Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik-Muzik 2009
Pada jam 4.30 petang tadi, telah berlangsung sidang media pengumuman lagu-lagu yang berjaya memasuki Separuh Akhir Muzik-Muzik di perkarangan Sri Pentas. Sebanyak 30 lagu yang telah berjaya memasuki pusingan separuh akhir Muzik-Muzik telah diumumkan dan artis serta wakil telah mencabut undi giliran.
Mereka adalah:
6 Nov
1. Mirage (Pesawat)
2. Kau Aku (Aizat)
3. Dia, Aku dan Kamu (Nadia & Red Peanut)
4. Oh Anok Anok (Reshmonu)
5. Tak Mungkin Kerna Sayang (Alyah)
6. Aku Scandal (Hujan)
7. Enjut (Noraniza Idris)
8. Gila (Mila)
9. Dan Sebenarnya (Yuna)
10. Raja Gelek (One Nation Emcees)
11. Bertamu Di Kalbu (Jaclyn Victor)
13 Nov
1. Aurora (Estranged)
2. Seadanya Aku (Nubhan)
3. Tahu Tak Tau Joget (Jinbara)
4. Ku Pinjam Satu Bintang (Alyah & Riz)
5. Fikirlah (Aizat)
6. Khatimah Cinta (6ixth Sense)
7. Bengang (Akim)
8. Aku Rindu Sayang Kamu (Black)
9. Pari-Pari Di Bawah Angin (Meet Uncle Hussain)
10. Benar-Benar (Adam)
11. Masih Jelas (Hafiz)
20 Nov
1. Situasi (Bunkface)
2. Rindu Terhenti (Tomok)
3. Patri (Jinbara)
4. Pakai Buang (Stacy)
5. Pergi (Aizat)
6. Ketika Ini (Estranged)
7. Bencinta (Faizal Tahir)
8. Cinta Adam & Hawa (Misha Omar)
Tarikh 6, 13 dan 20 November merupakan tarikh persembahan mereka, yang akan berlangsung dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam dari jam 10 hingga 11.30 malam, mengikut urutan yang tertera.
Muzik-Muzik edisi ke-24 ini menampilkan format baru dimana pencalonan lagu tidak fokus kepada tiga kategori utama iaitu Etnik Kreatif, Balada dan Pop Rock. Pendek kata, Muzik-Muzik kali ini tidak mempertandingkan sebarang kategori.
Tujuannya untuk memberi peluang kepada pengiat-pengiat seni muzik untuk bebas berkarya dan hasil ciptaan mereka tidak terbatas kepada tiga kategori ini saja.
Lagu-lagu yang layak dipertandingkan di Muzik-Muzik Separuh Akhir dipilih melalui markah tertinggi yang diperolehi melalui undian yang dibuat setiap minggu dan berdasarkan tempoh kedudukan lagu tersebut di dalam carta mingguan Muzik-Muzik.
Sebanyak 112 lagu yang telah dicalonkan sepanjang tahun mulai 4 April hingga 17 Oktober tetapi hanya 30 lagu sahaja terpilih ke separuh akhir. Dari situ, 14 lagu yang layak ke Anugerah Juara Lagu yang akan diumumkan selepas persembahan terakhir pada 20 November.
Pemilihan dibuat berdasarkan pemarkahan oleh juri profesional berdasarkan persembahan pada malam pertandingan dicampur markah penilaian lagu yang dibuat sebelum persembahan.
Tiket-tiket percuma ke pertandingan separuh akhir Muzik-Muzik boleh diperolehi di Balai Pengawal Sri Pentas Bandar Utama dan Balai Pengawal Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral mula 31 Oktober.
Untuk maklumat lanjut mengenai Separuh Akhir Muzik-Muzik 24, layari www.tv3.com.my
Tags: Anugerah Juara Lagu, Aizat, Aku Scandal, Aurora, Bertamu Di Kalbu, compose Aku dan Kamu, Dan Sebenarnya, Dia, Enjut lagu Noraniza Idris, Estranged, event tv3, gambar isteri Reshmonu, Gila, Jaclyn Victor, Kau Aku, kekasih Aizat, kontroversi lagu Hujan, Ku Pinjam Satu Bintang, lagu duet Alyah 038 Riz, lirik Fikirlah, Mirage Pesawat, Nadia 038 Red Peanut, Nov, Oh Anok Anok, One Nation Emcees, pemenang ajl24, pencipta lagu, Raja Gelek, Seadanya Aku Nubhan, senarai lagu separuh akhir, separuh akhir muzik-muzik 24, skandal Alyah, sugar daddy Mila, Tahu Tak Tau Joget Jinbara, Tak Mungkin Kerna Sayang, tiket juara lagu, YunaBaca artikel lain yang berkaitan:














October 22nd, 2009 at 11:10 pm
wowo… a full list of great songs…. i like!!! taktahu nak pilih mane… adeh… dato’ siti takdek…? =(
October 23rd, 2009 at 1:28 am
Takde org lain selain dari Aizat.
