Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











SENARAI PEMENANG PERADUAN EURO 2008 SORAKAN EMOSI



Peraduan Bola Sepak Anjuran MPB Tawarkan Ganjaran Hebat Untuk 5 Pemenang!

Demam Kejohanan Piala Eropah 2008 kini hangat melanda seluruh dunia termasuklah negara kita! Turut tidak ketinggalan, Media Prima Berhad, sebagai badan penaung bagi stesen televisyen no.1 Negara, TV3 dan juga stesen ‘Saluran Ceria’ ntv7 yang bertindak sebagai penyiar rasmi EURO 2008 telah menganjurkan “Peraduan EURO 2008 Sorakan Emosi”.

5 pemenang bertuah telah dikenal pasti dan pastinya bakal menerima hadiah-hadiah hebat sempena kejohanan bolasepak ini berlangsung. San Kwang Min (29, Kajang), Ahmad Muzahar b Abd Muhaimin (28, Keramat), Noor Azlin Shah B Nawawe (29, Bangsar), Lim Geok Houn (66,Jln Klang Lama) dan Kiran Kumar a/l Suraj Kumar (28, Kota Kinabalu) merupakan para pemenang bertuah “Peraduan EURO 2008 Sorakan Emosi” kali ini.

Sebagai ganjaran, kelima pemenang yang secara kebetulan semuanya lelaki akan diterbangkan khas ke Vienna, Austria dengan penginapan hotel yang ditanggung oleh pihak penganjur untuk menyaksikan perlawanan suku akhir EURO 2008 secara langsung di hadapan ribuan para penyokong bolasepak yang lain.

Para pemenang akan dipecahkan kepada dua kumpulan di mana kumpulan pertama akan menyaksikan perlawanan Suku Akhir 2 pada 20 Jun dan yang selebihnya Suku Akhir 4 pada 22 Jun. Mereka juga akan ditemani oleh pasangan masing-masing yang turut dijemput oleh penganjur sebahagian daripada pakej pemenang. 

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Dato’ Sri Farid Ridzuan berkata, “Setelah mendapatkan hak penyiaran eksklusif EURO 2008 pelbagai langkah telah diatur untuk menghangatkan lagi sambutan perlawanan bola sepak Eropah terhebat di mata dunia ini. Kini peminat bola sepak di Malaysia tidak perlu lagi keluar rumah untuk menyaksikan perlawanan berprestij ini kerana stesen televisyen percuma ke udara, TV3 dan NTV7 akan membawakan siaran langsung dan siaran tertunda EURO 2008 di kaca televisyen anda.”

“Malah, untuk membangkitkan emosi bola sepak ini,  pihak kami turut membariskan pelbagai program-program yang berkaitan dengan EURO 2008 serta mengadakan aktiviti-aktiviti menarik seperti perlawanan futsal, bolasepak persahabatan termasuklah mini konsert dan menerbitkan  program Sorak-Borak Euro di sepanjang bulan Jun ini. Ini termasuklah “Peraduan EURO 2008 Sorakan Emosi Media Prima Berhad” yang julung kalinya menawarkan peluang keemasan bagi para pemenang untuk merasakan sendiri pengalaman unik yang mungkin hanya sekali seumur hidup bersama-sama menonton perlawanan EURO 2008 ini melalui kaca mata mereka sendiri di Vienna, Austria,” jelas beliau lagi.

“Tahniah kepada lima pemenang yang bertuah ini kerana telah berjaya mengenalpasti 16 pemain daripada setiap 16 negara yang bertanding di dalam EURO 2008 serta melengkapkan slogan-slogan unik yang mampu menarik perhatian juri. Pihak kami amat gembira dengan sambutan yang telah diberikan kerana telah menerima lebih seribu penyertaan melalui laman web rasmi TV3 yang ingin mencuba nasib sepanjang berlangsungnya “Peraduan EURO 2008 Sorakan Emosi” bermula daripada 19 April hingga ditutup pada 11 Mei yang lepas,” sambung Dato’ Sri Farid.

Teruskan bersama saluran TV3 dan ntv7 untuk mengikuti perlawanan-perlawanan EURO yang bakal disiarkan di sepanjang kejohanan EURO 2008 ini.

none

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Perlawanan Persahabatan Bolasepak Sorakan Emosi FC VS UITM
  • Sekitar Perlawanan Persahabatan Sempena EURO 2008 Sorakan Emosi VS UiTM
  • Sekitar Pelancaran Billboard Interaktif Sorakan Emosi @ Hypp.TV
  • Mini Konsert Sorakan Emosi @ Stadium Melaka Petang Ini
  • Senarai Pemenang Peraduan Konsert Tour Search Di Awan Biru
  • Sorakan Emosi EURO 2008 @ TV3 & NTV7 Tajaan Celcom & Telekom Malaysia
  • Senarai Pemenang Peraduan Menangi Tiket Wayang Filem Kuntilanak 3
  • Senarai Pemenang Peraduan Menangi Tiket Wayang Filem THE LOVE GURU
  • SORAK BORAK EURO HANGATKAN EURO CUP 2008 FEVER
  • Pemenang Peraduan Mari Menonton Teater Muzikal Kanak-Kanak Aladdin



  • 3 Komen untuk entri “SENARAI PEMENANG PERADUAN EURO 2008 SORAKAN EMOSI”

    1. .. kata:

      apa la bangang orang kita ni
      duk sponsor euro la..sponsor band indon la…
      da namapk sgt bodo
      duk sanjung org luar
      kita punya sukan kena sokong walaupun teruk
      adoi

    2. MUHAMMAD NAIM B. MOHD USHRI kata:

      SAYA SUKA MAIN BOLA SEPAK

    3. MUHAMMAD NAIM B. MOHD USHRI kata:

      SAYA SELALU BERMAIN BOLA.

    =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK