Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Senarai Pemenang Anugerah Stail EH! 2008



Buat julung kalinya majalah EH! dan Lancome menganjurkan Anugerah Stail EH! 2008. Majlis gilang-gemilang ini telah diadakan di GSC Signature, Tingkat 4, The Gardens Midvalley pada hari Rabu, 6 Ogos 2008 jam 7.00 malam. 

Diketuai oleh Pengarang Majalah EH!, Asiah Mion, senarai pencalonan Anugerah Stail EH! telah dilakukan sambil dibantu oleh para panel serta rakan media dalam industri hiburan tanahair. Lebih daripada 100 calon telah disenarai pendek, dan mereka ini terdiri daripada bintang yang sering menghiasi dada-dada media massa, mereka yang sering tampil bergaya di acara-acara prestij dan tentunya mereka yang terlibat secara langsung dalam industri hiburan ini.

13 kategori telah dipertandingkan termasuk satu anugerah utama – “Anugerah Stail EH! 2008″. pemilihan pemenang adalah berdasarkan kepada undian yang telah dibuat oleh pembaca Majalah EH! dan juga orang ramai. Selain daripada itu, undian juga boleh dibuat melalui laman web Majalah EH! dan suratkhabar Berita Harian bermula pada 1 Jun 2008 dan undian telah berakhir pada 31 Julai 2008.

Anugerah ini dilakukan bertujuan mendekatkan industri hiburan dengan fesyen dan kecantikan. Pada dasarnya ia mahu membuka mata dan mengajak jenama fesyen terkemuka antarabangsa mendekati dunia hiburan tempatan yang menyaksikan ramai golongan selebriti tempatan yang boleh diketengahkan sebagai model dan jurucakap.

Acara pada malam itu juga menyaksikan bintang hebat dan tersohor, Aznil Nawawi menggondol dua anugerah, Artis Mesra Peminat dan anugerah kemuncak, Anugerah Stail EH! 2008. Ternyata agak terharu dengan pengiktirafan yang diberi, Aznil mengakui dia pernah menjadi mangsa fesyen rentetan gaya berani mati dan ‘tidak peduli apa orang nak cakap’ sewaktu mula mengacarakan program Pop Kuiz.

Acara yang sepatutnya bermula sekitar 8 malam akhirnya hanya dapat dimulakan pada jam 9.15 malam. Biarpun pertama kali dianjurkan dan kelihatan agak kelam-kabut susunan programnya, anugerah seperti ini harus diberi pujian kerana masih lagi memartabatkan entiti peminat yang cukup dekat di hati selebriti sebagai pengundi yang menentukan pemenang.

Ada juga yang beranggapan anugerah yang dipertandingkan ini bersifat syok sendiri atau anugerah murahan tetapi mungkin perlu merenung seketika kepada konsep dan gaya sebenar majalah EH!

 

Senarai Pemenang Anugerah Stail EH!

Anugerah Stail EH! 2008: Aznil Nawawi

Selebriti Wanita Paling Bergaya: Camelia

Selebriti Lelaki Paling Bergaya: Anuar Zain

Selebriti Wanita Susuk Tubuh Cantik: Dynas

Selebriti Lelaki Susuk Tubuh Segak: Fahrin Ahmad

Selebriti Mesra Peminat: Aznil Nawawi

Selebriti Wanita Paling Seksi: Amber Chia

Selebriti Lelaki Paling Seksi: Andy (Estranged)

Selebriti Berbakat Unggul: Elly Suriati

Selebriti Paling Fotogenik: Rozita Che Wan

Selebriti Pencapaian Terbaik: Faizal Tahir

Selebriti Pilihan Kulit Majalah: Nasha Aziz

Selebriti Kulit Cantik: Zizie Ezette

Pasangan Selebriti Paling Diminati: Vanidah Imran dan Rashidi Ishak.

Rina daripada 8TV dan Tini, juruhebah Hotfm akan menjadi pengacara pada malam tersebut manakala artis-artis ternama seperti Camelia, Dina (MI), Athilia dan juga Faizal Tahir akan menghiburkan para jemputan dengan persembahan hebat mereka.

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Anugerah Era, Anugerah Era, Pemenang Anugerah Era, Ulasan Anugerah Era 07
  • Gambar Diana Danielle di Anugerah Stail EH! 2008
  • Sistem Penjurian Festival Filem Malaysia
  • Gambar Camelia di Anugerah Industri Muzik
  • Senarai Pemenang Peraduan Menangi Tiket Wayang Filem Kuntilanak 3
  • Senarai Pemenang Peraduan Konsert Tour Search Di Awan Biru
  • Keputusan Pemenang KL International Film Festival KLIFF 07
  • Sekitar Sidang Media Anugerah Bintang Popular 2007
  • Peraduan Menangi 10 Keping Tiket Anugerah Skrin 2008
  • Anugerah Pantene Shine di Anugerah Skrin 2008



    • mazuin

      err..seksinya farah asyikin?

    • zarin

      Fauziah Ghous mcm nenek kebayan dah rupanya… makin lama makin hilang kecantikan asli diaorg ni… nape ekkk

    • http://www.e-rafa.com Honeybee

      sape yg bju merah tu?? mcm antu raya nk p braya je…

      tahniah pak nil .. bla nk kawin ekk :)

    • naNaku

      a’aa la…fauziah ghous menakutkn jek… :) opssss terlebih sudah…hehehehhehee

    • naNaku

      huhuhuhuhuhuhu nk jerit sket….abg anuar menang gitu…cyg abg nuar…. ;) mmg layak pun…hahahahhahahaha ;)

    • http://parisrowena.blogspot.com abby

      andy-sexy

      musti laaaaaaaaaaaa

      fghous tu budiey nyer fav
      tapi pesal nmpk cam ponti
      aekkeke

      larikkkkkkkkkkk

    • http://www.e-rafa.com Honeybee

      dah trlebih susuk @ trlanggar pantang ek …. x mareee… tumpang tnya smbil tmpang lalu ni ha … ;)

    • http://obefiend.blogspot.com Obefiend

      fauziah ghaos looks like akuntilanak

    • mrs. andy

      dlm ramai2 manusie kat situh..
      ANDY jek handsome n sexy..
      x yah nk pakai mahal2 or branded2, he still look dashing..
      love yah..!!
      mwaahxxx..
      lolz

    • lemon

      ish asal sme pic kat sni macam antu jer…pic x bape bagus r…ish

    • Darwina

      sokong andy mng anugerah sexy tuh
      hahahaha

    • http://akuminatnovel.newscrewd.com zeti

      fauziah gous dh mcm antu raya nk pergi meroyan.. yatt still mantain cntik.. ezlynn dh mcm ank sedare oprah winfrey…farah asyikin so sexy..
      gurau jer… hehehe



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK