in

Senarai Pemenang Keputusan Penuh Anugerah Skrin 2010

Anjuran Stesen Televisyen Malaysia Berhad (TV3), Anugerah Skrin 2010 berlangsung dengan rasa aura percikan glamor seiring acara yang gilang-gemilang acara red carpet pada jam 8 malam ini, 24 Disember 2010 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Acara ini bersiaran secara langsung menerusi TV3 bermula jam 9.00 malam.

Budiey sudah tentu akan hadir bagi memberikan gambaran jelas tentang anugerah berprestij ini. Bermula dengan acara red carpet di mana ramai karyawan dan artis melaram bergaya memperagakan fesyen mereka sehinggalah ke acara kemuncak di mana sebanyak 24 anugerah akan disampaikan kepada pemenang.

Video Red Carpet Anugerah Skrin 2010:

Pada petang tadi, ada majlis penajaan barangan kemas dari Rafflesia yang melibatkan 7 orang selebriti. Sedikit sebanyak memberi gambaran dan kemeriahan ASK2010.

Budiey rasa, Anugerah Skrin kali ini ditunggu-tunggu oleh penggiat seni tanah air. Anugerah yang bertujuan memberi pengiktirafan kepada karyawan-karyawan seni tanah air itu bukan sahaja memberi ruang kepada penggiat seni untuk memperkembangkan lagi bakat seni, malah menggalakkan mereka berusaha dengan lebih gigih untuk menghasilkan produk yang bermutu tinggi sekali gus memartabatkan hasil seni negara.

DSC_0531

ASK 2010 dihoskan oleh Awal Ashaari dan Vanida Imran. Kali ini corak majlis tidaklah kelihatan terlalu serius seperti yang dijangka kerana gandingan ini mahu mencuit penonton dengan lawak jenaka. Budiey lihat gandingan pengacara kali ini tiada cacat celanya sangat.

Namun entah dari mana datang punca dan silapnya, Anugerah Skrin 2010 ini dirasakan agak hambar dan beberapa teman yang Budiey temui mengatakan ASK kali agak sedikit membosankan. Walhal nama-nama besar telah diletakkan untuk membuat persembahan seperti Anuar Zain, Ziana Zain, Adibah Nor, Jaclyn Victor dan ramai lagi. Begitu juga dengan penonton di dewan, tidak banyak yang sukarela memberikan tepukan.

Secara keseluruhan, ASK 2010 mempertandingkan 24 kategori meliputi drama,filem dan penerbitan dalaman. 10 kategori drama bakal dipertandingkan termasuk Anugerah VideografiTerbaik yang baru diperkenalkan pada tahun lepas. Manakala jumlah filem yang dipertandingkan kekal tujuh kategori dan enam kategori penerbitan dalaman.

Anugerah Skrin 2010 ini mempertandingkan 17 buah drama, 12 drama rantaian dan lima drama komedi. Manakala kategori filem pula 25 filem terbitan tempatan layak dipertandingkan kali ini.

Calon-calon yang dipertandingkan terdiri daripada terbitan yang ditayangkan di kaca TV dan pawagam mulai 1 Julai 2009 hingga 30 Jun 2010.

Semasa break untuk iklan komersial, Azrifaiz telah mengumumkan satu pertandingan yang ditaja oleh Pantene. Pemenangnya ialah:

Tempat Pertama: Teh Nadira Hamdan

Tempat Ke-2: Sasha Saidin

Tempat ke-3: Cik Sharifah Sayed Abdul Rahman

Tempat ke-4: Cik Nurizah Zainuddin

Penyampai pertama ialah Shah Jaszle dan Diana Danielle yang mengumumkan pemenang untuk Rancangan Realiti Terbaik yang dimenangi oleh Showdown 2010 dan Lakon Layar Terbaik kategori filem. Satu kejayaan buat Syamsul Yusof.

Penyampai kedua, Sein, Mia Sara Nasuha dan Lisa Surihani diberi tugas untuk mengumumkan pemenang kategori Drama Komedi Terbaik yang diberikan kepada drama Simpang 3. Yang penting penonton mesti tertarik dengan kecomelan kanak-kanak comel, Mia Sara. Cute je dengan gaun serba merah yang sedondon dengan Lisa Surihani.

Dimulakan dengan paduan suara mantap dari 3 wanita yang memang cemerlang seolah bertarung paduan kenyaringan suara. Jaclyn Victor, Adibah Nor dan Noryn Nor. Selain itu, gandingan pasangan yang tengah hot bercinta dan dah pun bertunang, Mizz Nina & Noh menyampaikan lagu Kurnia.

