Senarai Nama 25 Peserta Anak Wayang Astro
DI SINI BERMULA…LAHIRNYA SATU BINTANG…
Anak Wayang memperkenalkan 25 peserta yang bakal berentap
Setelah mengujibakat lebih dari 4,000 calon-calon yang hadir dalam sesi ujibakat di tiga buah negeri pada bulan April baru-baru ini, 25 orang daripada mereka telah berjaya disenarai pendek setelah melalui proses pemilihan yang teliti. Senarai peserta-peserta yang berjaya untuk bertanding bagi merebut lima watak yang telah ditetapkan akan diumumkan dalam program Dialog Anak Wayang yang akan bersiaran pada hari Jumaat, 29 Mei 2009, jam 9.30 malam di Astro RIA (Saluran 104).

Menurut Pengurus Saluran Astro RIA (saluran 104), Encik Khairul Mizan Shagul berkata, “Pihak produksi terpaksa melakukan proses pemilihan yang sangat teliti dengan mengambil kira semua aspek penting seperti bakat dan rupa paras yang bersesuaian agar kami tidak terlepas pandang kepada calon-calon yang benar-benar berbakat.
Kami berasa bangga apabila dapat menggunakan platform ini untuk mencungkil bakat lakonan bakal perintis yang tidak mustahil boleh mengharumkan nama negara di persada antarabangsa seperti anak watan kita, Dato’ Michelle Yeoh.
25 orang peserta yang telah disenarai pendek ini dipilih berdasarkan kekuatan untuk membawa lima watak yang dirasakan sesuai dengan peribadi masing-masing.”
25 orang peserta ini dibahagikan kepada lima buah kumpulan yang akan bertanding pada setiap minggu untuk merebut watak Jururawat, Mekanik, Pengurus acara, Kuncu samseng dan Pembantu peribadi.
Peserta-peserta yang bertanding untuk merebut watak jururawat ialah DAYANA (Nur Dayana Kamsun Baharin, 18, Kuala Lumpur), DELINA (Norria’adelina Abdullah, 22, Kedah), FEEYA (Nor Shafiza Iskandar Azizan, 20, Johor), JUWITA (Juwita Haniem Rahmat, 23, Pulau Pinang) dan WIDYA (Widya Irani Mohd Nasir, 26, Pahang).
Manakala peserta-peserta yang akan bertanding untuk watak mekanik pula ialah AFZAN (Afzan A. Rahman, 27, Pahang), AMAR (Amar Mohd Baharin, 24, Kuala Lumpur), BIEL (Syed Hasan Nabil Al-Habshi, 21, Pulau Pinang), LAN (Mazlan Mokhtar, 26, Pahang) dan LOKMAN (Lokman Sokran, 34, Johor).
EIZ (Faizatul Akmal Abdullah, 22, Kedah), FIZZ (Mohd Hafiz Firdaus Hj Mohd Noor, 22, Kedah), HAIRI (Mohd Hairi Safwan Aznan, 21, Kedah), MAI (Maisarah Sojangi, 19, Selangor) dan MEOKI (Meoki Tong May Lan, 30, Pulau Pinang) pula akan terus melakukan lakonan terbaik mereka bagi merebut watak pengurus acara.
Watak kuncu samseng pula akan direbut oleh HAFIZ (Hafiz Halim, 21, Selangor), MSREZA (Mohd Shah Rezza Abdul Rahman, 24, Johor), MURSHED (Rosli Mohd Nor, 34, Pulau Pinang), YANZ (Afian Gima, 31, Johor) dan YUZZ (Yufazli Yusof, 26, Perak).
Sementara itu, ALYNN (Noor Arlinda Lajis, 23, Johor), MIA (Nuramirah Mohd Kamil, 19, Kelantan), NURIN (Nurin Aziyana Jamali, 21, Johor), REEN (Fyzreen Damira Ahmad Farid, 22, Pulau Pinang) dan RUBY (Ooi Nor Wen, 22, Perlis) akan terus bertanding untuk merebut watak pembantu peribadi dalam drama bersiri Kecuali Cintamu.

