in

Senarai Nama Peserta Idola Kecil Musim Ke 3

Pada jam 3 petang tadi, TV9 – saluran Di Hatiku telah mengumumkan senarai 10 peserta yang akan bertanding dalam Idola Kecil musim ke-3. Majlis sidang media yang berlangsung di Ecoba, Menara Bata, Mutiara Damansara itu juga turut dihadiri tenaga pengajar Idola Kecil 3 iaitu Cikgu Alfa Booty (komposer), Cikgu Delly (vokal) dan Cikgu Affizal (tarian) dan Atilia sebagai juri tetap.

Idola Kecil 3 masih mengekalkan hos iaitu Alif Satar.

Untuk info pembaca, Idola Kecil 3 akan disiarkan setiap hari Sabtu, jam 9 malam, mulai 6 November 2010 ini. Pada tahun lalu, Idola Kecil musim kedua telah meraih penonton sehingga 2.3 juta pada konsert akhir sementara 1.2 juta bagi episod mingguan.

Budiey nak ucapkan tahniah kepada 10 finalis yang bakal berentap untuk musim ini iaitu:

  1. Nurhamilya Adiba Bt Hamzaidi – Adiba
  2. Muhammad Afif Bin Abdul Halim – Afif
  3. Farra Noradzlina Bt Safwan – Farra
  4. Nor Harris Alif Bin Nor Rashidi – Harris
  5. Angelica Paujin – Angel
  6. Abdul Hadi B. Abdul Mazlan – Hadi
  7. Nor Balqis Bt Ahmad Tajudin – Balqis
  8. Nadeera Allysha Bt Aminudin – Deera
  9. Shazlin Bt Salamat – Shazlin
  10. Puteri Aszfaryna Khareeza – Puteri

Selamat maju jaya buat semua!

Jangan lupa layari: www.tv9.com.my/idolakecil3. Menangi hadiah menerusi Hot FM yang juga merupakan radio rasmi bagi Idola Kecil 3.

Idola Kecil 3

Idola Kecil 3

Idola Kecil 3

Idola Kecil 3

Idola Kecil 3

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Berjayakah Revolusi Rombakan 2011 Memperkasakan Radio Hot FM

Come Home Alive