• Home
  • Berita
  • Foto Artis
  • Filem
    • Sinopsis
  • Drama
  • Gossip
  • Hubungi Budiey

Sensasi Selebriti

Berita Hiburan Malaysia, Gambar Selebriti Terbaru, Gossip Artis, Filem, Muzik, Video & Teater

  • Events
    • Anugerah Bintang Popular
    • Anugerah Blockbuster
    • Anugerah Emmy
    • Anugerah Grammy
    • Anugerah Industri Muzik
    • Anugerah Juara Lagu
    • Anugerah Oscar
    • Anugerah Planet Muzik
    • Anugerah Seri Angkasa
    • Anugerah Shout!
    • Festival Filem Malaysia
    • Festival Muzik KL
  • TV
    • Astro
    • TV1
    • TV1
    • TV2
    • TV3
    • TV9
    • 8TV
    • NTV7
    • TV Al-Hijrah
  • Radio
    • Suria FM
    • Hot FM
  • Album
  • Fesyen
  • Teater
  • Travel
  • Gadget
  • Peraduan
  • Advertorial
  • K-Pop

Senarai Kutipan Filem Malaysia Paling Tinggi Tahun 2012

3
  • by Budiey
  • in Filem
  • — 2 Jan, 2013
Keseluruhan yang dapat Budiey katakan, tahun 2012 memang kita kebanjiran filem. Semuanya berjumlah 73 filem berbanding tahun 2011 iaitu 42 filem sahaja. Berlambak filem ditayangkan di pawagam tapi kutipannya sangat rendah berbanding tahun 2011.

Dalam jumlah itu, sebanyak 38 buah filem 2012 telah mengalami kerugian apabila kutipan sangat sedikit di bawah kos pembikinan. Contohnya, filem yang berkos setinggi RM1juta tapi mendapat kutipan hanya RM50,000.

Tahniah buat MIG di atas kejayaan filem Adnan Sempit 2 yang berjaya mendapat kutipan paling tinggi iaitu RM6.82 juta. Sekaligus melakar sejarah menjadi jumlah paling tinggi setakat ini dengan perbandingan lebih RM5 juta berbanding tahun lalu RM11 juta untuk filem KL Gangster.

Berdasarkan perangkaan dikeluarkan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), kutipan untuk 68 filem sehingga November 2012 hanya RM92 juta. Ianya dikatakan tak seimbang dari segi perolehan.

Tak kurang, dari segi kejayaan, filem kita telah diterbangkan jauh ke negara luar dan berjaya mengetengahkan nama negara. Contohnya, filem Bunohan yang menang di Anugerah NETPAC di Festival Filem Taipei Golden Horse 2011 dan dinobatkan dengan anugerah tertinggi di Jogja Asian Film Festival (JAFF) yang berlangsung Disember lalu. Lagi sekali, filem Bunohan diangkat sebagai filem terbaik dan pengarahnya Dain Said turut menang trofi Lakon Layar Terbaik Filem. Syabas filem Malaysia!

Dari tahun ke setahun, Budiey perhatikan genre filem Malaysia tak banyak berubah. Penerbit filem masih berpegang teguh dengan pendirian mereka dengan mengatakan filem cinta masih mendapat tempat di hati penonton. Trend sikit berubah apabila ramai penerbit mempercayai filem cinta yang diadaptasi dari novel mempunyai pengikut yang agak ramai. Kejayaan filem Ombak Rindu yang berjaya mengutip RM10 juta membuktikan filem adaptasi dari novel popular boleh bikin wang dan sejurus selepas itu beberapa filem dengan formula yang sama dihasilkan.

Tidak kurang, genre cinta mendapat saingan hebat dari genre seram dan genre lagak aksi ngeri, ganas dan ala gengster. Ternyata, kita agak sukar untuk meramal citarasa penonton Malaysia sekarang ini. Begitu juga kejayaan sesebuah filem, ia banyak dipengaruhi oleh beberapa faktor luaran dan juga suasana gelombang semasa.

Terbukti, apabila filem cinta romantik adaptasi dari novel Lagenda Budak Setan 2 – Katerina yang menampilkan Farid Kamil, Maya Karin & Bront Palarea hanya bisa mengutip RM1.8juta penonton walaupun rangka promosinya agak hebat. Angka kutipan ini agak sedikit jika dibandingkan dengan sekuel pertamanya.

