Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Senarai Finalis Top 10 Project Superstar 3



Pertandingan Sebenar kini bermula…
Selepas mengharungi pahit getir sesi ujibakat, kritikan dan juga penyingkiran, kini hanya tinggal 10 peserta bertuah yang berjaya melayakkan diri mereka ke cabaran peringkat Top 10.  Bermula dari saat ini, kesemua mereka perlu memikat hati rakyat Malaysia dan juga hati syarikat rakaman yang mana nasib merupakan faktor penentu untuk mengubah takdir hidup mereka selama-lamanya!

project superstar

FINALIS TOP 10 PROJECT SUPERSTAR 3
Mereka yang tersenarai dalam Top 10 finalis ialah Hau Chee Shih Hau, Eddie Lai Yun Ling, Will The Shin Onn, Adrian Tan Khai Zhien, Cliff Tneh Chih Wee, Ellen Sooi Pei Sia, Kay Siow Wai, Elizebeth Julai, Nicole Lai Chun Fung, dan MayMay Cham May May. Para finalis ini perlu bersaing antara satu sama lain dengan harapan mereka dapat menawan hati penonton-penonton Malaysia sekaligus melayakkan mereka ke pusingan seterusnya.

Antara hadiah-hadiah menarik yang menanti juara Project Superstar 3 ialah kontrak rakaman bersama EMI Music, lagu anda akan diputarkan di radio-radio popular tempatan, penampilan di kaca televisyen, sesi fotografi dan banyak lagi peluang yang akan terbuka.

Project Superstar 3 terbitan 8TV ini memulakan pertandingannya dengan menampilkan peserta Top 24  pada 9 Februari lalu, di mana para penonton dan peminat telah pun menyaksikan seorang demi seorang dari peserta ini tersingkir dalam setiap episod penyingkiran.

Perjalanan bagi kesemua peserta bagi musim ini lebih mencabar apabila kini hanya tinggal 5 peserta lelaki dan 5 peserta wanita akan bertanding untuk ke peringkat seterusnya dalam musim ketiga Project Superstar. Kesemua Top 10 finalis berjaya sehingga ke peringkat ini dengan berkat usaha mereka dan juga persembahan yang memikat hati para penonton semenjak dari awal pertandingan bermula. 

Project Superstar 3 menampilkan tiga kategori pertandingan – Battle  of the duets (Peringkat Suku Akhir), diikuti dengan Best of the Best (Peringkat  Separuh  Akhir) dan yang bahagian yang paling getir ialah Battle of the Sexes (Peringkat Grand Finale).

Pertandingan ini terbuka kepada rakyat Malaysia berumur antara 18 hingga 28 tahun dengan berkebolehan menyanyi dalam bahasa Mandarin.  Hadiah utama pertandingan ini merupakan kontrak rakaman album bersama EMI Music dan juga lain-lain hadiah menarik disamping populariti yang bakal dikecapi di masa hadapan.

Pengurus Besar Penjenamaan Kumpulan 8TV, Cik Airin Zainul berkata:

“Ramai bakat-bakat besar yang telah lahir dari rancangan Project Superstar Musim 1 dan 2. Pemenang musim lalu, John dan Henly telahpun membuktikan kepada rakyat Malaysia kemampuan mereka menjadi seorang bintang. Ada diantara finalis musim lalu yang kini menjadi pelakon bagi drama tempatan terbitan 8TV dan ada juga diantara mereka kini menjadi hos rancangan di 8TV. Di musim ketiga kali ini, kami berharap dapat mencari penyanyi berbakat diantara kesemua finalis dan kami telah menyediakan platform untuk mereka menyerlahkan bakat mereka.  Seramai 5,000 peserta menghadiri sesi ujibakat kali ini, saya yakin Project Superstar tahun ini menjanjikan barisan finalis yang pasti tidak akan menghampakan  para penonton rancangan ini,”

Gary Yap dan Cheryl Lee, sekali lagi dipilih menerajui rancangan ini dan dimeriahkan lagi dengan kehadiran barisan juri-juri seperti Jovi Theng, Kuan Chi Yuan, Christopher Lai dan Michelle Hsieh.