Persembahan yang boleh dikatakan sebagai teaser untuk semua ialah Cinta The Musical yang Budiey rasa semua dapat lihat beberapa orang pelakon terlibat menjayakan teater muzikal ini. Antaranya Faradhiya.

Persembahan ke-4 ialah Eksperimental Muzik yang ditampilkan melalui instrumental menggabungkan lagu Nur Kasih, Isabella, Sabar Menanti, Seiring Jalan. Dipersembahkan oleh Genervie Kam (Violin), Hillary Ng (Gitar) dan Datuk Ahmad Nawab (Saxophone).

Pasangan adik beradik yang terkenal dengan kelantangan vokal, Anuar Zain & Ziana Zain turut menghiburkan penonton dengan lagu Ku Berjanji Karna Cinta dan Pawana.

Persembahan penutup yang merupakan persembahan klimaks untuk ASK2010 ialah Faizal Tahir & The Royale FT Force menyampaikan lagu Hanyut dan Superhero.

Kemuncaknya, drama Antara Garisan yang membariskan pelakon-pelakon seperti Azma Aizal Yusoof, Norkhiriah dan Ungku Ismail itu telah menewaskan empat buah drama lain iaitu Sebelum Akhirat, Dalil Cinta, Kaki dan Perempuan. Tahniah buat team Antara Garisan!

Drama ini turut memenangi kategori Pelakon Wanita Terbaik iaitu Norkhiriah yang sebelum ini pernah meraih anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik pada ASK2007, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Azma Aizal Yusoof) dan Lakon TV Terbaik (Shahrul Ezad Mohamedin).

Kategori Pengarah Terbaik Drama dianugerahkan kepada Murali Abdullah menerusi drama Sebelum Akhirat.

Fauzi Nawawi pula berjaya menewaskan Fahrin Ahmad, Rosyam Nor, Syed Ali dan Ungku Ismail bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik Drama menerusi lakonannya di dalam drama Sebelum Akhirat.

Sementara kemenangan Filem Terbaik berpihak kepada Muallaf arahan Yasmin Ahmad. Filem tersebut turut memenangi anugerah Pengarah Filem Terbaik dan Pelakon Wanita Terbaik Filem (Sharifah Amani).

Turut memenangi anugerah ASK2010 adalah Pelakon Lelaki Terbaik Filem iaitu Bront Palarae menerusi filem Belukar.

Kesemua pemenang bagi setiap kategori yang dipertandingkan menerima trofi serta hadiah lawatan ke Los Angeles.

Trofi disampaikan oleh barisan artis terkenal seperti Erra Fazira, Nasha Aziz, Fahrin Ahmad, Shaheizy Sam, Lisa Surihani, Mia Sara, Fouziah Gous dan Fizz Fairuz.

Turut hadir ke majlis berprestij itu adalah Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim, isteri Datin Seri Maznah Rais, Pengerusi Media Prima Berhad, Datuk Johan Jaafar dan Ketua Eksekutif Kumpulan Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Datuk Seri Ahmad Farid Ridzuan.

Anugerah Skrin diterbitkan oleh Nuruk Huda Hj Khalid. Pengarah muzik oleh Lok-U (Faizal Uzir) dan koreografer pula diberi tugas kepada Pat Ibrahim.

Budiey nak ucap tahniah buat semua pemenang. Jumpa lagi di Anugerah Skrin 2011 pula.

DSC_0541

Syamsul Yusof yang menerima anugerah Lakon Layar Terbaik Filem. Tahniah bro!

DSC_0553

Gandingan pasangan selebriti yang dah bertunang, Mizz Nina dan Noh Hujan.

24 Kategori Bakal Jadi Taruhan Anugerah Skrin 2010

KATEGORI-KATEGORI YANG DIPERTANDINGKAN

KATEGORI DRAMA

  1. Drama Terbaik: Antara Garisan
  2. Pelakon Lelaki Terbaik Drama: Fauzi Nawawi – Sebelum Akhirat
  3. Pelakon Wanita Terbaik Drama: Noorkhiriah – Antara Garisan
  4. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama: Isma Yusof AKA Azma Aizal Yusoof – Antara Garisan
  5. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama: Fadzilah Mansor – Sebelum Akhirat
  6. Pengarah Terbaik Drama: Murali Abdullah – Sebelum Akhirat
  7. Lakon TV Terbaik: Shahrul Ezad Mohamedin – Antara Garisan
  8. Drama Rantaian Terbaik: Nur Kasih
  9. Drama Komedi Terbaik: Simpang 3
  10. Videografi Terbaik: Datang Bulan