Nak kata, pelakon tidak popular, ia ternyata tidak benar sama sekali. Jadi, boleh kita katakan kat sini, kejayaan dan kutipan sesebuah filem tak bergantung kepada pelakon ternama dan glamor. Bagi Budiey, sekarang ini zaman peminat mendengar dan terpengaruh dari faktor mulut ke mulut. Jangan salah sangka yang lain pula, mulut ke mulut ke sini, contohnya, kita terpengaruh kepada kawan kita yang sudah menonton filem ini, membaca rebiu filem di Facebook dan di Twitter. Ya, sekarang zaman sosial media. Tidak dapat tidak, rangka promosi filem juga turut berubah.

Penerbit seperti MIG pula masih percaya dengan genre filem cinta Islamik lantaran ramai sekali kita lihat artis wanita sudah pun berhijrah untuk bertudung. Satu perkembangan yang sihat sebenarnya kerana kita masih lagi tinggal di sebuah negara Islam. Ini satu cermin dan imej pada negara. Lalu, terbitlah filem religi seperti 7 Petala Cinta dan Salam Cinta. Walaupun dianggap kurang menjadi dan kutipan pun tak sampai sejuta, sekurang-kurangnya filem islamik menjadi antara alternatif untuk penonton pelbagai lapisan masyarakat. Usah bandingkan filem religi dari negara Indonesia yang mana mereka sebenarnya pakar dalam pembikinan filem sedemikian, kalau tidak, filem Ayat-Ayat Cinta taklah meletop sampai di Malaysia.

Budiey rasa, sudah tiba masanya penerbit filem di Malaysia memikirkan formula lain untuk meningkatkan jumlah kutipan. Pertama dari segi kualiti filem itu sendiri. Kalau setakat filem tu bertaraf drama, elok sahaja dijual kepada stesen TV kerana ini akan memberikan gambaran yang sangat buruk kepada industri kita. Sejauh mana tahap atau batu pengukur filem itu sekadar sama taraf dengan drama boleh diukur dengan menilai kepuasan penonton. Teknologi dunia perfileman di negara kita juga tak banyak diperkenalkan dan dieksplorasi sepeenuhnya. Masing-masing mahu mencari jalan yang selamat. Tidak mahu mengeluarkan modal yang besar untuk menjadikan filem kita bertaraf dunia. Itu yang jadi masalahnya.

Ternyata ada yang kata, buat filem dengan modal yang besar pun tak semestinya mendapat kutipan yang tinggi. Itu masalah orang kita yang hanya menilai dari sudut yang negatif. Stigma filem kita hanya laris jika penonton suka tak kira ia bermodal besar atau kecil, janji penonton suka, dekat dengan jiwa penonton, sudah tentu ia akan meletop.

Tidak kurang, industri filem kita didatangi oleh syarikat yang baru setahun jagung mahu mencuba nasib mahu mengutip keuntungan secara cepat. Itu tak salah sebenarnya. Kadang-kadang, penerbit mee segera dianggap mahu mencuba test market dan sesudahnya gulung tikar. Pada mereka filem yang dihasilkan hanya untuk trial & error. Sepatutnya, untuk menjadikan filem itu bagus, mereka boleh berkolaborasi dengan penerbit yang berpengalaman yang tahu tentang selok belok menghasilkan filem bermutu.

Faktor penurunan kutipan filem:

  1. Skim Wajib Tayang yang menampilkan 2 – 3 buah filem ditayangkan serentak dalam satu minggu
  2. Adanya Astro First, penonton tidak lagi berpusu-pusu ke pawagam kerana boleh menonton di kaca TV dua minggu selepas tayangan di pawagam.
  3. Kemerosotan ekonomi global
  4. Peminat filem semakin berkurangan dan minat mereka tidak lagi kepada filem Malaysia gara-gara filem Malaysia tidak bermutu dan dibuat secara lewa.
  5. Ramainya penerbit-penerbit filem baru yang mencuba menghasilkan filem

Apa yang kita harapkan di tahun 2013 ialah… industri perfileman kita terus berkembang, bukan dari segi kutipan malah kita terus mencipta sejarah di luar negara dengan menghasilkan filem bermutu yang dianggap superb! Berilah suntikan yang penuh bermesej tapi dalam cara yang bersahaja dan sesuai dengan senario penonton kita.

Tahun 2013 ini, banyak lagi filem yang dah siap menanti untuk ditayangkan di pawagam. Antaranya filem Hanyut arahan U-Wei dan Tanda Putera arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba. Filem Hanyut dikatakan filem yang dinantikan kerana ramai yang nak tengok kos sebanyak RM13 juta yang digunakan itu berbaloi atau tidak.

