in

Senarai Pemenang Planet Joget Musim Pertama

Penyanyi dan penari yang juga Naib Johan Bintang RTM 1983, Safar Ghaffar, 56, bersama rakan seperjuangannya, Suzanna Ahmat Junaidi unggul sebagai juara program Planet Joget musim pertama untuk kategori Mentor yang berlangsung di Auditorium Perdana, Angkasapuri 16 Februari lalu dan turut bersiaran di TV1.

Program cetusan dan kerjasama strategik Radio Televisyen Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) itu turut menyaksikan kumpulan Sayang Sarawak bagi kategori mentee juga meraih takhta juara. Mentor menggalas tugas untuk mengajar menti mereka tarian joget sehingga mampu menguasai tarian dan seterusnya bersedia untuk bertempur tari dalam segmen tempur tari menti. Safar Ghaffar berkata, kemenangan itu langsung tidak dijangkakan kerana hampir kesemua kumpulan memberikan persembahan yang hebat sekali gus saingan yang cukup sengit buat mereka.

Planet Joget musim pertama

“Kami berdua sangat terkejut kerana semua peserta-peserta malam ini hebat belaka. Tambahan pula, ada kumpulan yang mempunyai sangat ramai penyokong berbanding kami.

“Tetapi inilah yang dikatakan rezeki namun ia tidak dicapai sekelip mata. Saya dan Suzana sudah lama berkecimpung dalam seni tari, kita berdua sukakan bidang ini kerana cintakan seni selain mahu memelihara tradisi dan budaya di negeri kelahiran kami agar tidak dilupakan.

“Generasi muda bagaikan kurang berminat dengan tarian tradisional walaupun di Sarawak, kesenian masih satu industri yang aktif. Barangkali keikhlasan kami, akhirnya terbayar dengan kemenangan ini. Memandangkan masih terkejut dengan kemenangan ini kami belum sempat memikirkan apa yang patut dilakukan dengan wang kemenangan itu,”

Tambah Safar lagi yang sudah 30 tahun berkecimpung di arena tarian, tiga perkara penting yang terus ditekankannya dalam setiap corak persembahan tarian ialah wirasa, wirama dan wigaya.

“Wirasa itu merujuk mempersembahkan tarian dengan penuh rasa dan perasaan. Wirama pula setiap langkah tarian itu mengikut rentak lagu. Manakala Wigaya itu memerlukan setiap langkah tarian yang dihayun dengan penuh gaya,” katanya yang berlatih selama dua bulan untuk memastikan kejayaan berpihak kepada Sayang Sarawak.

Sayang Sarawak menewaskan tujuh lagi kumpulan dalam kategori Mentor sekali gus layak membawa pulang hadiah bernilai RM100,000 termasuk sebuah kereta berserta trofi dan sijil. Manakala naib johan, menyaksikan keputusan berpihak kepada kumpulan Nyala Dance dari Zon Tengah yang diwakili Khairul Azhar Mohtar dan Nur Arziana Md Sakek. Mereka meraih hadiah berjumlah RM50,000 termasuk dua motosikal berserta trofi dan sijil.

Sementara di tempat ketiga, rezeki berpihak pada Kumpulan Ketak Tum N, juga dari Zon Tengah, sekali gus membawa pulang wang tunai RM20,000, trofi dan sijil. Bagi pemenang sagu hati iaitu Azzam, Duo, Kutari dan Top Of The Joget, mereka membawa pulang RM3,000 berserta sijil penyertaan. Penyampaian hadiah disempurnakan Ketua Pengarah Penyiaran Datuk Norhayati Mohd Ismail dan Ketua Pengarah Kebudayaan dan Kesenian Negara Datuk Norliza Rofli.

Planet Joget diperkenalkan sebagai salah satu usaha menarik minat penonton bukan Melayu untuk mendalami ilmu tarian joget dan ia selaras dengan hasrat JKKN untuk memupuk dan menyemarakkan seni budaya ke dalam jiwa lapisan masyarakat.

Kategori Menti juga tidak pulang dengan tangan kosong dan untuk kategori ini Sayang Sarawak mencipta kejayaan berganda apabila anak didik mereka muncul juara sekali gus menerima hadiah wang tunai RM5,000. Mencipta kejayaan sama adalah Nyala Dance di mana Menti mereka menduduki tempat kedua dengan habuan RM3,000.

Manakala tempat ketiga disandang oleh Menti kepada Duo. Sementara Menti kepada kumpulan Ketak Tum N, Azzam, Top Of The Joget dan Kutari menerima hadiah saguhati bernilai RM1,000 dan kesemua peserta menerima sijil penyertaan.

Persembahan penuh warna yang dibanjiri penonton penuh sesak di Auditorium itu dihangatkan lagi dengan persembahan Ziana Zain yang menyampaikan lagu Kalau Mencari Teman sambil diiringi Koir Kebangsaan. Ziana muncul sebaik persembahan memukau Syafinaz Selamat bersama pakyung, Rosnan Rahman dan Koir Kebangsaan menyampai lagu Mengadap Rebab.

Dihoskan Muaz Muhammad dan calon Artis Baru Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular BH 2013, Dazrin Kamarudin serta menampilkan khas Noorkhiriah, penyanyi muda seperti Asmidar dan Haziq turut ditampilkan dalam segmen selingan. Tak ketinggalan Bob Yusof.

Barisan juri profesional yang terbabit Prof Dr Mohd Anis Md Nor, Datuk Ahmad Tarmimi Siregar, A Aris A Kadir, Azwadi Saini dan Vanidah Imran.

Planet Joget musim pertama sudah berjaya membuka mata banyak pihak untuk menyokong usaha ini termasuk dari sudut penajaan. Contohnya motosikal Modenas dan sebuah kereta Cherry dan lain-lain hadiah yang bernilai RM 100,000

Program ini sudah bersiaran sejak Oktober 2013 setiap Selasa, 9.00 malam di TV1. Peminat boleh terus mengikuti program ini menerusi laman sosial facebook ’fanpage’ Planet Joget Mygempak.

Planet Joget musim pertama

Planet Joget musim pertama

Planet Joget musim pertama

Planet Joget musim pertama

Planet Joget musim pertama

Planet Joget musim pertama

Planet Joget musim pertama

Planet Joget musim pertama

Planet Joget musim pertama

Planet Joget musim pertama

Planet Joget musim pertama

Planet Joget musim pertama

Planet Joget musim pertama

Planet Joget musim pertama

Planet Joget musim pertama

Planet Joget musim pertama

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Atai Bakal Lancar Single Terbaru KUL IT Tribute Sudirman

Persembahan Jamal Abdillah Rai Hari Ibu