Senarai Nama Top 12 One In A Million Musim Ke-2
One In A Million Semakin Hangat dengan Top 12!
One In A Million dengan bangganya mempersembahkan senarai nama Top 12 yang akan meneruskan perjuangan selepas berhempas pulas dalam beberapa sessi kelayakan di antara beribu-ribu penyertaan. Finalis Top 12 akan mula berentap SECARA LANGSUNG, pada setiap hari Jumaat bermula 21 Disember 2007 ini pada jam 9.30 malam di 8TV.
12 peserta yang tersenarai ialah: Nur Shahila (Shila), Norayu Bamit (Ayu), Tunku Tiara Yasmin Sofia (Tiara), Siti Sarah (Sarah), Ungku Intan Sarafina (Intan), Nor Azrinna (Rina), Joni Tham Chi Won (Joni), Khairullah Ezuan (Iz), Shone Eric Jr. Majimbun (Shone), Shajiron (Rony), Abraham Edwin Dungot (AB), Mark Glenn Malim (Mark),
Semasa pusingan kelayakkan ‘kalah-mati’, para peserta dikehendaki melalui cabaran yang memerlukan mereka dipasangkan menjadi 10 pasangan dan bersaing sesama sendiri. Dari situ, sepuluh orang pemenang dikenalpasti manakala baki dua orang lagi peserta dipilih melalui pilihan juri.

“Para juri menghadapi kesukaran untuk memilih peserta Top 12,” ujar Ketua Pegawai Eksekutif di 8TV, Encik Ahmad Izham Omar. “Pertandingan akan menjadi lebih sengit dan hangat apabila peserta Top 12 mula bertanding SECARA LANGSUNG di 8TV. Anda juga boleh mengikuti siaran ulangan di 8TV pada setiap hari Rabu, jam 10.30 pagi dan di TV3 pada setiap hari Sabtu, jam 5 petang,” jelas Izham.
Sebagai tambahan kepada persembahan SECARA LANGSUNG, episod diari mingguan yang dinamakan “One In A Million Inside Out” akan bersiaran pada setiap hari Khamis bermula 27 Disember 2007 ini, jam 9.30 malam di 8TV. Episod diari ini akan memaparkan aktiviti kelas vokal, tarian dan juga persiapan menghadapi media. Rancangan “One In A Million Inside Out” akan diulang pada setiap hari Rabu, jam 10 pagi di 8TV.
Sama seperti pada musim pertama One In A Million, para penonton bukan sahaja berpeluang untuk mengundi masuk peserta yang digemari tetapi juga mengundi keluar peserta yang kurang digemari dari pertandingan ini.
Bagi memastikan keadilan dan kelancaran di dalam proses undian, 8TV menyediakan dalam dua bahasa, Bahasa Malaysia dan Bahasa Melayu. Undian boleh dibuat melalui SMS atau talian tetap.
Untuk mengundi masuk peserta:
Hantar YES <jarak> NAMA atau YA <jarak> NAMA ke 33399 atau 33838 atau DIAL nombor talian tetap yang akan tertera semasa rancangan langsung
Untuk mengundi keluar peserta:
Hantar NO <jarak> NAMA atau TIDAK <jarak> NAMA ke 33399 atau 33838 atau DIAL nombor talian tetap yang akan tertera semasa rancangan langsung.
Sebagai penaja utama rancangan ini, Streamyx kini menyediakan laman web rasmi http://oneinamillion.bluehyppo.com yang membolehkan para peminat rancangan One In A Million untuk mendapatkan maklumat-maklumat dan informasi terkini seperti paparan video-video di sebalik tabir, sesi ujibakat, galeri gambar, forum untuk bertukar-tukar pendapat, kertas dinding komputer, blog dan juga pembelian barang-barang cenderahati One In A Million secara online. Manakala, Acer selaku rakan penaja berbesar hati untuk menyediakan peralatan-peralatan komputer semasa rancangan siaran langsung diadakan.
Para peminat rancangan ini harus terus mendengar pengumuman dari semasa ke semasa melalui radio rasmi rancangan ini iaitu HOT FM dan FLY FM serta pengumuman terbaru dari 8TV tentang cara-cara untuk mendapatkan tiket masuk secara eksklusif. Selain itu, para peminat juga boleh melayari laman web rasmi http://oneinamillion.bluehyppo.com untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang hadiah-hadiah dan tiket-tiket eksklusif yang ditawarkan oleh pihak penganjur. Tiket masuk PERCUMA ini juga boleh didapati dari Pondok Pengawal Sri Pentas, Bandar Utama pada setiap hari Isnin hingga Jumaat pada waktu bekerja pada setiap minggu bermula 17 Disember 2007.
Pelbagai aktiviti promosi telah dirancang di bandar-bandar besar bagi menghangatkan lagi program One In A Million ini. Para peminat boleh mengambil kesempatan ini untuk bertemu secara dekat dengan finalis kegemaran mereka.
Jadual promosi bergerak One In A Million :
15 Dis - Subang Parade, Subang Jaya
29 Dis - Selayang Mall, Kuala Lumpur
5 Jan - Seremban Parade, Seremban
12 Jan - Plaza Alam Sentral, Shah Alam
19 Jan - Gurney Plaza, Penang
26 Jan - Kuantan Parade, Kuantan
2 Feb - The Summit, Subang Jaya
16 Feb - Berjaya Times Square, Kuala Lumpur
23 Feb - Cineleisure, Damansara
Sila layari http://oneinamillion.bluehyppo.com untuk keterangan lanjut.
Technorati Tags: One In A Million, Nur Shahila, Shila, Norayu Bamit, Ayu, Tunku Tiara Yasmin Sofia, Tiara, Siti Sarah, Sarah, Ungku Intan Sarafina, Nor Azrinna, Rina, Joni Tham Chi Won, Khairullah Ezuan, Iz, Shone Eric Jr. Majimbun, Shajiron, Rony, Abraham Edwin, Dungot AB, Mark Glenn Malim, rancangan 8tv, jadual oiam, harijadi deja moss bertudung, marriages, middlesex university, pemuda umno, website oiam, bluehyppo portal, cara undian, blog, winner, juara oiam 2, tiket percuma
Tags: 8TV, One In A Million, Abraham Edwin, Ayu, blog, bluehyppo portal, cara undian, Dungot AB, harijadi deja moss bertudung, Iz, jadual oiam, Joni Tham Chi Won, juara oiam 2, Khairullah Ezuan, Mark Glenn Malim, marriages, middlesex university, Nor Azrinna, Norayu Bamit, Nur Shahila, pemuda umno, rancangan 8tv, Rina, Rony, Sarah, Shajiron, Shila, Shone Eric Jr. Majimbun, Siti Sarah, Tiara, tiket percuma, Tunku Tiara Yasmin Sofia, Ungku Intan Sarafina, website oiam, winnerBaca artikel lain yang berkaitan:







December 19th, 2007 at 12:05 am
go shahila .. go intan sarafina =p
December 24th, 2007 at 2:27 pm
lagu tu biarlah betul2 ya…….gud luck 4 u all
December 29th, 2007 at 1:26 am
shahila,u bagus..i dah mula admire u…gud luck!!
January 31st, 2008 at 8:16 am
akum..saya minat shila…go go shila
February 2nd, 2008 at 10:50 am
Ab ok, dia ada package untuk jadi penghibur serta boleh pergi jauh dalam bidang seni suara hingga ke peringkat antarabangsa dengan kebolehan dia serta bakat yang lahir dari keluarga.
February 11th, 2008 at 1:22 pm
suka Ab dan Ayu….shahila juga bagus, sarah memang sedia bagus….good luck!
February 23rd, 2008 at 11:34 pm
BEST LA AYU,SHILA&SARAH…GOOD LUCK UTK SEMUA…
February 29th, 2008 at 9:57 pm
shila memang best
March 9th, 2008 at 5:33 pm
shahila U mmg bgus…. wlaupon U x mng… good luck shahila!!!