Pada setiap minggu, para penonton dapat melihat perkembangan lima orang peserta berlatih untuk menghayati satu watak yang telah ditetapkan dalam program diari; Sesi Anak Wayang (Isnin – Rabu). Para peserta kemudian perlu meyakinkan pihak juri akan kebolehan bakat lakonan mereka di dalam program Pentas Anak Wayang pada setiap hari Jumaat. Hanya dua orang peserta terbaik pilihan juri yang layak untuk diundi nasibnya.
Para penonton akan diberi kebebasan untuk memilih peserta yang dirasakan paling layak untuk membawakan watak pilihan pada minggu itu dengan mengundi melalui sistem SMS bermula pada hari Jumaat, jam 10.30 malam sehingga hari Ahad, jam 12.00 tengah hari.
Keputusan undian SMS akan hanya diketahui dengan menonton drama bersiri Kecuali Cintamu, pada hari Isnin, jam 8.30 malam di Astro PRIMA (saluran 105). Peserta yang mendapat undian tertinggi secara otomatik akan berlakon dalam drama bersiri itu sehinggalah watak itu dimatikan atau dikembangkan pada minggu-minggu yang akan datang.
“Pada setiap minggu, kami ingin memberi penumpuan kepada watak-watak yang ingin dikembangkan. Para penonton dapat melihat perkembangan watak jururawat pada minggu pertama, watak mekanik pada minggu kedua, watak pengurus acara pada minggu ketiga, watak kuncu samseng pada minggu keempat dan watak pembantu peribadi pada minggu kelima.
Secara tidak langsung, para peserta akan lebih fokus dengan pembelajaran yang akan diketengahkan oleh tenaga pengajar. Bukan itu sahaja, para penonton juga boleh memanfaatkan ilmu-ilmu lakonan bagi menghayati sesuatu watak pada setiap minggu sekaligus menyokong inspirasi kami iaitu mendidik sambil berhibur,” ujar Khairul lagi.
Pelakon lelaki terbaik di Festival Filem Malaysia ke-20; Rusdi Ramli telah diberi kepercayaan untuk mengacarakan rancangan Pentas Anak Wayang dan Bintang Harapan Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-17; Fazura pula akan mengacarakan rancangan Dialog Anak Wayang dan Sesi Anak Wayang.
Bagi menjayakan musim sulung projek Anak Wayang ini, CANON hadir menghulurkan sokongannya selaku rakan penaja, radio ERA selaku radio rasmi dan portal hiburan rasmi; murai.com.my terus hadir bagi menyemarakkan lagi projek mega Anak Wayang musim pertama ini.
Untuk keterangan lanjut, layari laman web rasmi www.astro.com.my/anakwayang atau tekan butang merah “R” di alat kawalan jauh anda.
Jangan lupa untuk menyaksikan program-program realiti hebat Anak Wayang iaitu Sesi Anak Wayang pada setiap hari Isnin – Rabu, 9.30 malam dan Pentas Anak Wayang pada setiap hari Jumaat, 9.30 malam yang akan bersiaran di Astro RIA (saluran 104) dan drama bersiri; Kecuali Cintamu yang merupakan elemen penting dalam kesinambungan projek mega ini di Astro PRIMA (saluran 105) pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, 8.30 malam selama satu jam.

Baca artikel lain yang berkaitan:














May 31st, 2009 at 9:58 pm
semoga peserta2 anak wayang dapat menjadi pelakon yang berkaliber dan menjadi idol pada anak2 muda era kini..sukses selalu
June 1st, 2009 at 12:20 am
semoga para peserta anak wayang dpt membetulkn niat..
June 3rd, 2009 at 11:05 am
akoo suka sama anak wayang……from labuan
June 6th, 2009 at 12:46 pm
dah tengok pentas anak wayang semalam, mmg ok.
ada dua tiga peserta yang memang berbakat.
tahniah!
June 26th, 2009 at 11:17 pm
sedang menonton pentas anak wayang utk minggu ke-empat kuncu samseng..
memang hebat..tetapi kami sekeluarga masih lebih berminat utk minggu ketiga..kerana terdapat satu satunya anak malaysia yg berbangsa cina yg sudi menyertai pertandingan ini..
tetapi malangnya nasib terletak kpd perserta yg lain..ada sedikit kurang adil and sememangnya hairi dan meoki terpilih utk pusingan tersebut tetapi malangya rezeki terletak kpd seorang gadis jelita yg tidak berbakat langsung..
memang tidak faham bagaimana juri juri ini memberi komen…
nasihat kpd juri juri..pls watch more international show..as we think this contestant did a good job but instead komen frm this 3 jury very sucks..
which membuat kita tidak berminat utk meneruskan menonton rancangan ini..
July 7th, 2009 at 1:47 pm
minat giler kt khairi
August 4th, 2009 at 9:54 am
tahniah hairie krna b’jya mnjd juara..
sy mmg minat sgt kt hairie ni… truskn usha spya mnjd seorg pelakon yg terkenal…
August 30th, 2009 at 11:01 pm
aku sebenarnya bangga sebab salah seorang schoolmate aku join ank wyg ni…mia..aku pnh blajar skali ngan die..die mmg brbakatlah!!l
September 16th, 2009 at 10:46 am
walaupun amar tak msuk final,,,tpi sye ttap sokong dia sbagai ANAK WAYANG MALAYSIA!!!!