Teknik Memikat Melalui Sains!!!


Home HOME | My Jurnal | My Few.net | Foto Blog | Tips Money | Who Linked Me | Enter-tainment | Hubungi | Arkib | Bookmark (Ctrl+D)

























[ Lebih 20 ribu pembaca setiap hari! Iklankan produk anda di Sensasi Selebriti! Klik Sini! ]





Senarai Lagu Untuk Konsert Ke-5 Akademi Fantasia 5

Senarai lagu-lagu untuk Konsert Akademi Fantasia minggu ke-5:

  1. Dafi - Bibir Mesra Jiwa Parah (Zam Zam)
  2. Heliza - Diam-Diam Jatuh Cinta (Ramlah Ram)
  3. Shawal - Cinta Tak Karuan (Amigos)
  4. Dekna - Unfaithful (Rihanna)
  5. Rizal - Pada Syurga Di Wajah Mu (Nash)
  6. Mila - Puncak Kasih (Ziana Zain)
  7. Ebi - Layu Sebelum Berkembang (Broery Marantika)
  8. Aswad - 60’s TV (OAG)
  9. Aizat - Itu Kamu (Estranged)
  10. Candy - Berdua Lebih Baik (Acha Septriasa)
  11. Lagu bonus untuk semua pelajar: Aakhein Khuli nyanyian Lata M., Shweta Pandit, Sonali Bhatawdekar, Pritha Mazumdar, Udit N & Udhbav

Budiey teruja sekali melihat senarai lagu untuk konsert AF pada Sabtu ini. Banyak lagu yang bagus dan menarik termasuklah lagu hindustan sebagai lagu bonus. Saya meramalkan konsert kelima nanti akan lebih gempak daripada minggu-minggu yang sudah kalau kena cara dan gaya.

Sedikit Analisa: Kemampuan & Keserasian

Percubaan Dafi mewarnakan irama 60an Bibir Mesra Jiwa Parah sesuatu yang saya nantikan. Penonton mahu melihat Dafi bergerak dan menari ala pop yeh yeh dengan lebih lincah, sharp dan mantap lagi untuk lagu dari penyanyi Zam Zam. Cabaran Dafi bukan pada menghafal lirik kerana liriknya memang sedikit. Hanya 4 rangkap sahaja. Masalah utama Dafi ialah vokal. Bagaimana pula dengan vokal Dafi untuk irama pop yeh yeh kali ini? Anda kira & bayangkanlah sendiri bagaimana?

Diberi lagu Ramlah Ram kepada Heliza seperti memberi gula-gula manis kepada Heliza. Amat senang rasanya untuk Heliza. Cuma perlu ada karakter seksi dan menggoda sikit. Walaupun lagu Diam-Diam Jatuh Cinta tidak berapa mencabar, namun saya ingin melihat Heliza membina identitinya sendiri. Lari daripada bayang-bayang Ramlah Ram dan juga lenggok Siti Nurhaliza. Minggu lepas, saya agak kecewa dengan Heliza kerana tidak memberi sesuatu yang WOW untuk lagu Torn. Susah juga kerana lagu pun tak berapa sedap, kan?

Shawal pula diuji dengan lagu dangdut dari Amigos yang popular di zaman 80an. Pilihan yang bijak. Lagu Cinta Tak Karuan tak sah kalau tak bergelek dan ada attitude yang lebih agresif. Shawal perlu ada stamina yang lebih. Soalnya, mampukah Shawal melakukan ’da boom’ setanding dengan lagu sebelum ini, Kenangan Mengusik Jiwa?

Peminat Dekna -  Fan Club

Peminat dan Kelab Peminat Penyokong Dekna lengkap dengan sepanduk, banner dan memakai baju T Dekna Fan Club. Foto diambil sebelum konsert minggu ke-4 bermula.

Dekna memilih lagu Inggeris yang berirama perlahan yang tengah top. Lagu favorite saya juga. Cabaran utama Dekna sudah tentu untuk menghafal lirik yang panjang dan membaiki sebutan. Saya ingin sangat Dekna membawa dengan gaya yang lebih kreatif. Bukan setakat dapat menghayati lagu, malah Dekna perlu merancang plan dan graf persembahan agar lebih dramatik dan menyentuh hati penonton. Setakat berdiri macam stail dulu, baik tak payah! Stail tu dah basi!

