in

Senarai Lagu Konsert Suku Akhir GEGAR VAGANZA 4 – JANGAN KATA TAK TAHU

Seluruh Malaysia dikejutkan dengan perkhabaran sedih dan masih terkesan sehingga kini dengan pengumuman Elyana mengenai penyakit kanser limfoma yang dirahsiakan selama 7 tahun sejurus selepas beliau diumumkan tersingkir di akhir konsert minggu kelima yang bertemakan ‘Kaum Kerabat’ pada Ahad lalu.

Kesemua peminat begitu mengagumi ketabahan beliau menghadapi dugaan berat ini dan masih boleh mempamerkan perwatakan yang ceria dan ‘gila-gila’. Sungguhpun tersingkir selepas membawakan lagu ‘Sepi’ dendangan asal penyanyi Yuni Shara, Elyana redha dengan keputusan ini dan amat terharu dengan sokongan peminat yang tidak henti-henti menyokongnya selama ini. Meskipun tersingkir, Elyana pulang tanpa tangan kosong apabila memenangi Anugerah Gelora Vida Vaganza.

Konsert Suku Akhir GEGAR VAGANZA 4

Tema Jangan Kata Tak Tahu Cabar Peserta GV4 Nyanyi Lagu Popular di Radio

Cabaran Konsert ‘GV’ di minggu suku akhir Ahad ini yang bertemakan ‘Jangan Kata Tak Tahu’ bakal menyaksikan Firman menyanyikan lagu ‘Terakhir’ nyanyian asal oleh Sufian Suhaimi. Hazami pula dengan lagu ‘Jampi’ (Hael Husaini), Lan Solo dengan ‘Pahit Akan Manis Akhirnya’ (Ukays), Tia Jinbara dengan ‘Bayang’ (Khai Bahar) dan Aqasha dengan ‘That’s Why (You Go Away)’ (Michael Learns To Rock).

Manakala bintang wanita Aishah pula akan membawakan lagu Haqiem Rusly berjudul ‘Tergantung Sepi’, Liza Hanim dengan ‘Warkah Untukku’ (Ara Johari), dan Syura dengan ‘Kau Tetap Dalam Anganku’ (Azie).

Selain itu seiring dengan peredaran trend digital masa kini sekaligus merancakkan lagi penganjuran ‘GV4’, pihak Astro buat julung kalinya merintis sejarah dalam industri hiburan tempatan apabila bakal menawarkan pengalaman menonton konsert ‘GV4’ dalam bentuk ‘VR’ (Virtual Reality) atau dunia realiti maya. Nantikan pengumuman rasmi mengenai inisiatif digital ini nanti.

Siaran Langsung Konsert Gegar Vaganza Musim 4 (Minggu Suku Akhir) bakal berlangsung pada malam ini, 3 Disember 2017 (Ahad), jam 9.00 malam di Dewan Sri Putra.

Siapa yang bakal tersingkir malam ni? Siapa yang akan mara? Nantikan!

Konsert Suku Akhir GEGAR VAGANZA 4

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

NETFLIX Announces Cast in Mandarin Original Series A Taiwanese Tale of Two Cities

Uqasha Senrose & Hefny Sahad Rancang Nikah Tahun 2018