Rancangan ini dikeudarakan dua kali seminggu, bermula pada 9 Februari 2008 hingga 3 May 2008 (episod Grand Finale). Pusingan Kelayakan menyaksikan peserta wanita bersaing sesama mereka pada setiap hari Sabtu (8.30 malam – 9.30 malam), manakala bagi peserta lelaki pada setiap hari Ahad (8.30 malam – 9.30 malam) dan keputusan akan diumumkan pada setiap Ahad jam 10.00 malam.

Proses penyingkiran para peserta membabitkan kombinasi undian dari panel hakim sebanyak 30 peratus dan 70 peratus lagi dari undian para penonton 8TV bagi peringkat suku dan separuh akhir.  Manakala bagi peringkat akhir, 30 peratus dikira dari penjualan CD dan 70 peratus lagi dari undian penonton.

Magnum Corporation Berhad meneruskan sokongan mereka terhadap rancangan ini dengan menjadi penaja bagi Project Superstar 3. Ini merupakan tahun yang ketiga Magnum bersama-sama 8TV mengelolakan sebuah rancangan pencarian bakat realiti popular dikalangan golongan Cina. Musim ini dimeriahkan lagi dengan menampilkan stesen radio 988 sebagai radio rasmi bagi Project Superstar 3.

Bagi peminat-peminat Project Superstar 3 yang ingin menyaksikan dan menjadi sebahagian dari penonton rancangan ini, mereka dialu-alukan untuk mendapatkan tiket-tiket percuma yang boleh didapati di 8 E-News, 988 happy Cruiser dan juga dari kaunter pengawal Sri Pentas. Mereka akan dapat menyaksikan persembahan peserta kegemaran mereka secara langsung dan sekaligus dapat menunjukkan sokongan mereka!

Jangan lupa untuk menyaksikan cabaran Musim ketiga Project Superstar pada setiap Sabtu dan Ahad pada jam 8.30 malam dan keputusannya diketahui pada setiap hari Ahad jam 10.00 malam! Project Superstar 3 juga boleh ditonton di saluran 708 Astro.

[tags]Senarai Finalis, Top 10 Project Superstar 3, Gary Yap dan Cheryl Lee, Jovi Theng, Kuan Chi Yuan, Christopher Lai, Michelle Hsieh, Hau Chee Shih Hau, Eddie Lai Yun Ling, Will The Shin Onn, Adrian Tan Khai Zhien, Cliff Tneh Chih Wee, Ellen Sooi Pei Sia, Kay Siow Wai, Elizebeth Julai, Nicole Lai Chun Fung, May May, Lupe Fiasco, Superstar Video, malaysia event, wwe superstar, jesus christ superstar, the sims superstar, management, upcoming event, event ticket, music event, wedding photographer, marketing, thing to do, exhibition, videographer, Cham, emi music[/tags]

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Review Finalis Top 24 Project Superstar 3 di 8TV
  • Project Superstar Musim ketiga di 8TV Kembali Lagi
  • Senarai 14 Lagu Finalis Ke Anugerah Juara Lagu Ke-24
  • Kay Juara Project Superstar 3
  • Senarai Program Terhangat 2008 di 8TV
  • Felix Terima Cek Pemenang Pertama Project Runway Malaysia
  • Trailer Project Alpha
  • Drama Step of Dance Kisah Penari @ 8TV
  • Juara Project Runway Malaysia Final Fitri, Hatta, Alexandrea atau Felix?
  • Party Penamat Goodnight DJ 8TV



    • http://itsfashionhoney.blogspot.com ctkus

      hello.. x sngke budiey buat gak liputan tntang industry cine…
      sori i x lyn….
      hikhik

    • http://deleted naNaku

      HMMMM yg na tgk kan byk penyanyi superstar nie stakat ada sore yg ala2 ok jek….pastu ader sweet face…tu yg gaknye org suke…heheheheh… Na mint gak chinese,taiwanese and japanese music like wang lee hom,gary chou,stephanie sun,ayumi hamasaki,utada hikaru,S.H.E, Jolin…JAY CHOU>.. :P hehehheheheh masyukkkkkkkkkkkkk



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK