Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Senarai Pemenang Anugerah Planet Muzik 2009



Anugerah Planet Muzik 2009 buat pertama kalinya telah berlangsung semalam di Pusat Konvensyen Jakarta, Senayan, Jakarta, Indonesia dihoskan oleh Aznil Hj Nawawi, Nirina Zubir dan Aura Shai.

Tahniah kepada Dato’ Siti Nurhaliza yang masih lagi berjaya mengekalkan popularitinya selama sembilan tahun berturut-turut di serantau Malaysia, Indonesia dan Singapura apabila memenangi kategori Artis Serantau Paling Popular. Siti juga menang bagi kategori Artis Malaysia Paling Popular Anugerah Kosmo!. Kedua-dua kategori tersebut diadili menerusi undian khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dibuka sejak pertengahan bulan Jun lalu.

Tahniah juga buat Aizat yang telah memenangi dua anugerah di APM 2009 iaitu kategori Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Artis Baru Lelaki) dan Lagu Paling Popular (Malaysia) dikira berdasarkan jumlah muat turun.

Afgan meraih kategori Artis Lelaki Terbaik dan Album Terbaik menerusi album ‘Confession No. 1’ manakala Yovie & Nuno mengungguli kategori Duo/ Kumpulan Terbaik menerusi album ‘The Special One’ dan Artis Indonesia Paling Popular.

Sebanyak 16 kategori dipertandingkan dan ini termasuk sembilan kategori terbaik, tujuh anugerah paling popular selain dua kategori khas, iaitu Anugerah Cinta Planet Muzik dan Anugerah Khas Planet Muzik. 

Selain Siti yang juga dinobatkan sebagai Artis Malaysia Paling Popular, Aizat dan Ayu turut berjaya mengharumkan nama negara. Aizat membawa pulang dua anugerah iaitu Artis Baru Lelaki dan Lagu Malaysia Paling Popular untuk “Hanya Kau Yang Mampu” sementara Ayu memperolehi anugerah Artis Baru Wanita.

Tahniah kepada semua pemenang: 

Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Artis Baru Lelaki)
Aizat (Hanya Kau Yang Mampu)

Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Artis Baru Wanita)-
Ayu (Hanya Di Mercu)

Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Duo/ Kumpulan Baru Terbaik)
Kotak (Masih Cinta)

Kolaborasi Terbaik Dalam Lagu
Lagu Be Te oleh artis, Dewiq feat Ipank, penulis lagu: Pay & Yudi, dan penulis lirik: Dewiq

Artis Lelaki Terbaik
Afgan (Confession No. 1)

Artis Wanita Terbaik
Bunga Citra Lestari (Tentang Kamu)

Duo/ Kumpulan Terbaik
Yovie & Nuno (The Special One)

Lagu Terbaik
Laskar Pelangi (Album: OST Laskar Pelangi, artis: Nidji, penggubah lagu: Nidji dan penulis lirik: Giring)

Album Terbaik
Confession No. 1 oleh artis, Afgan dan produser: Tessy DJ & Fajar PJ Maringka

Artis Singapura Paling Popular (berdasarkan SMS)
Taufik Batisah

Artis Malaysia Paling Popular Anugerah Kosmo! (berdasarkan SMS)
Datuk Siti Nurhaliza

Artis Indonesia Paling Popular (berdasarkan SMS)
Yovie & Nuno

Artis Serantau Paling Popular (berdasarkan SMS)
Datuk Siti Nurhaliza

Lagu Paling Popular (Singapura) (berdasarkan SMS)
Impianku (Didicazli)

Lagu Paling Popular (Malaysia) (berdasarkan jumlah muat turun)
Hanya Kau Yang Mampu (Aizat)

Lagu Paling Popular (Indonesia) (berdasarkan jumlah muat turun)
Kul Cinta (Slank)

Anugerah Cinta Planet Muzik
Dik Doank

Anugerah Khas Planet Muzik
Band Gigi

Tags:

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Anugerah Era, Anugerah Era, Pemenang Anugerah Era, Ulasan Anugerah Era 07
  • Senarai Penuh Pemenang Anugerah Planet Muzik 2008
  • Keputusan Pemenang Shout! Awards 2009
  • APM 2009: Hujan Mendahului Dengan 6 Pencalonan
  • Isu Penciplakan Tidak Boleh Dimaafkan
  • Show Band Asia Reforms di Planet Hollywood
  • Senarai Finalis Anugerah Planet Muzik 2008
  • Film Planet 51 KRU Studios
  • Keputusan Pemenang KL International Film Festival KLIFF 07
  • Profile NIKKI PALIKAT



    • TbaT horazzz..!!!!

      .akhirnya usai sudah..
      .sbgai mna meztinya musisi and artis indo ttap bjaya..

    • haikal

      tahniah musik indo.
      best stage n audien,.
      layan!!…

    • LV_love

      tahniah wat siti nurhaliza!! menang penyanyi popular 9 thn berturut2!! no one can beat her!!

      siti nurhaliza = wueen of music!

    • http://www.twitter.com/azeryza kalasun

      Haiiiiiiii apa kabar semuanya, mengapa tak banyak orang malaysia komen disini????????? Berbeda dengan tahun lalu, hasil Apm’O8 penuh pro-kontra, dimana malaysia berbangga hati karna pemenangx dominan artis mereka, tapi berbeda dengan indonesia artis yang menang adalah artis yang mereka tak tahu lagunya, wajahnya, namanya, dan suaranya.satu2 nya yang terkenal “CT NURHALIZA” dan saya termasuk orang yang kecewa dg hal tsb.
      tapi tahun skrg, berbanding terbalik dimana artis indonesia yang dominan pemenangnya, SELAMAT UNTUK SEMUA PEMENANG,
      MAJU INDONESIA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    • imhafshah

      aku x puas hatilah lagu ‘Isabella’ dirosakkan dengan begitu teruk skali oleh kumpulan indo, S.T 12 masa APM09 baru ni, sakit telinga dibuatnya…. contohi Dewa 19, arranged lagu Madu Tiga tanpa merosakkan melodinya…. apa2 pun syabas kepada artis Malaysia yang menang APM09 baru ni…..muzik Malaysia tetap ‘WORLD’

    • girl40

      wahhhhhhh……tahniah ct, aizat n ayu……..korang dh banggakan warga …….m’sia……tp kt cni aku nk komen psal perangai x senonoh artis indonesia………waduh……gak ad sopan langsung………..apa kamu ingat bontot %$^$#$ cantik sangat kerrrrrrrrrr………….perangai mcm org x bertamadun………tahniah artis m’sia…..kesopanan kesantunan kemelayuan dipelihara……….satu lagi psal susunan smula lgu yang dibuat………ak dgr je lagu yg artis nyanyi mcm nk muntah darah………lgu y best tiba2 jd teruk……..kata hebat dlm pghasilan lagu???/////
      pe2 pun syabas n tahniah kpd smua pmenang>……

    • noorhayati irwansyah

      congrats tuk semua pemenang!

    • Edy borneo

      Aku tak kenal satupun artis Malaysia yg menang kcuali CT Nurhaliza..!! Kalau orang2 Malaysia kenal tak dengan artis2 Indonesia yg menang…???

    • http://akuminatnovel.newscrewd.com zeti

      tahniah kpd ct sbb mng dua anugerah popular…bunga citra lestari kalahkan ct dlm kategori artis wanita terbaik? tpi xpelah…mungkin bkn rezeki ct kot….yg pnting ct ttp no. 1 di asia

    • http://akuminatnovel.newscrewd.com zeti

      kepada edy borneo..aku langsung x knal artis indon yg mnang..
      yg klah aku knal…nape eh?

    • http://akuminatnovel.newscrewd.com zeti

      emmm.. budiey, thn nie (2010) takde apm ker… dh msuk bulan 7 nie.. xkan xde kot?

    • T_bat

      .spertinya thun ni tak da Apm, smpai skrg (bln 9) tk kunjung muncul..



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK