in ,

Senarai Lagu Finalis Yang Layak Bertanding di Anugerah Juara Lagu 27

Pada malam ini telah kita ketahui kesemua lagu-lagu yang akan bertanding di Anugerah Juara Lagu 27.

Tidak seperti tahun 80-an, pemuzik dan komposer terkenal, Azmeer menyatakan bahawa industri hiburan tanah air telah berkembang secara sihat apabila akhir-akhir ini banyak penyanyi baru yang kreatif dan berbakat.

Tambah Azmeer selaku ketua juri Muzik-Muzik Separuh Akhir, kreativiti pemuzik merupakan salah satu kriteria utama layaknya sesuatu lagu untuk dipertandingkan di peringkat Anugerah Juara Lagu.

“Lagu-lagu yang dipertandingkan pada tahun ini lebih baik dari tahun lepas. Seperti lagu Teman Pengganti ciptaan Malique, ia memiliki melodi yang asli. Masih mempunyai elemen lagu-lagu lama, namun ia tidak mempengaruhi melodi baru”, kata Azmeer.

Tambahnya lagi, lagu-lagu yang layak dipertandingkan di AJL 27 mempunyai elemen barat, namun masih mengekalkan unsur kemelayuan seperti penggunaan bahasa yang betul.

Menurut Azmeer, 70% penilaian sesebuah lagu adalah berdasarkan melodi, lirik, susunan muzik, kreativiti dan penerimaan juri dan masyarakat terhadap lagu tersebut. Manakala 30% lagi adalah menerusi persembahan penyanyi itu sendiri.

“Masih ada finalis yang membuat kesilapan dari segi vokal. Namun, kriteria yang ada pada lagu tersebut melebihi kesilapan yang dilakukan oleh penyanyi itu”, katanya.

Selain Azmeer, finalis AJL 27 turut dinilai oleh juri seperti Datuk Ramli MS, Edrie Hashim, Helen Yap, Cat Farish, Damien Mikail Seet dan Kamarulzaman Taib.

Anugerah Juara Lagu ke-27 akan diadakan pada [highlight]6 Januari 2013[/highlight], [highlight]Stadium Putra Bukit Jalil[/highlight] pd jam 9 malam, sape nak tiket? Sila LIKE entry ini.

1. Idola – Audi/Azlan – Azlan & The Typewriter
2. Pelangi Senja – Taja/TunTeja – Stacy
3. Anak Kampung – Jimmy Palikat – ONE & Jimmy Palikat
4. Terukir Di Bintang – Yuna – Yuna
5. Ombak Rindu – Zaidi – Hafiz & Adira
6. Tanpamu – Amir Jahari – Amir Jahari
7. Lagu – Bo Amir Luqman – Bedroom Sanctuary
8. Teman Pengganti – Malique – Black & RJ
9. Ku Akui – Ajai – Hafiz
10. Simetri – Audi Mok/Firdaus – Amy & Hazama
11. Andai Ku Bercinta Lagi – Edry Abd Halim – MOJO
12. Patah Seribu – Shila Amzah – Shila Amzah

Tahniah pada semua yg layak ke Anugerah Juara Lagu ke-27. Kebanyakkan yang terpilih adalah penyanyi yang juga pencipta lagu atau singer Songwriter.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Selebriti di Anugerah Shout! Awards Dari Lensa BungaStudio

DJ Lin Suria Cinta Terima Anugerah Ikon Wanita Muda 2012