in

Senarai Lagu Layak Ke AJL28 Separuh Akhir Kedua Muzik Muzik 28

Enam buah lagu lagi telah disenaraikan untuk berpeluang melayakkan diri ke Anugerah Juara Lagu 28 selepas mendapat markah tertinggi pada peringkat separuh akhir kedua Muzik Muzik 28 yang berlangsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral semalam. Dipancarkan secara langsung menerusi kaca TV3, Separuh Akhir Kedua Muzik Muzik 28 dihadiri oleh ramai penyokong dan peminat. Budiey ucapkan tahniah kepada 6 buah lagu yang terpilih namun, tidak bererti semuanya akan terpilih ke AJL28 ya. Kita tunggu pengumumannya nanti lagu manakah yang layak ke AJL28.

Lagu-lagu terdiri daripada Kau Yang Terindah (Alyah), Hanya Aku (Hyper Act), Sahabat (Najwa Latiff, Sleeq & Shamkamarul), Tanda Tanya (Azlan & The Typewriter), Kalau Aku Kaya (Awi Rafael & Altimate) dan Aku Pelat (Salam Musik).

Pada pertandingan peringkat separuh akhir kedua Muzik Muzik 28 turut menyaksikan persembahan daripada Kita (Forteen), Adamu (Najwa Latiff), 5 Minit (Ramlah Ram ft Caprice), Dewi cinta (Adira) dan Penghibur Jalanan (Amir Jahari).

Sementara itu, separuh akhir pertama yang berlangsung minggu lalu menyaksikan enam buah lagu terdiri daripada In Love With You, Penglipurlara, Jangan Pergi, Agenda Jahiliah, Takkan Terpisah dan Permata.

Bagaimanapun, 12 buah lagu yang dipilih ini belum menjamin tempat ke AJL28 kali ini.

Keputusan akhir 12 buah lagu yang layak akan diumumkan pada separuh akhir ketiga yang akan berlangsung pada 22 November depan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Video Hari Terakhir Faizal Ismail di Konti Hot FM

Angkasawan Negara Ajak Peminat ke Spain & Morocco