KATEGORI FILEM

  1. Filem Terbaik: Muallaf
  2. Pelakon Lelaki Terbaik Filem: Bront Parale – Belukar
  3. Pelakon Wanita Terbaik Filem: Sharifah Amani- Muallaf
  4. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem: Aaron Aziz – Evolusi KL Drift 2
  5. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem: Fazura – Pisau Cukur
  6. Pengarah Terbaik Filem: Allahyarham Yasmin Ahmad
  7. Lakon Layar Terbaik Filem: Syamsul Yusof

KATEGORI PENERBITAN DALAMAN

  1. Rancangan Dokumentari/Majalah Terbaik: Astro Prima Epik Suatu Ketika Laskar Senoi
  2. Rancangan Bual Bicara Terbaik: Isu Khas Gaza Palestin Kami Bersamamu (RTM)
  3. Rancangan Hiburan Terbaik: Anugerah Bintang Popular – TV3
  4. Rancangan Muzikal Terbaik: Anugerah Juara Lagu 24
  5. Rancangan Realiti Terbaik: Showdown 2010 Episod 10 (8TV)
  6. Laporan Khas/Berita Terbaik: Aduan Rakyat Berbumbung Langit.

ANUGERAH YASMIN AHMAD: Shaheizy Sam

DSC_0560

Gelagat manja dan Mia Sara Nasuha yang comel menarik perhatian penonton.

DSC_0572

DSC_0574

DSC_0573

DSC_0610

DSC_0626

Kehebatan vokal Anuar Zain memukau penonton.

DSC_0648

Ziana Zain Terbaik

DSC_0663

Tahniah Shaheizy Sam!

DSC_0692

Pengarah Drama Terbaik, Antara Garisan. Shahrul Ezad.

DSC_0694

Persembahan penutup dari Faizal Tahir. Amacam? Gempak tak?

SENARAI PENCALONAN ANUGERAH SKRIN 2010

KATEGORI DRAMA – Telemovie

  1. Cerekarama – Taubat Nasuha
  2. Cerekarama – Bagaikan Sumayyah
  3. Cerekarama – Sebelum Akhirat
  4. Cerekarama – Miah Oh Miah
  5. Cerekarama – Masyitah
  6. Cerekarama – Dalil Cinta
  7. Panggung Seri – Kaki
  8. Panggung Seri – Menantu 3 Rasa
  9. Citra – Dendam Seorang Isteri
  10. Pangung Sabtu: Perempuan
  11. Kepok & Nisan
  12. Lillahi Ta’ala
  13. 60Km
  14. Datang Bulan
  15. Antara Garisan
  16. Fatimah Juling
  17. Selipar Jepun Suria

KATEGORI DRAMA – Drama Berantai

  1. Nur Kasih
  2. Adamaya
  3. Nenek Kebaya
  4. Tari Tirana
  5. Jangan Pandang Belakang
  6. Si Capik
  7. Skuad Polis: Gerakan Marin
  8. Ghost
  9. Blogger Boy
  10. Awan Dania Siri 2
  11. Kau Dan Aku
  12. Halimah Jongang The Series

KATEGORI DRAMA – Drama Komedi

  1. Senario
  2. Teres Kembar 4
  3. Londeh
  4. Fikirlah Sendiri Nabil (Musim 2)

KATEGORI FILEM CEREKA
(YANG DITAYANGKAN MULAI 1 JULAI 2009 – 30 JUN 2010)

  1. Skrip 7707
  2. Setem
  3. Momok The Movie
  4. Jin Notti
  5. Papadom
  6. Pisau Cukur
  7. Senario The Movie – Ep 2 (Beach Boy)
  8. My Spy
  9. Santau
  10. Pulau Asmara
  11. Muallaf
  12. Duhai Si Pari Pari
  13. Adnan Sempit
  14. 2 Hati Satu Jiwa
  15. Niyak Rampik
  16. V3 Samseng Jalanan
  17. Evolusi Kl Drift 2
  18. Semerah Cinta Stilleto
  19. Hooperz
  20. Belukar
  21. Andartu Terlampau Mencari Suami
  22. Kecoh Betul
  23. Lagenda Budak Setan
  24. Kapoww
  25. Zoo

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Erra Fazira di Karpet Merah Anugerah Skrin 2010

Gambar Scha Alyahya di Anugerah Skrin 2010