in

Senarai Pemenang Anugerah PPMH Ulangtahun Ke 25 Media Hiburan

Semalam, majalah hiburan sensasi nombor 1 Malaysia, Media Hiburan telah meraikan ulangtahun ke 25 dengan mengadakan Anugerah Pilihan Peminat Media Hiburan di Restoran Saloma Bistro, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Acara yang mula diperkenalkan sejak tahun 1996 ini tidak lain dan tidak bukan bertujuan untuk menghargai golongan artis dan selebriti yang mewarnai dunia hiburan. Pembaca juga turut berpeluang untuk memilih sendiri artis atau selebriti kegemaran mereka.

Bermula dari peringkat awal pencalonan sehinggalah kepada keputusan akhir, ia adalah seratus peratus berdasarkan undian daripada peminat samada melalui borang undian mahupun kiriman SMS.

Budiey dapat tahu daripada wartawan MH, carta PPMH 09/10 ini menerima respon luar biasa dari pembaca Media Hiburan. Undian dan penyertaan mereka menunjukkan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada artis pilihan mereka.

Tentunya, artis ini dapat mengeratkan lagi hubungan artis dengan peminat medreka. Tapi kalau boleh pada masa akan datang, buatlah di tempat yang berskala yang lebih besar untuk memberi peluang kepada lebih ramai lagi artis datang.

Diacarakan oleh tiga orang pelawak dan pelakon hebat iaitu Along Raja Lawak dan Didie Alias, parti itu sememangnya begitu santai dan rileks dengan kategori anugerah-anugerah yang semuanya melibatkan bentuk fizikal selebriti seperti Anugerah Artis Lelaki Mata Mengancam, Artis Hidung Memukau dan sebagainya. Kadang-kadang, kelakar gak.

Ini membuktikan anugerah PPMH berbeza dengan anugerah yang lain yang ada dalam industri hiburan tanahair. Kalau perhatikan betul-betul, kategori ini diperkenalkan setelah menyedari peminat kat luar sana bukan sahaja meminati bakat yang ada pada seseorang artis itu semata-mata. Realitinya, ada peminat yang suka kepada faktor lain seperti fizikal dan keperibadian yang mereka miliki.

Corat-Coret Anugerah PPMH:

  1. Budiey sampai lewat, jadi tak sempat nak ambil gambar red carpet. Huhu, sekadar coretan.
  2. Hos majlis, Along dan Didie menanggalkan kasut, berkaki ayam dan menyingsing seluar semasa nak jemput Elyana nyanyi. Elyana juga turut berkaki ayam.
  3. Rata-rata artis yang hadir mengikut tema. Silver dan Black memang senang nak digayakan.
  4. Masa untuk pereka fesyen menunjukkan bakat mereka. Ramai artis yang pakai baju dari pereka.
  5. Budiey ada ternampak seorang artis ni ambil makanan, amboi banyak nya, penuh pinggan. Tak takut gemuk ke?
  6. Walaupun makin berumur tapi Anuar Zain dapat artis paling bergaya. Memang ada gaya.
  7. Masa pengumuman untuk Artis Lelaki Bibir Seksi yang dimenangi oleh Norman Hakim, bekas isteri beliau diminta naik pentas sebagai wakil Norman. Siap disuruh Abby berucap lagi. Dalam ucapan, Abby dengan selamba cakap, seksi ker? “Mmm… sebab tu lah kot Memey suka.”. Ianya disambut dengan sorakan dan tepukan hadirin.
  8. Tak habis setakat itu, masa umum Linda Onn yang memang untuk kategori Artis Wanita Bibir Seksi, Scha pula yang disuruh naik ke pentas sebab Linda Onn tak nampak batang hidung masa tu.
  9. Ironinya bila anugerah Artis Wanita Mata Mengancam akhirnya dimenangi oleh si ratu bulu mata palsu iaitu Rozita Che Wan yang dapat mengalahkan duta dan jurucakap The Brands Pati Beri Innershine, Diana Danielle.
  10. Dato’ Siti Nurhaliza sempat berpatah balik semasa diumumkan untuk Anugerah Artis Wanita Berkulit Cantik. Masa tu, Siti dah keluar dewan. Dengarnya, beliau kena cabut awal sebab malamnya ada rakaman Konsert Di Hati di Plaza Alam Sentral.
  11. Masa menghiburkan peminat dengan sebuah lagu, Black tampil dengan berambut panjang. Dilatari dengan lakonan sketsa oleh Zizan dan Diana Danielle. Buat cerita ala cinta tiga segi. Kelakar giler!
  12. Semua tetamu yang hadir diberikan goodie bag berisi dengan One Drop Perfumes, pelembap bibir dan macam-macam hadiah daripada penaja, termasuklah coklat.

