Senarai Pemenang Anugerah Industri Muzik 14
Apa yang saya mahu katakan di sini… jangan salah sangka, walaupun Datuk Siti Nurhaliza gagal mempertahankan gelaran Vokal Terbaik Di Dalam Album Wanita, Siti Nurhaliza tetap menang pada AIM14 semalam. Dalam erti kata lain, Siti tetap menang di hati peminat.
Jaclyn Victor tentunya berbangga kerana telah memecahkan benteng pertahanan yang dipegang selama 8 tahun berturut-turut oleh diva no satu negara itu. Syabas! Tahniah buat Jac! Ternyata Jac pada malam itu disokong padu oleh kelab peminatnya, Jacsville. Fuh memang gempaklah diorang nih.
Buat Siti, bukan senang untuk mengekalkan kejuaraan vokal terbaik selama 8 tahun. Mutu album perlu ada setiap tahun di samping mencari lagu yang sesuai dengan vokal. Tunggu tahun depan la pulak macamana…

Di sudut hati saya berkata, ala, kira dah OK dah tu, sekurang-kurangnya, nama Siti Nurhaliza masih menguasai anugerah paling penting iaitu Album Pop Terbaik dan Album Terbaik. Sebagaimana yang pemerhati dan pengulas hiburan ramal, Album Transkripsi adalah yang terbaik dihasilkan oleh Siti Nurhaliza setakat ini. Video Terbaik pun Siti tak menang jugak. Kesian kat Osman Ali… Susah tau nak buat video klip tu. Tup-tup orang lain gak menang. (Ni yang I nak marah nih! Hehe)
Tahniah! Semoga Datuk Siti akan terus menghasilkan album yang lebih bermutu dan menepati citarasa semua peminat tahun depan. Oh ya, masa dalam Dewan Merdeka tadi, saya tersenyum menerima mesej yang bernada hampa dari Mazen. Peminat nombor satu Siti Nurhaliza ini ada mengeluh yang dia sangat kecewa Siti tidak dapat menang vokal terbaik.
Berikut adalah senarai pemenang AIM14:
Artis Baru Terbaik
>Sean Ghazi
Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Lelaki)
>Reshmonu – Album: Superfine
Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Wanita)
>Jaclyn Victor – Album: Inilah…Jac
Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Album
>Raihan – Album: Tawakkal
Kulit Album Terbaik
>Marcus Ericsson (Television – Pete Teo)
Rakaman Album Terbaik
>Alip, Mamak, Omi, Kamal & Zairie (Analogi – Kristal)
Muzik Video Terbaik
>Jordan Suleiman (Lost In America – Pete Teo)
Susunan Lagu Terbaik di dalam Lagu
>Vivian Chua
Artis Inggeris Tempatan Baru Terbaik
>Kumpulan Dragon Red
Album Indonesia Terbaik
>Naluri Lelaki (Samsons – Samsons)
Album Pop Etnik Terbaik
>Syura – Album: Syahda Berdendang
Album Nasyid Terbaik
>Ahmadi Hassan – Album: Bahagia Berkasih
Album Pop Rock Terbaik
>M.Nasir – Album: Sang Pencinta
Album Hard Rock Terbaik
>Search – Album: Gothik Malam Edan
Album Pop Terbaik
>Siti Nurhaliza – Album: Transkripsi
Lagu Terbaik
>Juwita…(Citra Terindah) – Artis: M.Nasir (Komposer: M.Nasir)
Persembahan Terbaik AIM
>M. Nasir (Opening Act) Power siot first time M. Nasir menari.
Album Terbaik
>Transkripsi (Siti Nurhaliza
Saki Baki foto-foto red karpet:

Kumpulan tersohor yang diterbangkan khas dari Indonesia. Sebut betul-betul tanpa huruf G di belakang. SAMSONS. Keren banget sih!

Mawi lagi. Lagi-lagi Mawi. Ada ke dia kata Mawi ini lagenda SMS? Dia masih juara SMS. Siapa boleh rebut gelaran itu dari Mawi? Hitz 1 Final pun Mawi juara tau!

Jinbara yang membara. Semangat bara dan waja setelah ada ahli yang tiada.

Wings dengan rombongan Cik Kiahnya. Semua bawak bini. Awie je tak bawak. Kata Awie, bini aku dalam pantang. Hahaha!


Persembahan penutup daripada lagenda rock Wings & Search (Double Trouble) memang power giler. Kira klimaks AIM memang sampai ke kemuncak dengan show rock kapak yang happening dari Awie & Amy. Phewwwwiiittt. Meletop! Ka baa boooom!

Duta dan model iklan daripada penaja pun ada. Maya Karin. Anggun dan lawa. Tak ubah seperti J.Lo. Kan?

Diva Ning menghulurkan senyuman pada semua jurugambar. Sementara pengurusnya pula melilau-lilau di belakang itu. Tengah rungsingkan sesuatu agaknya.

Khairil dengan 3 orang insan yang bernama Faizal. Nganga mulut tu ya, jangan tak nganga. You all memang rocks lah!
[tags]Anugerah Industri Muzik, Foto, Gambar, Karpet Merah, Siti Nurhaliza[/tags]
Tags: Anugerah Industri Muzik, Foto Artis
Tags: Anugerah Industri Muzik, Foto Artis, Ulasan, artis, gossip, M. Nasir, Sean Ghazi, Siti NurhalizaClick on the following buttons to share this article with your friends:
Baca artikel lain yang berkaitan:



