in

Senarai Jawatankuasa Penasihat FINAS 2010/2011

BERI LEBIH PERANAN PERSATUAN PERFILEMAN JAWATANKUASA PENASIHAT FINAS DITUBUH

Susulan pertemuan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim dengan wakil persatuan perfileman awal Ogos lalu, sebuah Jawatankuasa Penasihat FINAS telah ditubuhkan.

Penubuhan jawatankuasa ini adalah bagi memberi peluang kepada persatuan perfileman memainkan peranan lebih aktif dalam pembangunan industri perfileman tempatan.

Pengumuman dibuat Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan) merangkap Pengerusi FINAS, Dato’ Mohamed Mohd Daud dalam satu majlis ringkas di FINAS. Jawatankuasa Penasihat terdiri dari seorang Pengerusi, seorang Timbalan Pengerusi dan dianggotai tidak lebih tujuh ahli.

Tiga ahli Jawatankuasa terdiri dari Ahli GAFIM. Empat ahli selebihnya dilantik berdasarkan pengetahuan, pengalaman dan kepakaran dalam bidang perfileman. Jawatankuasa ini akan diurusetiakan oleh FINAS dan bermesyuarat tiga bulan sekali.

Jawatankuasa Penasihat berperanan memberikan pandangan dan nasihat kepada Menteri dan Ahli Perbadanan dengam membuat syor berkaitan dasar dan program bagi meningkatkan prestasi pembangunan industri filem tempatan. Perlantikan Ahli Jawatankuasa Penasihat berkuatkuasa 1 Oktober 2010 hingga 30 September 2011.

Senarai Jawatankuasa Penasihat FINAS 2010/2011

Pengerusi – Dato’ Mohamed Mohd Daud
(TKSU (Kebudayaan) KPKK)
Timbalan Pengerusi – Mohd Mahyidin Mustakim
(Ketua Pengarah FINAS)

Ahli

  1. Panchacharam a/l Naliah – GAFIM
  2. Jurey Latif Mohd Rosli – GAFIM
  3. Khir Mohd Nor – GAFIM
  4. Dato’ Aziz Singah
  5. Gerald Hans Isaac
  6. Chiu Keng Guan

Sementara itu, Presiden Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (GAFIM) yang juga Presiden Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM), Ahmad Puad Onah dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Perbadanan FINAS dan Presiden Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM), Ahmad Ibrahim sebagai Ahli Perbadanan berkuatkuasa mulai 1 Oktober 2010 sehingga 30 September 2011.

Senarai Penuh Ahli Perbadanan :

  1. YBhg Dato’ Mohammed Mohd. Daud
  2. Encik Ahmad Puad Onah
  3. YBhg Datuk Azman @ Othman Salleh
  4. YBhg Dato’ Mustapha Ma’arof
  5. YBhg Datuk Abdul Rauf Yusoh
  6. YBrs Encik David Teo Chew Huat
  7. Encik Ahmad Idham b. Ahmad Nadzri
  8. YBrs Encik Ahmad Suhaimi Endut
  9. Encik Ahmad Ibrahim
  10. Encik Garuna Murthee a/l Kandiah

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

IMAGING FAIR AND CONTEST FOR PHOTO FANS

Movie Day Out Pembaca Sensasi Selebriti Life As We Know It