket Konsert CNBLUE Mula Dijual Hari Sabtu IniWednesday, May 15, 2013
    • najwa-latifNajwa Latif Bakal Meriahkan Festival Kenyir 2013Monday, May 13, 2013
    • siti-nurhaliza-galau-videoKonsert Solo Siti Nurhaliza in Symphony di Dewan Filharmonik PetronasMonday, May 13, 2013
    • Idola Kecil Musim KeduaThursday, October 29, 2009
    • Gambar Sekitar Hari Jadi Erin Malek ke 14 di Red Box Plus, PavilionMonday, July 28, 2008
    • TV3 Kids Voice Out School AttackSaturday, October 25, 2008
    • Filem Congkak Arahan Pierre Andre : Gambar PelakonTuesday, June 19, 2007
    • nora on:Afiq Muiz Diminta Bertaubat Dengan Segera
    • nora on:Afiq Muiz Diminta Bertaubat Dengan Segera
    • nora on:Drama Rindu Ini Milik Dia Temukan Memey Suhaiza & Talha Harith
    • Sara on:Kiriman SMS Dari Ibu Afiq Muiz Jahanam La Kau
    • 8TV Advertorial AirAsia Akademi Fantasia Anugerah Bintang Popular Astro Berita Bernama Blog Budiey Drama Erra Fazira Events Fasha Sandha Fesyen Filem Foto Artis Gambar Gathering Gossip Hollywood Konsert kuala lumpur Lirik Liyana Jasmay mampu Mawi NTV7 penyanyi Peraduan persembahan radio televisyen malaysia radio televisyen malaysia rtm RTM Showcase Sinopsis Siti Nurhaliza Teater TV1 TV2 TV3 TV9 Ucapan Video Muzik watak
  • AFTER EARTH MULAI 6 JUN

    After Earth
  • Jom Baca Berita

    • Agenda Daily
    • Astro Awani
    • Berita Harian
    • Bernama
    • Detik Daily
    • Google News
    • Gua
    • Harakah Daily
    • Harian Metro
    • KL Pos
    • KOSMO!
    • Malay Mail
    • Malaysia Kini
    • Malaysian Digest
    • Malaysian Today
    • mStar Online
    • Murai
    • News Straits Times
    • Sinar Harian
    • The Star
    • The Sun
    • Utusan Malaysia
  • ARKIB

  • KATEGORI

    18Jun2013

    Konsert Mega Bintang

    Rossa, Ungu, Afgan & Ramai Lagi

    Dari 20:00 hingga 23:30

    di Resorts World Convention Centre, Singapura

    Find out more...

  • ENTRI TERKINI

    • Sharifah Sakinah Kecewa Gara-Gara Isu VIdeo Kontroversi?
    • Kiriman SMS Dari Ibu Afiq Muiz Jahanam La Kau
    • Afiq Muiz Diminta Bertaubat Dengan Segera
    • Sharifah Amani Pegang Watak Pelacur Dalam Redemption Night
    • Koleksi Gambar Anuar Zain Dengan Gaya Smart Kasual
    • Ulasan Album Lagu Terbaik dari Kotak
    • Media Prima Digital & Samsung Lancar Tonton di SMART TV
    • Suria FM Guna Trak Untuk Promosi
    • Peraduan Duta Belia & Nissan ALMERA Playlist
    • Album Kompilasi Melayu Klasik Herman Tino & Zaleha Hamid
    • AirAsia Jawab Isu Tidak Dibenarkan Ibu & Bayi Menaiki Pesawat Di Ho Chi Minh
    • Album Sohaimi Mior Hassan 1 Kini Di Pasaran
    • Gambar Ulangtahun Pertama Sophie Paris Malaysia Meriah
  • KALENDAR

    May 2013
    M T W T F S S
    « Apr    
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    2728293031  
  • SPONSOR

  • BUDIEY

    Budiey Seorang full time blogger, kerap bertwitter & facebook, photographer, videoman, content provider, new media, copy writer, penulis iklan & advertorial. Obses dengan filem seram & thriller.

    Kenali Budiey lebih lanjut di [sini]
  • Social Media

    • Awal Ashaari
    • Fouziah Gous
    • My Facebook Fanpage
    • My Instagram
    • My Jurnal
    • My News & Events
    • My Photo Blog
    • My Twitter
    • My Youtube
    • Pipicomel
  • Home
  • Profile Budiey
  • Sitemap
  • Disclaimer
  • Hubungi Budiey
  • My Merchandise
  • Iklankan

© 2007 - 2013 Budiey.com (Sensasi Selebriti)
Budiey.com - Sensasi Selebriti dikendalikan sepenuhnya oleh syarikat Budiey Dot Com Media (001991735-T)
Copyright Budiey Dot Com Media (001991735-T). All rights reserved.