Senarai Giliran Persembahan Anugerah Juara Lagu 22
Sebelum tu, nak highlight jap pasal Ally Iskandar yang tersilap cakap masa showcase Anugerah Lagu 22. Dia tersilap cakap ada 14 kategori dipertandingkan. Tapi Cheryl Samad dan penonton macam tak perasan masa tu. Terkejut juga apabila saya dengar, tapi rupa-rupanya yang dimaksudkan oleh Ally ialah 14 lagu sebenarnya. Bayangkan kalau benarlah 14 kategori lagu dipertandingkan tu… huh mahu seminggu pun tak habis anugerah tu…
Berikut senarai giliran persembahan finalis di AJL 22 yang akan diadakan di Stadium Putra, Bukit Jalil pada 27 Januari 2008, jam 8.30 malam.
- Farhana (Puteri Bumi Kenyalang) - Jinbara
- Samudera - Nora
- Harapan - Fazli Zainal
- Destinasi Cinta - Datuk Siti Nurhaliza
- Mahakarya Cinta - Faizal Tahir
- Kasihnya Balkis - Aishah
- Sembunyi - Misha Omar & Andy
- Janjiku - Sofaz
- Izinkan Ku Pergi - Sahri
- Angan Dan Sedar - Mawi
- Ceritera Cinta - Jaclyn Victor & Lah
- Itu Kamu - Estranged
- Dirgahayu - Ramlah Ram
- Kasih Tercipta - Faizal Tahir
Bayangkan persembahan pertama yang membuka pentas AJL22 ialah lagu berentak rock yang saya kira akan membakar pentas pada malam itu… lagu Farhana (Puteri Bumi Kenyalang) ciptaan Denai, Andy Rahman RD Razi… pastinya sesuai untuk malam itu.
Ketika sesi pengundian untuk Mawi, kertas cabutannya terjatuh ke bawah pentas… mungkinkah ini satu petanda yang Mawi tidak akan menang apa-apa pada malam itu?
Pemenang Juara Lagu akan membawa trofi dan wang tunai RM25,000. Manakala, setiap juara kategori akan membawa pulang trofi dan wang tunai RM12,000. Untuk persembahan terbaik dan vokal terbaik masing-masing akan dapat trofi dan wang tunai RM10,000.
Lagu manakah yang akan dinobatkan sebagai Juara Lagu kali ini? Ramalkan tekaan anda sekarang di ruangan komen!



Technorati Tags: proton saga baru, boston, farhana, lagu anugerah, siti nurhaliza bertudung, gambar haji, kasih tercipta, mawi ekin kahwin, jaclyn filem estet, senarai lagu
Tags: Anugerah Skrin, boston, farhana, gambar haji, jaclyn filem estet, kasih tercipta, lagu anugerah, mawi ekin kahwin, senarai lagu, siti nurhaliza bertudungBaca artikel lain yang berkaitan:














January 7th, 2008 at 7:59 am
harap sangat faizal tahir menang. lagi best kalau terus menang juara lagu..
January 7th, 2008 at 8:20 am
juara lagu kali ni mmg best…setiap kategori ada peberet song..x tau nk pilih sapa…tp harap2 angan dan sedar akan jd juara lagu…
January 7th, 2008 at 6:57 pm
poyo tull faizal…rasanya sapa ek menang…..
January 8th, 2008 at 7:44 am
jgn lah si anak pak tahir menang sakit hati tul lahh…nengok nyerrr…..
January 8th, 2008 at 7:46 am
jGnlaH si yanG menyanYi duEt 2 menaNg….si poMpuaN bGigi bEsi 2 aKu taK sKe…mEngaDa aJe leBih….
January 8th, 2008 at 10:48 am
tak sabaq nak tau sapa menang..
bg ct gondol balik ah gelaran juara tuh…
okey per..kan..kan..
January 8th, 2008 at 1:03 pm
ok…. kalo nk bg komen ni…. mungkin saya akan lebih terperinci atau spesifik pada kualiti lagu mereka. sy tidak akan beri komen satu-persatu lagu tersebut, kerna sy bukannya dibayar pun utk mengkritik mahupun membuat ulasan tentang lagu2 yg akan menang pd final Juara Lagu ke 22 ni. tp sy bg secara general je.
dalam kategori irama malaysia, saya rasakan bahawa Samudera nyanyian Nora mempunyai kekuatan yg lebih daripada 2 lagu yg lain. walaupun pd hakikatnya susuan lagu Samudera sememangnya bersepah dan tidak memberikan lagu itu menarik tetapi Samudera lebih baik daripada lagu Kasihnya Balkis dan Dirgahayu yang ternyata lebih kucar-kacir dari segi susunan muzik mahupun melodinya. jadi saya predict bahawa Samudera Juara Irama Malaysia.
kategori balada pula, saya lihatkan kekuatan pada lagu2 tersebut setara tetapi sy tidak katakan bahawa lagu2 tersebut mempunyai kekuatan tersendiri kerna itu adalah ulasan ataupun statement yg ketinggalan zaman dan tidak beranjakan paradigma dan berevolusi. kalo ikutkan susunan muzik dan melodi saya nmpk kekuatan lebih kepada Izinku Pergi dan Mahakarya Cinta. Izinku Pergi mempunyai aura yg menyentuh dan penjiwaan ciptaan lagu tersebut ’sampai’ dan Mahakarya Cinta pula muziknya yg kuat dan ‘climax’nya mempunyai ciri2 ‘puas’ pada lagu tersebut. malah lirik Mahakarya Cinta agak menarik berbanding yg lain. juga jangan pandang remeh pada Kasih Tercipta. Lagu Harapan dan Ceritera Cinta bg sy agak biasa dan a bit ordinary. xde yg menarik sgt. kalau saya, sy lebih pada Izinku Pergi kerna ciptaan lagunya yg mempunyai aura yg tidak terdapat pd lagu2 lain. tp seperti biasa, di Malaysia ini, penjurian yang agak terpengaruh dengan keadaan sekitar dan kepopularitian sesuatu lagu mahupun artis itu turut mempengaruhi kualiti penjurian mereka. jadi sy pasti bahwa lagu Izinku Pergi tidak akan menjadi juara balada sebaliknya saya rasakan antara Mahakarya Cinta dan Kasih Tercipta berentap hebat untuk menjadi juara balada. adakah Ceritera Cinta yg akan menjadi juara balada hanya kerna lagu ini pernah menjadi calon akhir utk Lagu Terbaik AIM yg lepas? hmmmm… tapi kalo ikutkan kualiti sy vote untuk Izinku Pergi tapi yg akan menjadi juara balada ialah Mahakarya Cinta.
kategori pop rock pula banyak calon akhir. hmmm… tetapi kalau Uncle Meet Hussein mempertaruhkan lagu mereka, tidak ada gusar untuk sy katakan bahawa lagu mereka selayaknya memenangi juara pop rock malah juga juara lagu yg ke 22 ini. berbalik pd realiti, sy lihatkan bahawa lagu yg selayaknya memiliki ciri2 pop rock yg berkualiti tinggi dalam kesemua calon pop rock ini adalah satu2nya Itu Kamu oleh Estranged. lagu mereka menepati ciri2 tersebut. tapi ini Juara Lagu, sy tidak begitu pasti pada kategori pop rock ini kerna ini bukanlah bidang muzik sy. tp sy rasakan saingan hebat antara Itu Kamu, dan… entah. nk katakan lagu Destinasi Cinta yg lagu dan melodinya terlalu common dan lirik yg terlalu ringan menjadi juara, tidak rasanya unless mereka lihat pada title Dato’ pada Siti Nurhaliza yang makin goyah persembahan live dia setelah bergelar isteri, tp itu bukan persoalannya di sini. lagu Farhana yg menjadi siulan, agak unik lagu ini walaupun muzik arrangementnya terlalu ringan. Angan dan Sedar, seperti lagu Lagu Cinta Lagu Jiwa, sama konsepnya, happening dan happy go lucky song, tp kekuatannya pun happy go lucky jugak la. Sembunyi pula just ok, walau kekuatannya pada melodi sahaja, tp lama2 dengar, okla, untuk jadi juara, tidak kot. lagu Janjiku tidak begitu matang lagi walaupun ianya memberi pembaharuan pada irama pop rock, boleh dipertingkatkan lagi, tp sekiranya lagu ini matang, semestinya memberi saingan hebat pada Estranged. agak sukar untuk menentukan siapa yg akan menjadi juara pop rock. kalo sy, sy akan vote utk Itu Kamu by Estranged, tp juara pop rock mungkin pada Destinasi Cinta.
untuk vocal dan persembahan pula sy x dpt nk tafsirkan kerna pada mlm persembahan mereka baru boleh kita buat judgement. tp sekiranya level persembahan mereka sama dengan persembahan mereka pada separuh akhir, vocal terbaik mungkin pada Faizal Tahir dan persembahan terbaik juga pada Faizal Tahir. apa2 pn untuk kategori ini kita judge sahaja pd mlm itu. mungkinkah Siti Nurhaliza pulang dengan tangan kosong? mustahilkah perkara ini berlaku? ataupun M.Nasir tidak menerima apa2 kemenangan pada mlm tersebut? Mawi? kita nantikan sahaja penentuan mlm Juara Lagu 22 nnt k….
January 13th, 2008 at 9:09 am
klau aku pilih
Juara Lagu-Dirgahayu (Eddie Hamid/Hairul Anuar Harun)
Balada-Izinkan ku pergi (Azlan Abu Hassan/Sulu Serawak)
Etnik Kreatif- Dirgahayu (Eddie Hamid/Hairul Anuar harun)
Pop rock-Destinasi Cinta (Le he zuen/PSHN)
Vokal terbaik-Nora
Persembahan Terbaik-Maybe Ramlah Ram or Mawi
January 14th, 2008 at 3:59 pm
….kali ni juara lagu…semua hebat2…Tak sabaar nak tahu sapa menang. harap Faizal Tahir menang…lagu dia best……so kita semua tungguuuuuuuu.
January 14th, 2008 at 11:17 pm
Juara Lagu/ Balada- Mahakarya Cinta - Faizal Tahir
Pop rock - Itu Kamu - Estranged
Irama Msia - Samudera - Nora
Vokal Terbaik - Sahri - Izinkan ku Pergi
Persembahan Terbaik - Farhana - Jinbara
January 15th, 2008 at 7:45 am
xde sapa ke yg nk baca komen i tu?
January 18th, 2008 at 8:36 am
saya rasa yang akan menang juara lagu sama ada destinasi cinta @ ceritera cinta..destinasi cinta mempunyai rentak up beat ,merancakkan suasana…manakala ceritera cinta lagunye memang sempoi dan sedap di dengar.vokal pulak antara jac,siti dan faizal tahir.mereka masing-masing mempunyai kekuatan tersendiri….
January 18th, 2008 at 8:39 am
i paling tak agree ngan roshy…eiii kolot nyer ramlah ram tak layak menang vokal!!!!
ade jugak org macam nie….
how a bad taste!!!!
January 21st, 2008 at 9:56 am
Fullllllammmmaxxxxxxxx!!!!!!!Ini memmaaannnnggg mcm pilihanraye umum kt sini nanti….Tapi berdasarkan ramalan aku,nilah senarai bakal pemenang-pemenang AJL 22 ni nanti…..
Persembahan Terbaik-Angan dan Sedar(Mawi)#10
Vokal Terbaik-Destinasi Cinta(Datuk Siti Nurhaliza)#4
Juara Etnik Kreatif-Samudera(Nora)#2
Juara Balada-Mahakarya Cinta(Faizal Tahir)#5
Juara Pop Rock dan Juara Lagu-Sembunyi(Misha Omar/Andy Flop Poppy)#7
Yelah,psl,aku suke sgt dgn lagu ni yng kedengaran keras…Lagipun si Misha ni nmpk lebih cute dgn imej baru berambut pendek….Manekale si Andy ni aku tk pernah-pernah nmpk die dan juge Flop Poppynye di AJL-AJL sebelum ini…..Lagu Sembunyi,hasil ciptaan Aidit Alfian dan nukilan lirik oleh Loloq yng agk mendalam skali,ade makne yng tersendiri…Rentaknye agak catchy dan kedengaran keras,mcm rock gilr habisss….I support and i salute you……..
January 21st, 2008 at 10:54 am
irama malaysia: nora
I rasa faizal tahir atau siti akan menang juara lagu.
January 21st, 2008 at 10:57 am
i betulkan website
January 21st, 2008 at 11:58 am
Fulllllammmmmaaaaxxxxxx!!!!!!!Ini,gerenti,same mcm pilihanraye umum nanti..Skrng,bahane AJL 22 dah nk bermule dn hampir-hampir tamat pade hari Ahad nanti….Tpi,berdasarkan aku punye tilikan,berikut adelah senarai bakal pemenang-pemenang besar dan kecik untuk AJL tahun ini…….
Persembahan Terbaik-Angan dan Sedar(Mawi)#10
Vokal Terbaik-Destinasi Cinta(Datuk Siti Nurhaliza)#4
Juara Irama Etnik Kreatif-Samudera(Nora)#2
Juara Balada-Mahakarya Cinta(Faizal Tahir)#5
Juara Pop Rock-Sembunyi(Misha Omar/Andy Flop Poppy)#7
Juara Lagu 2007-Sembunyi(Misha Omar/Andy Flop Poppy)#7
Yelah,psl aku memang suke sgt dgn lagu ni…Lagipun,si Misha ni bole jgk tampil lebih cute dgn imej baru berambut pendek,manekale si Andy plak tk pernah-pernah aku nmpk die kt AJL-AJL sblum ini,serte kumpulannye….Lagu ni,hasil ciptaan Aidit Alfian dan tulisan lirik oleh Loloq yng agk mempunyai makne yng tersendiri…Die punye rentak bole tahan jgk,agk catchy dan yng paling besssshhh skali,rock giler habissssss,siakkk…!!!!Mungkin lagu ni bole membuke ruang untuk Misha untuk menyanyikan lebih banyk lagu-lagu yng kedengaran keras dan pop rock jgk….Keep it up,gal….Dn,aku merayu kat korang semue,tolonglah kasi chan same die dn juge Andy Flop Poppy,psl aku suke die punye suare walaupun die nervous waktu Separuh Akhir….Skureng-kurengnye,Juare Pop Rock,ke Persembahan Terbaik,tkpelah….Juare Lagu,MESTI!!!!!UNDI-LAH!!!!!!
January 21st, 2008 at 6:35 pm
jinbara patut menang kerana berani mengetengahkan lagu lagu yang mempunyai melodi indah begini..
January 21st, 2008 at 6:41 pm
INSYAALLAH PADA TAHUN INI AJL AKAN BERTAMBAH SEMPURNA DARI SEGI PENGANJURAN DAN PENILAIAN LAGU TERUTAMA DARI SEGI KEINDAHAN MELODI DAN TERSENDIRI… SEMOGA FARHANA MENDAPAT TEMPAT DIHATI PARA JURI AJL KALI INI.. SUKARELAWAN KOTA ANGGERIK MENDOAKAN KEJAYAAN JINBARA …
January 23rd, 2008 at 12:58 pm
faizal tahir akan jadi juara dgn kasih tercipta
January 23rd, 2008 at 1:00 pm
faizal tahir bleh menang
January 24th, 2008 at 3:05 pm
aku rasa JUARA LAGU milik IZINKU PERGI…walaupun lagu itu bukan KAER yang nyanyikan tapi tetap terasa dijiwa bila SAHRI..lagukan
Etnik Kreatif - Samudera (NORA)
Balada - Izinku Pergi (SAHRI)
Pop Rock - Angan dan Sedar (MAWI)
Persembahan Terbaik -MAWI
Vokal Terbaik - Aisyah
January 25th, 2008 at 3:59 pm
ramlah ram pengkid
January 25th, 2008 at 9:57 pm
Kepala hotak kau!!!!Tk tengok ka laporan terkini mengenai si Faizal Tahir kat mane-mane je berite-berite hiburan dn berite-berite terkini….Ade ke patutt die pergi bukak baju kt depan orng ramai kat satu persembahan untuk stesen 8TV….Dahlah kene ban,kene blacklist,kene haram dari mane-mane siaran slame 6 bulannnn taukkkk……..!!!Kesian ke tk kesian,tapi apepasal buat perkare yng betul-betul memalukan,siakkkk….Make,dgn ini,AJL 22 dgn hanye 12 buah lagu saje yng dipertandingkan,termasuk juge lagu Sembunyi,yng menjadi pilihanku untuk Juare Lagu ni….Aku rase walaupun Fazli Zainal punye suare macam Mike Mohede,tapi mungkin juge ader bakat yng agk terserlah….Wallahualammm,tk tahu same ade lagu Izinku Pergi atau Harapan yng akan menang Juare Balada,kalo Faizal Tahir tk dpt untuk lagu Mahakarya Cinta…..Aku juge rase dn yakin sikit bahwe Jaclyn Victor yng berduet dgn Lah VE bagi Ceritera Cinta,aku rase memang agak layak untuk Juara Balada,instead of Harapan,psl aku tk suke lagu tu….
Berikut adelah senarai bakal pemenang-pemenang AJL 22 berdasarkan tilikan dn ramalan aku walaupun terdapat recount lepas Faizal Tahir kene blacklist….:
Persembahan Terbaik-Angan dan Sedar(Mawi)#10
Vokal Terbaik-Destinasi Cinta(Datuk Siti Nurhaliza)#4
Juara Irama Etnik Kreatif-Samudera(Nora)#2
Juara Balada-Ceritera Cinta(Jaclyn Victor/Lah VE)#11
Juara Pop Rock-Sembunyi(Misha Omar/Andy Flop Poppy)#7
Juara Lagu 2007-Sembunyi(Misha Omar/Andy Flop Poppy)#7
Aku juge nk kasi pernilaian lagi kirekan recount juge….Semue kategori iaitu Persembahan dan Vokal Terbaik dn Juare Irama Etnik Kreatif dn Juare Pop Rock serte Juare Lagu 2007 tentu memang tepat nanti…..Tapi,lagu Mahakarya Cinta nyanyian Faizal Tahir terpakse digantikan oleh lagu Ceritera Cinta dendangan Jac dan Lah VE bagi Juare Balada psl lagu ni agk berhantu….Okey jgk aperrr,tklah macam lagu Harapan dn suare penyanyinye yng dalam sangat dn Izinku Pergi yng Kaer sepatutnye ade untuk menang lagu ni tapi digantikan oleh Sahri yng suarenye,parrrahhhh siakkk!!!Tambahan pule,Jaclyn memang nk buat comeback dn akn juge diiktirafkan skali lagi lepas menang Gemilangnye slaku juare tahun 2005….Kasilah die chan skali lagi,oiii sedare…..
January 26th, 2008 at 12:10 pm
AJL adalah pertandingan atau pencarian Juara Lagu. Penilaian dibuat pada lagu bukan penyanyi, jadi jgn lah ralat kalau Izinku Pergi dinyanyikan oleh Sahri, Mahakarya Cinta oleh Fiq dan Kasih Tercipta oleh Ajai. Kalau nak juga anggap AJL ni pertandingan atau kemenangan penyanyi kesayangan anda, suruh mereka masuk IKON atau ONE IN MILLION.
January 27th, 2008 at 12:34 pm
Persembahan Terbaik- terpulang prsembahan mlm tu.
Vokal Terbaik- faizal tahir.
Juara Irama Etnik Kreatif- samduera- nora.
Juara Balada- mahakarya cinta - faizal tahir.
Juara Pop Rock-Sembunyi(Misha Omar/Andy Flop Poppy)
Juara Lagu 2007- faizal tahir - mahakarya cinta.
