in

Senarai Nama Tenaga Pengajar Akademi Fantasia 6

Petang tadi, Budiey sempat meluangkan masa untuk mengikuti satu majlis sidang media Akademi Fantasia – Memperkenalkan 8 Orang Tenaga Pengajar di Hotel Grand Millenium, Bukit Bintang. Macam korang semua dah tahu, hari tu AC Mizal diumumkan jadi hos AF6 dan siang tadi, 2 muka baru AF diperkenalkan iaitu Anita Sarawak dan Genervie Kam. Lepas ni, Astro akan umumkan para pelajar pula. Yang ni Budiey tak sabar nak tengok, siapa agaknya yang akan jadi mangsa. Hehe.

Sebenarnya, tujuan Budiey ke sana untuk berjumpa Malia, wartawan hiburan dari Kosmo yang ingin menemubual Budiey berkenaan dengan dunia blogger dan seni hiburan untuk ruangan Artisan – Kosmo Ahad. Kepada pembaca Sensasi Selebriti, jangan lupa untuk mendapatkan Kosmo Ahad pada 2 Mac ini untuk membaca temubual tersebut. Terima kasih.

Lihat pada senarai, bermakna ada 2 orang sahaja yang berjantinakan lelaki iaitu pengetua Ramli MS dan Jasmi Rejab (lelaki la sangat!). Nampaknya memang AF6 dimonopoli oleh perempuan-perempuan yang berilmu dan berwibawa gitu kan. Pelajar pula akan ada 6 lelaki dan 6 perempuan. Tunggu aje pengumuman para pelajar pula 2 minggu akan datang iaitu 10 Mac ini. Banyak lagi kezutan menanti peminat AF!

  1. Kak Nita – ajar seni persembahan pentas
  2. Genervie Kam – ajar vokal dan muzik.

6 orang guru yang lain adalah muka lama iaitu:

  1. Siti Hajar Ismail – guru vokal teknikal
  2. Syafizawati Sharif – guru vokal persembahan
  3. Linda Jasmine – guru koreografi
  4. Fauziah Nawi – guru seni persembahan
  5. Fatimah Abu Bakar – perunding motivasi dan guru bahasa Inggeris
  6. Jasmi Rejab – perunding fesyen dan imej

Semua hadir tadi kecuali Jasmi Rejab. Tadi pun ada kejutan… hehehe AF kan tak lepas dari elemen kezutan, kan… Macam tadi, tiba-tiba je ada kek hari jadi serentak dengan nyanyian lagu selamat hari jadi untuk meraikan hari jadi Cikgu Siti Hajar. Selamat Hari Jadi, cikgu!

Siapa Genervie Kam
Genervie Kam pula walaupun muka baru pernah melibatkan diri sebagai pemuzik dalam rancangan Anugerah Era dan Ikon. Genervie juga pernah menjadi pengarah muzik untuk pelbagai persembahan termasuk Heart to Heart Charity concert dan Mercedes S Class. Beliau turut menimba pengalaman bekerjasama dengan artis tempatan dan luar negara seperti Jacky Cheung, Stefanie Sun, Harvey Malaiholo, Jericho Rosales dan Maksim. Mmm… hebat juga ni!

Apa Tugas Genervie?
Genervie akan mengajar para pelajar dalam mengenali pelajaran asas muzik dan menyesuaikannya dengan teknik pernafasan, lontaran suara dan lain-lain.

Rasanya korang dah tahu siapa Kak Nita. Tak perlu Budiey tulis di sini satu persatu. Yang pastinya, Budiey rasa kehadiran Kak Nita akan memberi satu suntikan baru dalam AF6. Kak Nita memang dulu pernah bercita-cita nak buat sekolah akademi seni persembahan. Jadi, dengan adanya AF6 sebenarnya menjadi satu platform dan membuka peluang untuk Kak Nita untuk melihat perkembangan student dari A to Z.

Nama-nama besar dalam AF6 ini diketengahkan oleh Astro untuk menjadikan program ini lebih digemari dan seronok untuk ditonton. Bercakap pasal kos untuk membeli tenaga pengajar, rasa Budiey mesti mahal dan tinggi sebab tengoklah sendiri senarai tenaga pengajar. Semua guru ini dipilih sendiri oleh Ramli MS.

af6

Apa Yang Menarik Dalam AF6?

  1. Konsep Siaran Diari AF6 akan berbeza. Tidak lagi klise di mana suntingan akan dibuat secara lebih padat dan ada pengisian baru. Bubling dah tak main dah katanya!
  2. Banyak elemen baru akan diketengahkan.
  3. Tiada lagi ulangan pembelajaran yang sama seperti AF yang lalu. Kalau ada gak, mesti bosan giler!
  4. Latihan vokal akan lebih diberi penekanan. Mungkin pelajar akan dipaksa buat sesuatu yang diluar kemampuan mereka?
  5. Cikgu Safi akan memantau apa yang diajar oleh Cikgu Siti Hajar.
  6. Cabaran mengajar pelajar yang berusia lanjut sehingga 48 tahun? Its gonna be fun? Macamana agaknya bila nenek akan ajar nenek belajar nyanyian?
  7. Bagaimana agaknya bentuk kareografi tarian Menuju Puncak untuk disuaikan dengan usia pelajar? Ada kompromi? BIG NO! No kompromi at all!

Kepada Kak Nita dan Genervie, Welcome to AF6!

[tags]kak nita, genervie kam, Jacky Cheung, Stefanie Sun, Harvey Malaiholo, Jericho Rosales, Maksim, kereta mercedes, car, tips jaga suara, seni persembahan, kursus nyanyian, thongs[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sekitar Konsert Hot FM Big Jam 2008

Tiket Konsert Final One In A Million OIAM Untuk Peminat Shila