Lagu Nash untuk Rizal bukan calang-calang sebab lagu tu ada nada tinggi masa korus. Silap-silap boleh terkucil. Begitu juga dengan lagu untuk Mila. Lagu Puncak Kasih memang sesuai dengan Mila. Saya rasa Mila pasti boleh buat punya. Sementara lagu untuk Ebi, Layu Sebelum Berkembang hanya sebuah lagu yang biasa-biasa dan tidaklah mencabar sangat untuk Ebi. Hanya perlu kawal suara dan feel (kecewa, melankolik & sedih) agar sampai kepada penonton. 

Aizat happy giler sebab mendapat ‘makanan ringan’ nya. Siap boleh peluk-peluk mesra dengan si Ebi. Sesuai sangat dengan range vokal kasar yang dimiliki Aizat. Dahlah lagu Itu Kamu tengah menjadi siulan dan masih segar macam ikan kat pasar. Rentak lagu pop rock ini sangat catchy. Saya rasa sekali lagi Aizat boleh menggamatkan Dewan Sivik. Saya yakin Aizat boleh buat.

Berbeza pula dengan Aswad yang mendapat lagu yang sukar. Ini baru betul cabaran namanya. Sampai bila Aswad perlu terselamat dengan membawa lagu genre slow rock kapak tu? Harap Aswad lebih agresif macam dia buat masa nyanyi lagu Nak Kahwin Duit Takde. Over pun overlah. Tak pe! Asalkan pandai guna pentas dan ruang.

Tak sah kalau takde lagu Indonesia, kan? Jadi, Candy rasanya happy dengan lagu Acha Septriasa ini. Lagu yang catchy dan mesra di telinga pendengar. Apalagi yang Candy mahukan? Dia hanya perlu menyanyi & suara Candy cukup lantang dan hebat. Entah-entah, Candy mampu nyanyi lebih sedap daripada penyanyi asal.

Lagu bonus untuk semua pelajar cuma untuk melihat warna-warni kepelbagaian suara dan persembahan. Tengoklah sahaja bagaimana persembahan pelajar minggu ini. Saya ni hanya suka-suka buat analisa berdasarkan pada pemerhatian showmanship mereka dan kemampuan mereka sebelum ini. Itu sahaja.

Nota Budiey: Diari malam ini sangat membosankan. Perlu ke Heliza, Shawal, Dekna dan Aswad dihantar ke Balai Bomba? Apa relevan atau kaitannya dengan pembelajaran seni persembahan & seni suara? Kan lebih baik mereka dihantar ke studio rakaman atau ke konti radio atau stesen TV? Apa kata anda?

Tags: , , , , , , , , , , , , , , ,

Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Konsert Mingguan Akademi Fantasia Di Istana Budaya?
  • Senarai Penuh 14 Nama Pelajar Akademi Fantasia 6
  • Senarai Lagu Untuk Konsert Pertama Akademi Fantasia 5
  • Senarai Lagu Ujibakat Akademi Fantasia ke-6
  • Lagu Konsert Akhir Akademi Fantasia 5
  • Foto Marsha, Kefli, Fitri, Bob, Nurul, Reza di Konsert Akademi Fantasia 5
  • Lagu Konsert Akademi Fantasia 5 - Minggu ke 9
  • Saida AF6 Kena Badi & Konsert AF6 di Istana Budaya
  • Konsert Final Akademi Fantasia Tidak Patriotik?
  • Senarai Semua Lagu Konsert Akhir AF5



  • 13 Komen untuk entri “Senarai Lagu Untuk Konsert Ke-5 Akademi Fantasia 5”

    1. affanazami kata:

      Hello, Hi Mr. Budiey! I nvr thot, REALLY u wud read my journal! n tak TERCAPAI akal pun u will add a comment! Haha, It feels great! Thanks. I memeng suke bace ape yg tulis ni. U tak sound bias+gle glemer mcm some of wartawan hiburan in mALAYSia.. SERIOUSLY! Thank you! I will always support Sensasi Selebriti!