January 27th, 2008 at 1:36 pm
ADUS…KESIANNYA, ADA ORG X BACA BERITA DAN PERKEMBANGAN, CAMANA PENYANYI TU NAK DAPAT VOKAL TERBAIK AJL MLM NIH..KALAU DIA X NYANYI PON SEBARIS AYAT? DAN KALAU LAGU TU MENANG, BUKAN KEMENANGAN PENYANYI…TAPI KEMENANGAN PENCIPTA KERANA NI JUARA LAGU…( LAGU YG JUARA ) BUKAN JUARA PENYANYI.
January 27th, 2008 at 6:35 pm
i think dato’ siti has sumthing that make me feel that she won tonight but the competition between she n faizal tahir is to strong…eemnmm just watch it and accept the result…
January 27th, 2008 at 11:13 pm
saya br jer hbs tengok AJL…dan saya puas hati ngan keputusannya…tapi yg saya ralat pasal faizal tahir…x silap saya kn gam 3 bulan sbb kes buka baju…btol..klau ikutkan budaya kita apa yg dia buat x sesuai tp mlm ni majoriti artis yg dtg lagi dhsyat drpd itu…nora danish yg menang pakaian terbaik dgn menonjolkan sebelah bahu yg gebu dan kain belah hampir mencecah pangkal peha…x dpt sy bayangkan cemana dia duduk kat ats kerusi ngan kain yg camtu….yg sy pelik pd yg harus dikenakan tindakan x kn plak..cam contoh faizal ni…sy bknlah peminat dia tp sy terpanggil utk mberi komen bl tgk keadaan camni..contoh lagi..cam kes gambar pelakon ank pontianak..sy x tahu nama dia saper..xder plak tindakan paper yg dikenakan utk dia…jgn nak tipu kononnya gambar tu super imposed…kalau zaman linda rafar dan edry boleh ler ckp camtu sbb org x tahu sgt…skrg org dah pandai nilai..lagi pun utk buat super impose tu kalau setakat paki cd pirate xkan jd pun
January 27th, 2008 at 11:17 pm
pelik2…dunia dah terbalik….nampak sgt ketidakadilan berlaku….pada saya artis wanita yg seksi sepatutnya digam…ada function jer…mesti berkemban……tu yg aku pelik
January 29th, 2008 at 12:24 pm
Benar-benar belake aku punyer tilikan,tapi…..hampir-hampir,80-90% tepat….
Nora,akhirnye menang juare Irama Etnik Kreatif bagi lagu Samudera yng agk bersemangat….Yes!!!!Lagu Angan dan Sedar memang bole jgk menang besar kecik sikit,so memang Persembahan Terbaik goes to Mawilah!Jaclyn Vinctor dn Lah VE akhirnye dpt jgk,tpi Vokal Terbaik,menerusi lagu Ceritera Cinta,insted of Juare Balada…
Tpi,lagu Kaer Azmi dgn Izinku Pergi goes to Sahri,his successor,sbgai juare Balada…Ianye mungkin dpt memberi ruang terbuka bagi Sahri untuk muncul dgn album penuhnye,membuatkan Kaer begitu bangge….Lagu Sembunyi,dndangan Misha dan Andy,yng sepatutnye jadi juare Pop Rock,dn menang besar,telahpun tewas ke tangan Estranged dgn lagu Itu Kamu,yng juge merupekan juare sepenuhnye….
Apepun,ianye mungkin tidak akan menghalang Misha dan Andy untuk mare ke depan ke pertandingan strusnye iaitu Hits 1,yng lagu Sembunyi mungkin dpt mengatasi lagu Terlalu Istimewa slaku juare tahun lepas,bersame lagu-lagu sprti Angan dan Sedar,Itu Kamu,Satu Harapan,Destinasi Cinta,Janjiku dn lain-lain lagi…..Cube lagi sampai bole dpt punyerrrr…..Apepun,congrats skali lagi kpade Estranged…Patutlah ramai orng suke sngat dgn lagu korang ni….Harap-harap bole naik taraf ke global….