Filem-filem lain yang menanti di tahun 2013 ialah Minyak Dagu, Wawa Semput, Laga, KL Gangster 2, Kerat 14, Bro Nampak Motor Gua, Mamak Cupcake, KIL< Papadom 2, Oh Mak Kau, Bikers Kental, 2 Kalimah, Usin UFO, Sunti@FB,com, Sentuhan Malam Pertama, Penanggal, Jwanita, Sembunyi, Husin, Mon & Jin Pakai Toncit dan Juvana.

Kutipan Paling Tinggi Filem Malaysia 2012:

  1. Adnan Sempit 2 – RM6.82 juta
  2. Bohsia Jalan Kembali – RM4.98 juta
  3. Mael Lambong – RM4.88 juta
  4. Istanbul Aku Datang – RM3.58 juta
  5. Hantu Gangster – RM3.45 juta
  6. Hantu Kapchai – RM3.19 juta
  7. Aku Terima Nikahnya – RM2..75 juta
  8. Bujang Terlajak – RM2.6 juta
  9. Jangan Pandang Belakang – RM2.51 juta
  10. 8 Jam – RM2.3 juta
Kutipan Paling Rendah Filem Malaysia 2012:
  1. Vajram – RM9,000
  2. Leftwings – RM20, 000
  3. Cinta Beruang – RM50,000
  4. Zaiton Ceritaku – RM59,000
  5. Adutha Khattam – RM60,000
  6. Airmata Ibu – RM70,000
  7. Chantek – RM100,000
  8. Momok Jangan Cari Pasal – RM130,000
  9. Sofazr The Movie Jiwa Kacau – RM150,000

Berikut adalah senarai kutipan semua filem Malaysia yang ditayangkan di pawagam pada tahun 2012:

  1. Sesuatu Yang Tertinggal – RM690,000
  2. Keramat – RM1.39 juta
  3. Bujang Terlajak – RM2.60 juta
  4. Sumpahan Kum Kum – RM2.06 juta
  5. Azura – RM1juta
  6. Hantu Dalam Botol Kicap – RM1.86 juta
  7. Chantek – RM100,000
  8. Adnan Sempit 2 – RM6.82 juta
  9. Cinta Kura-Kura – RM1.17 juta
  10. Bunohan – RM780,000
  11. 7 Petala Cinta – RM1.03 juta
  12. Jidin Sengal – RM710,000
  13. Jangan Pandang Pandang – RM2.51 juta
  14. Temujanji – RM700,000
  15. Uncle Usin – RM1 juta
  16. Berani Punya Budak – RM1.13 juta
  17. Chow Kit – RM450,000
  18. Nongkrong – RM2.12 juta
  19. Mantera – RM350,000
  20. Aku Ada, Kau Ada – RM1.21 juta
  21. Hoore! Hoore! – RM350,000
  22. Man Sewel – RM1.21 juta
  23. Gerimis Mengundang – RM220,000
  24. X – RM200,000
  25. Jalan Kembali – RM4.98 juta
  26. Jiwa Taiko – RM620,000
  27. Hanya Aku Cinta Kau Seorang – RM180,000
  28. Mael Lambong – RM4.88 juta
  29. Baik Giler RM38,000
  30. Aku, Kau dan Dia – RM160,000
  31. 8 Jam – RM2.3 juta
  32. Momok Jangan Cari Pasal – RM130,000
  33. Hantu Gangster – RM3.45 juta
  34. SAM – RM1.88 juta
  35. Seram Sejuk – RM920,000
  36. Leftwings – RM20,000
  37. 29 Februari – RM370,000
  38. Salam Cinta – RM260,000
  39. Hantu Air – RM680,000
  40. Halimunan – RM490,000
  41. Untuk Tiga Hari – RM860,000
  42. AH BENG THE MOVIE: 3 WISHES – RM7.6 juta
  43. Aji Noh Motor – RM220,000
  44. Hantu Kapcai – RM3.19 juta
  45. Sofazr The Movie – RM150,000
  46. Tai Kun – RM780,000
  47. Ngorat – RM780,000
  48. Aku Terima Nikahnya – RM2.75 juta
  49. Cinta Beruang – RM50,000
  50. PE3 – RM1.18 juta
  51. Apa Celop Toqq – RM1.07 juta
  52. Aku Budak Pailang – RM960,000
  53. Zaiton Ceritaku – RM59,000
  54. Aji Boy – RM710,000
  55. Istanbul, Aku Datang – RM3.58 juta
  56. Ponti VS Orang Minyak – RM1.71 juta
  57. Sepah The Movie – RM2.12 juta
  58. Lagenda Budak Setan 2 – Katerina – RM1.8 juta
  59. Strawberi Cinta – RM540,000

Komen via Facebook

Komen

Share

Tags: 2 Kalimah7 Petala CintaAdnan Sempit 2Bikers KentalBro Nampak Motor GuaCollectionscomfilem malaysiaHusinjuvanaJwanitaKerat 14KIL< Papadom 2KL Gangster 2Kutipan filem paling tinggiLagaMamak Cupcakeminyak daguMon & Jin Pakai ToncitOh Mak KauPaling Tinggi Tahun 2012PenanggalSalam CintaSembunyiSenarai KutipanSentuhan Malam PertamaSunti@FBUsin UFOWawa Semput

— Budiey

Seorang penulis blog hiburan & gaya hidup sepenuh masa, Photo Journalist, kerap bertwitter & facebook, videoman, new social media, copy writer, penulis iklan & advertorial, content provider & househusband. Obses dengan filem seram & thriller.

  • Previous story Penyanyi Yuna Sah Tarik Diri Dari AJL27
  • Next story Farra Juara Idola Kecil 5

ENTRI BERKAITAN

  • Movie Carnical 2007 Kembali Lagi 30 May, 2007
  • SONGLAP Kutip RM1.5 Juta Untuk 4 Hari Tayangan 22 Dec, 2011
  • Songlap Menang Anugerah Breakthrough Feature Shout! Awards 2012 27 Nov, 2012
  • Sinopsis Filem Congkak 19 Jun, 2007

3 Comments

  1. SENARAI KUTIPAN FILEM MALAYSIA TAHUN 2012 » Blog Fyna says:
    Saturday, January 5, 2013 at 8:45 am

    [...] SUMBER  [...]

  2. Wan Rozali says:
    Thursday, January 10, 2013 at 1:25 pm

    Assalamualaikum,

    Saya ada draft story yang menarik, bagaiamana cara nak mengenengahkan karya saya ini.

    Terima Kasih

  3. Yusof says:
    Thursday, April 25, 2013 at 7:00 pm

    Saya ingin mendapatkan senarai perhubungan dan alamat setiap penerbit filem di tanahair.

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

  • KONSERT MEGA BINTANG

    RadiGlow

    KONSERT MEGA BINTANG

    Tempat: Resort World Convention Centre, Singapura

    Tarikh: 8 Jun 2013 (Sabtu)

    Masa: 8 malam

    Info Tiket: www.sistic.com.sg atau hubungi +65 6348 5555

    Budiey.com Sebagai Blog Rasmi Konsert Mega Bintang

  • SEARCH

  • TERKINI

    • Mencari Ramli Kini Mencari Jaguh Bolasepak Paling Hebat
    • Ujian Air Kencing Positif Mahkamah Tinggi Perintah Saiful Apek Bela Diri
    • Program Popular Korea Running Man Disiarkan di TV2
    • Jangan Aib Keluarga Nasihat Zed Zaidi Kepada Afiq Muiz
    • Eina Azman Mahu Saman Ibu Afiq Muiz
    • Gambar Zo In Sung Kongsi Makan Cotton Candy Dengan Peminat Setia
    • Gambar Zo In Sung di Temubual Bersama Media Malaysia
    • Zo In Sung Tak Sangka Ada Ramai Peminat di Malaysia
    • Sinopsis Telemovie Dewi Suria Arahan Zul Huzaimy
    • Aliff Aziz Kini Bergelar Pengembala Kambing
  • IKLAN

  • DAPATKAN RADIGLOW UNTUK KESIHATAN

    RadiGlow
  • KONSERT

    • Recent Posts
    • Most Popular
    • Comments
    • Tags
    • Bintang-Mencari-BintangAchey Juara Konsert Penentuan Kumpulan A Bintang Mencari BintangWednesday, May 22, 2013
    • konsert-mega-bintangPeraduan Menangi Tiket Konsert Mega BintangTuesday, May 21, 2013
    • anuar-dayangGambar Anuar Zain & Dayang Nurfaizah di Serai KL Centre Kuala LumpurWednesday, May 15, 2013
    • cnblue-konsertTiket Konsert CNBLUE Mula Dijual Hari Sabtu IniWednesday, May 15, 2013
    • Idola Kecil Musim KeduaThursday, October 29, 2009
    • Gambar Sekitar Hari Jadi Erin Malek ke 14 di Red Box Plus, PavilionMonday, July 28, 2008
    • TV3 Kids Voice Out School AttackSaturday, October 25, 2008
    • Filem Congkak Arahan Pierre Andre : Gambar PelakonTuesday, June 19, 2007
    • Hayrin Matahir on:Mencari Ramli Kini Mencari Jaguh Bolasepak Paling Hebat
    • nura on:Bekas Isteri Jimmy Shanley Mengaku Hamil Anak Luar Nikah
    • aku je on:Kiriman SMS Dari Ibu Afiq Muiz Jahanam La Kau
    • aku je on:Kiriman SMS Dari Ibu Afiq Muiz Jahanam La Kau
    • 8TV Advertorial AirAsia Akademi Fantasia Anugerah Bintang Popular Astro Berita Bernama Blog Budiey Drama Erra Fazira Events Fasha Sandha Fesyen Filem Foto Artis Gambar Gathering Gossip Hollywood Konsert kuala lumpur Lirik Liyana Jasmay mampu Mawi NTV7 penyanyi Peraduan persembahan radio televisyen malaysia radio televisyen malaysia rtm RTM Showcase Sinopsis Siti Nurhaliza Teater TV1 TV2 TV3 TV9 Ucapan Video Muzik watak
  • AFTER EARTH MULAI 6 JUN

    After Earth
  • Jom Baca Berita

    • Agenda Daily
    • Astro Awani
    • Berita Harian
    • Bernama
    • Detik Daily
    • Google News
    • Gua
    • Harakah Daily
    • Harian Metro
    • KL Pos
    • KOSMO!
    • Malay Mail
    • Malaysia Kini
    • Malaysian Digest
    • Malaysian Today
    • mStar Online
    • Murai
    • News Straits Times
    • Sinar Harian
    • The Star
    • The Sun
    • Utusan Malaysia
  • ARKIB

  • KATEGORI

    18Jun2013

    Konsert Mega Bintang

    Rossa, Ungu, Afgan & Ramai Lagi

    Dari 20:00 hingga 23:30

    di Resorts World Convention Centre, Singapura

    Find out more...

  • ENTRI TERKINI

    • Mencari Ramli Kini Mencari Jaguh Bolasepak Paling Hebat
    • Ujian Air Kencing Positif Mahkamah Tinggi Perintah Saiful Apek Bela Diri
    • Program Popular Korea Running Man Disiarkan di TV2
    • Jangan Aib Keluarga Nasihat Zed Zaidi Kepada Afiq Muiz
    • Eina Azman Mahu Saman Ibu Afiq Muiz
    • Gambar Zo In Sung Kongsi Makan Cotton Candy Dengan Peminat Setia
    • Gambar Zo In Sung di Temubual Bersama Media Malaysia
    • Zo In Sung Tak Sangka Ada Ramai Peminat di Malaysia
    • Sinopsis Telemovie Dewi Suria Arahan Zul Huzaimy
    • Aliff Aziz Kini Bergelar Pengembala Kambing
    • Anis Nabila Jadi Program Kuali Bujang Tampil Selebriti Popular
    • Kids vs Film Discovery-Styled Documentaries Created By Kids For Kids
    • Achey Juara Konsert Penentuan Kumpulan A Bintang Mencari Bintang
  • KALENDAR

    May 2013
    M T W T F S S
    « Apr    
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    2728293031  
  • SPONSOR

  • BUDIEY

    Budiey Seorang full time blogger, kerap bertwitter & facebook, photographer, videoman, content provider, new media, copy writer, penulis iklan & advertorial. Obses dengan filem seram & thriller.

    Kenali Budiey lebih lanjut di [sini]
  • Social Media

    • Awal Ashaari
    • Fouziah Gous
    • My Facebook Fanpage
    • My Instagram
    • My Jurnal
    • My News & Events
    • My Photo Blog
    • My Twitter
    • My Youtube
    • Pipicomel
  • Home
  • Profile Budiey
  • Sitemap
  • Disclaimer
  • Hubungi Budiey
  • My Merchandise
  • Iklankan

© 2007 - 2013 Budiey.com (Sensasi Selebriti)
Budiey.com - Sensasi Selebriti dikendalikan sepenuhnya oleh syarikat Budiey Dot Com Media (001991735-T)
Copyright Budiey Dot Com Media (001991735-T). All rights reserved.