    2. Budiey kata:

      Hi Affanazami, terima kasih kembali. Terima kasih sebab sudi support Sensasi Selebriti… pembaca macam you buat I lebih bersemangat untuk menulis dan memberi yang terbaik.

    3. pakcik MMA kata:

      budiey,
      lagu banyak best.
      tak sabar nak dgr ebi nyanyi lagu layu sebelum berkembang tu.
      Lagu unfaithful pun ada tuu.
      Mesti best.
      Harap2 dorang perform ok.
      Hehee

    4. sodep kata:

      teruja dengan lagu yang shawal nyanyi dalam diari waktu feeling sorang sorang depan cermin dengan kasot nonie tu… apa apa tu ek…

    5. Well kata:

      “Apa relevan atau kaitannya dengan pembelajaran seni persembahan & seni suara? Kan lebih baik mereka dihantar ke studio rakaman atau ke konti radio atau stesen TV? Apa kata anda?”

      ….aku rase ini utk pelajar-pelajar membuka minda supaya semangat kerjasama, ketahanan diri dlm menghadapi apa jua rintangan….. terutama c Aswad… kan dah nampak tak ada sifat tolong kawan…kecian heliza… my 2 cent!!!

    6. mazen kata:

      mazen tak dpt tgk konsert af la…

      nasib baik ada review dr malique, pakcik mma dan sultan muzaffar. 3 blog ni mazen mesti buka setiap hari isnin. coz nk dptkan review n komen dr blog korang. mazen btul2 hargai.

      utk konsert kali nie harap2 dekna dpt bawak lagu unfaithful tu dgn baik. lagu tu mazen suka nyanyi kat karoke. lagu yg shawal nanyi nanti pun best gak. he he he…

      60’s TV for me, aswad tak yah risau sgt. lagu tu kan rancak mesti boleh bawak punyer. Cuma utk aizat, slalu dapat lagu yg mmg dah biasa sgt d dengar. kenapa ek? rezeki dia kot. aizat mmg tak b’masalah utk nyanyi lagu tu kan.

      all the best utk mereka…

      for malique… mazen sentiasa menyokong blog ni sampai bila2. cheewahh.. he he he mcm dah jatuh cinta jer mazen skarang ni tau. teruskan perjuangan…

    7. affanazami kata:

      apepun, PUNCAK KASIH mesti ditunggu! jgn la mila rosakkan…=/

    8. mazen kata:

      sapa nak tumpangkan mazen tgk konsert af? mazen teringin nak tengok. huhuhu…

    9. Budiey kata:

      Well, habis la jatuh si Aswad. Ntah2 dia yg terkeluar minggu ni… ayoyo!
      Affanazami, Puncak kasih tu rasanya lagu dia berat sangat… susah gak tu.
      Mazen, jom la, tapi beli tiket dulu RM20 je…. tapi kalau tak puas hati dengan konsert tu jgn marah Budiey… eheheheh

    10. mazen kata:

      aswad ada masalah ker nak nyanyi lagu tu? bak sini mazen nyanyi utk dia. he he he… kat ofis slalu gak jamming lagu ni. kekadang cikgu siti hajar berkerut kening dengar budak pompuan sekor ni suka sgt lagu 60’s TV tu.

      budiey, mazen tak reti la nak cari tiket tu. mmg teringin jgk nak tgk secara live. kepuasan tu mesti ada kan… nanti mazen usaha. budiey slalu tgk live. mazen cemburu tau… he he he…

      kesian nyer aku… hu hu hu…

    11. Izham kata:

      gue terlepas itu konert

    12. EYMON kata:

      ASKUM…SYAWAL BEST GILER LA..KALAU KITE JUMPA SYAWAL NANTI…SAYA NAK MINTAK DIA JADI ABG ANGKAT SAYA LA..HE…NANTI SAYA NAK MASUK AF JUGAK..CEWAHH….

    13. Honeybee kata:

      “Diam .. diam, brpandangan .. mata brtentang mata .. Malu .. malu aku malu .. kau buat begitu!” .. Asyikkkkkkk!!!

    Sila tinggalkan komen anda di sini:




























































































































































































































































































    Support Our Sponsors:
















    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by MERCUMAYA.NET