October 23rd, 2009 at 1:45 am
siti berjaya masuk dengan lagu ditaman teman ngan lagu cinta ini tp siti tarik diri. pencalonan tu pun sebenarnya kesilapan teknikal..siti dah cakap dia tank masuk ajl tahun ni.
October 23rd, 2009 at 6:20 pm
banyaklah ko sudipkayu… Tok Ti masuk lagu di taman teman ajeler dulu… minggu pertama no 2, minggu ke2 no 10 minggu ke3 no 20 then the next week tuh terus terkluo sbb tak nak masuk AJL dah… yang lagu Cinta Ini tuh ko agak2 la skit sudipkayu… nak auta pun tengok la sapa pencipta lagu dgn penulis lirik… kan Katon Bagaskara.. orang indonesia… tak tercalon pun… apadaaa….
October 24th, 2009 at 7:50 am
wahh.. sumer lagu best2… go go for stacy n nubhan..
erm gambar xde ker??
October 24th, 2009 at 8:41 am
knape lagu Liyana Jasmay slalu takder??takkan dah tersingkir kot!!benci betullah
October 24th, 2009 at 1:42 pm
saya harap dimasa akan datang martabatkanlah lagu irama malaysia..lihatlah calon bagi pihak etnik &irama sikit jer…noraniza idris je ker?amaran dan komen tegas…muzik2 martabatkanlah lagu irama tradisional..banyak ciptaan yang menarik sepanjang saya menonton..antaranya,dejavu(syura),SITI(ditaman teman) antaranya….jadi sebelum lagu-lagu tradisional extinct tidak salahlah muzik-muzik 24 menjadi sebabnya genre2 ni hilang ditelan zaman
October 26th, 2009 at 3:05 pm
aslmekon….taniah kepada artis2 yg layak ke separuh akhir…….sy x ada yg nk komen yg negetif…all the best pada semua…..
October 27th, 2009 at 12:42 am
yuna!!!
the real champion!
October 28th, 2009 at 1:13 pm
hmm…tahniah kpd seme yg dpt masuk semi final, tp saya kecewa nape tv3 dh hentikn ketegori2 balada,etnik n pop rock…bg saya thn ni byk band indie yg masuk…patut nye wujudkn je 1 ketegori indie n kita tgk antara seme lagu yg masuk muzik2 thn ni yg mne plg terbaik..hope thn dpn ada kn semula ketegori2 ni just tmbh mne yg patut je..drpd 30 lagu yg masuk semi final thn ni just 3 je lagu yg blh di ketegorikn etnik kreatif iaitu enjut, oh anak anak n raja gelek..tp mejoriti byk lagu berentak pop rock yg ke semi final…hope thn dpn datuk ct dpt masuk menerusi album lentera timur n tahjjud cinta…HIDUP IRAMA TRADISIONAL
October 29th, 2009 at 10:41 pm
sume lagu best2..tp kesal sgt2 bg calon etnik kreatif 3lagu je..peliklah pihak muzik2 pilih lagu camne…10buah lagu pun xsampai..sedangkan kalau nk kira calon irama malaysia ramai gak..syura,dato siti..nampak gayanya irama etnik kreatif akn trkubur xlama lg..apapn tahniah buat artis2 baru yg brjaya melayakkan diri..alyah,hujan.yuna,nubhan..gud luck
October 30th, 2009 at 2:52 am
Tahniah! Tapi kenapa kecoh2 pasal etnik kreatif sikit. Kan penerbit dah cakap “Kebebasan Berkarya”. Faham2 ajelah. Selamat Berjuang dan jangan Pakai bomoh kalau nak menang yerrrrrrr…ada yg terasa ker?
October 31st, 2009 at 12:28 am
Bomoh! Biar betul kau pecahletup. Dulu citer2 belakang stage pasal ni cuma mainan atau cakaran noraniza idris dan DSN jer. kalau ader, banyaklah lagi burung2 mati tahun ni.
November 1st, 2009 at 9:44 am
wah stacy masok harap2 dye dapat p final..
aku rse lagu tuh pon kuat gak kalau nak bwak p final….
stacy the best…
November 1st, 2009 at 4:57 pm
sy suke FAIZAL TAHIR+AIZAT~hehehe
November 2nd, 2009 at 5:29 pm
Pilihlah mana yang suka dan bagus. Tapi yang banyak skandal tak elok pada masa lampau tu tolak tepilah. Buat pening jer. Bagilah yang baru dan bersih naik. Aman dada dan hati. Bila dapat tau anak2 muda pilih yang bagus dan tak ada skandal pun rasa tenang hati aku.
November 3rd, 2009 at 12:15 pm
HARAP ALYAH N JACLYN BERJAYA KE FINAL…
NAK TENGOK ALYAH DGN SUARA POWERNYA….
