Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Senarai Lagu Persembahan & Penyampai Festival Filem Malaysia 21



Pada jam 3 petang tadi telah berlangsung satu majlis sidang media Festival Filem Malaysia ke-21 di Planet Hollywood, Kuala Lumpur. Di majlis sidang media tadi, media telah diterangkan tentang konsep, acara-acara, pengisian anugerah dan post party.

Antara selebriti yang hadir ialah Ida Nerina, Linda Onn, Avaa Vanja, Dynaz, Bob, Farid Kamil, Lisa Surihani, Misha Omar, Burn dan ramai lagi.

Kali ini, trofi Festival Filem Malaysia telah diubahsuai sedikit tapak untuk lebih menarik. Pentas pula akan direka dengan konsep warna hitam dan perak. Sebanyak 3 ribu orang jemputan yang terdiri daripada karyawan, artis, selebriti dan media akan memenuhi ruang dewan PICC Putrajaya.

Antara penyanyi yang akan membuat persembahan ialah Bob, Sahri, Lah VE, Datuk Siti Nurhaliza, Atilia, Burn, Misha Omar, Era Fazira, Stacy, Riz, Zahid dan Yazer. Selain lagu tema FFM21, lagu-lagu lain yang akan didendangkan adalah bertemakan filem tanahair dari era dahulu hingga sekarang.

Model set pentas Festival Filem Malaysia

Antaranya, lagu dari filem Impak Maksma, lagu Hati (Datuk Siti Nurhaliza), Musly Ramlee & Atilia (Ingin Tahu) dari filem Hujan Panas, Sean Ghazi & Liza Hanim (Joget Si Pinang Muda) dari filem Anakku Sazali, lagu filem era 70 an dan 80 an iaitu Gelombang (Tiada Esok Bagimu) oleh Siti Nurhaliza, lagu Malam dari filem Kolej 56 yang dinyanyikan oleh Burn dan Karen Kong, lagu dari filem terbaik 90 an iaitu Awie – Ukiran JIwa (Sembilu 2) dan Misha Omar, lagu-lagu komedi Terbaik Sepanjang Zaman iaitu lagu Apek & Marjinah dari filem Ali Baba Bujang Lapok dinyanyikan oleh Nabil Raja Lawak & Erra Fazira, lagu Puteri Remaja dinyanyikan oleh Salih Yaakub dari filem Keluarga 99 dan lagu Aspalela dari filem Duyung.

Stacy akan nyanyi lagu Wajah Rahsia Hati, Riz nyanyi lagu Azura, Zahid nyanyi lagu Istana Menanti dan Yazer nyanyi lagu Telinga Ke Tulang (filem Cicakman). Juga lagu finale lagu tema baru yang dinyanyikan oleh Dina, Bob, Afdlin Shauki, Sahri, Zaf dan Lah.

Kebanyakan penyampai trofi kepada pemenang juga dipilih daripada pemenang anugerah pada tahun terdahulu. Antaranya, filem Impak Maksima, Kolej 56, Keluarga 69 dan

Persembahan pembukaan akan dipersembahkan oleh pelakon filem Sayang You Can Dance dan filem Estet dalam satu persembahan tarian.

Antara penyampai anugerah ialah Raja Azura, Khairil Rashid, Salih Yaakub, Syed Azidi, Aziz M Osman, Rosnani Jamil, Fazura, Saiful Apek, Erma Fatima, Azman Abu Hassan, Shuhaimi Baba, Bade Hj Azmi, Dato’ Yusof Haslam, Diana Danielle, Ida Nerina, Tan Sri Jins Shamsudin, Rusdi Ramli, Vanidah Imran, Rahim Razali, Azean Irdawaty, Umie Aida, Ahmad Nawab dan Rahim Razali.

Dijangkakan festival tahunan ini akan lebih meriah.

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Anugerah Era, Anugerah Era, Pemenang Anugerah Era, Ulasan Anugerah Era 07
  • Photo Red Carpet Busan International Film Festival 2011
  • Keputusan Pemenang KL International Film Festival KLIFF 07
  • Future Music Festival Asia
  • Sepet, Cinta antara 3 filem Malaysia ditayang di Chennai
  • Jawapan Trivia 7 Ogos: Fasha Sandha
  • Short Shorts Film Festival & Asia 2010
  • Filem KARAOKE Menang anugerah Mavericks di Festival Filem Antarabangsa Calgary
  • Senarai Top 5 Pengarah Filem Terbaik & Barisan Juri FFM23
  • Filem Mukhsin Menang Pingat Perak di Netpac Festival Di Jogjayarta



    • http://obefiend.blogspot.com obefiend

      mamat khalid is full of WIN

    • NUR

      Tak kisah la siapa yang menang.Kalau Filem Terbaik mesti ada unsur ‘Patriotisme’ tentula le filem 1957 Hati Malaya akan dapat. Saingan terdekat mesti filem SEPI.Tak sabarnya nak tengok gandingan Erra Fazira & Nabil Raja Lawak menyanyi lagu Apek & Marjinah dari filem Ali Baba Bujang Lapok;-) Mesti kelakar..Dua – dua very ‘penghibur versatile’:-)

    • Hokkaido

      Can’t wait to see Riz’s performance…

    • blingblings

      Uiks, napa nama Nadia takda tp Meastro punya jadual Nadia perform???
      Blh dbl check ke sesapa?

    • sizuka_lisa

      wah sizuka jg x sbr nk tgk FFM-21 semua yg hdr nnt sure best2 nyer espeacially dato ct kak erra afdlin n bdk2 AF6 adoyai nabil pn ada..pd pemenang TAHNIAH n teruskn aktif dlm industri seni.Sokonglah film kita,budiey xder tayangan pratonton utk SUSUK?wah gitu………(^*^)

    • Joyahsemput

      wah awie siap nyanyie Ukiran Jiwa lagu, hai teringat le masa dolo2!! apapon all d best to winners, moga happening lah event 2 nanti!!!!

    • copolla was here

      kala malam bulan mengambang adalah favourite untuk tahun ni,….filem terbaik antara 1957 dan kala malam,…tapi kelebihan pada kala malam…untuk segala aspek….dari segi originalyty…serta dari sudut teknikalnya

    • Syammil

      Rasanya filem hati malaya dan filem Wayang akan memberikan saingan sengit…papepon…festival filem slalunya yg terbaik…tahniah kpada bakal pmenang..harap artis berikan persembahan yg mnarik…pngacara x meleret dan sampai anugerah dgn penuh kematangan..guid lark



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK