in

Senarai Jawatankuasa Penasihat FINAS 2010/2011

BERI LEBIH PERANAN PERSATUAN PERFILEMAN JAWATANKUASA PENASIHAT FINAS DITUBUH

Susulan pertemuan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim dengan wakil persatuan perfileman awal Ogos lalu, sebuah Jawatankuasa Penasihat FINAS telah ditubuhkan. Penubuhan jawatankuasa ini adalah bagi memberi peluang kepada persatuan perfileman memainkan peranan lebih aktif dalam pembangunan industri perfileman tempatan.

Pengumuman dibuat Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan) merangkap Pengerusi FINAS, Dato’ Mohamed Mohd Daud dalam satu majlis ringkas di FINAS. Jawatankuasa Penasihat terdiri dari seorang Pengerusi, seorang Timbalan Pengerusi dan dianggotai tidak lebih tujuh ahli. Tiga ahli Jawatankuasa terdiri dari Ahli GAFIM. Empat ahli selebihnya dilantik berdasarkan pengetahuan, pengalaman dan kepakaran dalam bidang perfileman. Jawatankuasa ini akan diurusetiakan oleh FINAS dan bermesyuarat tiga bulan sekali.

Jawatankuasa Penasihat berperanan memberikan pandangan dan nasihat kepada Menteri dan Ahli Perbadanan dengam membuat syor berkaitan dasar dan program bagi meningkatkan prestasi pembangunan industri filem tempatan. Perlantikan Ahli Jawatankuasa Penasihat berkuatkuasa 1 Oktober 2010 hingga 30 September 2011.

Senarai Jawatankuasa Penasihat FINAS 2010/2011

Pengerusi – Dato’ Mohamed Mohd Daud
(TKSU (Kebudayaan) KPKK)
Timbalan Pengerusi – Mohd Mahyidin Mustakim
(Ketua Pengarah FINAS)

Ahli
Panchacharam a/l Naliah – GAFIM
Jurey Latif Mohd Rosli – GAFIM
Khir Mohd Nor – GAFIM
Dato’ Aziz Singah
Gerald Hans Isaac
Chiu Keng Guan

Sementara itu, Presiden Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (GAFIM) yang juga Presiden Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM), Ahmad Puad Onah dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Perbadanan FINAS dan Presiden Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM), Ahmad Ibrahim sebagai Ahli Perbadanan berkuatkuasa mulai 1 Oktober 2010 sehingga 30 September 2011.

Senarai Penuh Ahli Perbadanan

YBhg Dato’ Mohammed Mohd. Daud – Pengerusi

1 Julai 2010

Encik Ahmad Puad Onah – Timbalan Pengerusi

1 Oktober 2010

YBhg Datuk Azman @ Othman Salleh – Ahli

i)

YBhg Dato’ Mustapha Ma’arof – Ahli

YBhg Datuk Abdul Rauf Yusoh – Ahli

YBrs Encik David Teo Chew Huat – Ahli

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

SRI GEDOMBAK vs TITIH PUSAKA di PERTANDINGAN AKHIR DIKIR BARAT 2010

Senarai Top 5 Pengarah Filem Terbaik & Barisan Juri FFM23