November 3rd, 2009 at 8:21 pm
Aizat, Alyah, Yuna, Hafiz,Jaclyn, Akim, Stacey, Tomok, Misha, 6th Sense, One Nation Emcee,Faizal Tahir,MUH.
November 4th, 2009 at 10:52 am
knp dato siti tarik diri ye?? sayangnya.. i love dato ct.. stacy n hafiz u can do it.. mereka berdua kompom mzk final..
November 4th, 2009 at 10:57 pm
Alaaa…..Dato’ Siti malas nak gaduh ngan penyanyi etnik kut! Dato Siti xa der tak per Misha, jaclyn, Stacey, Alyah ada.
November 5th, 2009 at 6:34 pm
salam semua,
kesimpulan yg bole sy lampirkan di sini ttg mm2009 ini adalah Inde-Musicism.
tahniah juga kepada TV3 kerna menggunakan format yg lebih adil dan selayaknya kepada yg layak utk bergelar 3 yg terbaik. sama seperti tahun2 dari 1986-2002(kalau x silap saya).
konsep yg berkategori bagi saya bagaikan konsep “KASIHAN” kepada yg bertanding. lagu yg layak utk 3 terbaik x dpt kita tentukan kerna juara satu-satu kategori tersebut tidak semestinya antara 3 yg terbaik pada mlm yg berprestij tersebut.
berbalik kepada mm2009 ini, ingin sy senaraikan lagu2 yg layak bg sy utk keperingkat akhir, bukan berlandaskan kepada kepopularitian lagu mahupun penyanyi ataupun pencipta, tetapi kualiti lagu tersebut keseluruhannya:
(kedudukan senarai adalah secara random/rawak):
Situasi – Bunkface
1) Ketika Ini – Estraged
2) Mirage – Pesawat
3) Pakai Buang – Stacy
4) Oh Anok-Anok – Reshmonu
5) Enjut – Noraniza Idris
6) Dan Sebenarnya – Yuna
7) Khatimah Cinta – 6th Sense
9) Pari-pari Di Bawah Angin – MUH
10) Bertamu Di Kalbu – Jaclyn Victor
11) Pergi – Aizat
12) Cinta Adam & Hawa – Misha Omar
13) Tahu Tak Tahu Joget – Jinbara
itu adalah antara lagu yg bg saya mempunyai kekuatan utk ke final…
ulasan seterusnya pada sesi forum yg akan dtg, untuk sy ketengahkan mengapa lagu2 tersebut terbaik bagi saya.
w/bagaimanapun berikut adalah senarai yg sy jangka akan masuk ke peringkat akhir (tidak berlandaskan kepada kualiti tetapi apa yg selalunya terjadi):
(kedudukan senarai adalah secara random/rawak):
Situasi – Bunkface
1) Ketika Ini – Estraged
2) Aku Skandal – Hujan
3) Pakai Buang – Stacy
4) Bengang – Akim
5) Masih Jelas – Hafiz
6) Dan Sebenarnya – Yuna
7) Rindu Terhenti – Tomok
9) Bencinta – Faizal Tahir
10) Bertamu Di Kalbu – Jaclyn Victor
11) Pergi – Aizat
12) Cinta Adam & Hawa – Misha Omar
13) Kau Aku – Aizat
14) Aku Rindu Sayang Kamu – Black
kenapa saya memaparkan mereka? juga turut akan diulas pada sesi forum yg akan dtg…
njoy the finals..!
November 6th, 2009 at 5:38 pm
Hidup Misha!!Hidup Misha!!!Hidup Misha!!!!!!!!
Pasti debaran demi debaran semakin sengit……..Menyaksikan satu perlawanan one-to-one diantara siape yng paling hebat…..Trmasuk juge kumpulan feveret aku,6ixth Sense….Diharapkan Misha dn juge 6ixth Sense akn trus mara ke finals pade 10 Januari 2010 nanti…..
Diramalkan juarenye pasti pompuan….Siape itu????CUBE TEKE!!!!!!!!
Ape yng pasti,lagu Cinta Adam dan Hawa dn juge Khatimah Cinta pasti gerek punyerrr…..Tk tahu mane satu yng pasti akn menarik hati ramai!!!TUNGGU!!!!!
November 10th, 2009 at 5:40 am
siti xde, xbesh r!!
pape jerk..
huhuuh~
pape p0wn klu ct msuk msti champi0n!!!
November 21st, 2009 at 3:37 pm
Lagu ‘ Jamal Abdillah – apa lagi’ tu tak masuk final.. lagu tu best sgt.. kenapa tak masuk tu ye?.. Artis2 veteran ni banyak yang tak di ambil perhatian la.. Jika di lihat semua nya artis2 baru saja yang masuk final ni..
December 15th, 2009 at 3:02 pm
Alhamdulillah akhirnya TOMOK masuk saya harap tomok dpt yg terbaik,jum tomok buktikan kl awak mampu tuk berjaye lagi..I love u forever tomok