Selama lebih 25 tahun, Media Hiburan terbitan Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd ini tidak pernah gagal untuk memenuhi kehendak pembaca di luar sana yang mahukan sajian terkini tentang perkembangan seni hiburan di Malaysia.

Untuk info pembaca, Media Hiburan adalah majalah hiburan pertama yang diterbitkan secara mingguan dengan laporan terkini tentang perkembangan selebriti popular, program TV & wayang, muzik, showbiz, dan tidak ketinggalan gosip hangat yang melingkari kehidupan artis.

Selain pembaca Media Hiburan yang mendapat jemputan, artis dan selebriti juga hadir untuk memeriahkan lagi majlis. Ramai sekali artis yang datang. Ramai yang popular dan glamor turut serta hadir. Semua yang hadir, tak kira pembaca MH dan selebriti hadir dengan memasang badan dengan fesyen mengikut tema iaitu Silver & Black.

Black berambut panjang. Huhu…

Parti yang menggunakan tagline Giler Glamor VS Glamor Giler itu diserikan dan dihangatkan dengan persembahan artis. Antara yang telah menghiburkan hadirin ialah One Nation Emcees, Dato’ Siti Nurhaliza, Elyana, Adam, Black, Fabulous Cats, Alyah dan Ramlah Ram.

Budiey ingin mengucapkan tahniah buat semua pemenang:

  1. Artis Lelaki Paling Bergaya – Anuar Zain
  2. Artis Wanita Paling Bergaya – Erra Fazira
  3. Artis Lelaki Berkulit Cantik – Dafi
  4. Artis Wanita Berkulit Cantik – Siti Nurhaliza
  5. Artis Lelaki Mata Mengancam – Dr Fadzley
  6. Artis Wanita Mata Mengancam – Rozita Che Wan
  7. Artis Lelaki Hidung Memukau – Jimmy Shanley
  8. Artis Wanita Hidung Memukau – Rita Rudaini
  9. Artis Lelaki Gigi Tercantik – Diddy AF
  10. Artis Wanita Gigi Tercantik – Lydia Ibtisam
  11. Artis Lelaki Bibir Seksi – Norman Hakim
  12. Artis Wanita Bibir Seksi – Linda Onn
  13. Artis Lelaki Rambut Menawan – Anuar Zain
  14. Artis Wanita Rambut Menawan – Fouziah Gous
  15. Artis Kacak – Kamal Adli
  16. Artis Jelita – Diana Danielle
  17. Pesona Artis Baru – Scha Al Yahya
  18. Artis Lelaki Paling Sensasi – Azwan Hj Ali
  19. Artis Wanita Paling Sensasi – Abby Abadi

* Anugarah Khas Media Hiburan – Dato’ Siti Nurhaliza
* Anugerah Penghargaan Istimewa Media Hiburan – Ramlah Ram (Sempena 25 tahun penglibatan dalam industri seni)

Anuar Zain menang 2 anugerah

Diana Danielle menang Artis Jelita.

Erra Fazira menang Artis Wanita Paling Bergaya

Dafi, artis lelaki Berkulit Cantik

Siti dapat 2 anugerah

Ramlah Ram dapat penghormatan.

Elyana yang berkaki ayam

Dr Fazley hadir bersama anak

Rozita Che Wan, Ratu bulu mata palsu… layak menang.

Jimmy Shanley

Penyampai pun sensasi dan seksi

Lydia Ibtisam dan Erra Fazira

Fouziah Gous

Erra Fazira

Adam

Umie Aida

Irma Hasmie

Iz OIAM

Scha Alyahya & Akim

Diana Danielle

Jaafar Onn

Dafi

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Movie Day Out Sensasi Selebriti – Filem Clash of The Titans 2

Movie Day Out Sensasi Selebriti – Filem Evolusi KL Drift 2