in

Senarai Pelakon Kasut Tumit Tinggi

Nanu Baharudin sebagai Sofia dikenali dengan panggilan V
Sofia berumur 38 tahun, seorang janda yang romantik bekerja dari rumah.sebagai seorang penterjermah novel cinta. Dia popular sebagai penasihat cinta yang memberi nasihat cinta dan perhubungan di ruangan akhbar. Dia seorang yang penyayang dan amat menyayangi anaknya, Mai dan sanggup melakukan apa sahaja untuk memastikan anaknya bahagia.

Datin Norish Karman sebagai Ida
Ida berumur 38 tahun salah seorang kawan kepada Sofia. Dia dalam proses penceraian selepas mengetahui suaminya curang padanya. Akhirnya, dia teruskan hidup tanpa kepercayaan pada cinta dan lelaki. Tetapi, anaknya, Amir tetap orang yang paling dia sayang dalam hidupnya.

Amy Mastura sebagai Ros
Ros berumur 35 tahun adalah salah seorang kawan kepada Sofia. Dia tak pernah keluar dengan lelaki. Dia seorang yang pemalu dengan lelaki.

Juliana Evans sebagai Mai
Mai berumur 17 tahun, seorang yang baik hati tetapi seorang yang sarcastic. Hanya dua perkara yang menjadi kesukaannya dalam dunia iaitu ibunya dan cerita penyiasatan. Dia bangga dengan dirinya yang rasional.

Siti Saleha sebagai Farah
Farah berumur 17 tahun, seorang yang periang dan peramah. Dia rapat dengan Mai sehinggakan orang sering menganggap dia kakak kepada Mai. Dia amat meminati filem cinta dan ujian psikologi. Dia dalam diam meminati Amir, anak Ida. Dia rimas dengan peminatnya, Zam yang terlalu menunjukkan minat terhadapnya.

Renaldo Scully sebagai Amir
Amir berumur 17 tahun seorang yang pemberontak. Dia menyayangi ibunya tetapi dalam masa yang sama menyalahkan ibunya atas penceraian.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

TUJUKAN LAGU KEPADA YANG TERSAYANG DENGAN DIGI MUSIC STORE

Sinopsis Filem Sifu & Tongga Lakonan Fouziah Gous, Saiful Apek & Nabil Raja Lawak