in

Senarai Filem Menarik Sempena Krismas & Tahun Baru 2013 di ntv7

Keriangan berganda sempena sambutan Krismas dan Tahun Baru di ntv7!

Barisan rancangan menarik menghiasi Saluran Ceria Anda

Tiada siapa boleh menolak bahawa kita kini sedang menghitung hari mengakhiri tahun 2012 dan sudah masanya untuk memulakan resolusi baru untuk tahun akan datang. Kehadiran hari Krismas Disember ini juga pastinya bakal menggandakan lagi kemeriahan di musim percutian ini.

[dropcap]M[/dropcap]eneruskan tradisi, ntv7 bakal membawa keceriaan tanpa henti menerusi pelbagai rancangan menarik yang bakal menemani anda dan seisi keluarga.

[pullquote align=”right”]Inilah peluang anda untuk meluangkan masa bersama insan tersayang sambil berhibur dengan rancangan yang disediakan khas bermula 22 Disember sehingga Januari 2013 nanti.[/pullquote]

Antara rancangan hebat yang bakal disajikan sempena kehadiran Krismas adalah animasi kesukaan ramai,Casper dalam A Spirited Beginning dan Haunted Christmas, drama Inggeris romantik, A Christmas Kiss lakonan serasi Elisabeth Rohm dan Brendan Fehr, filem aksi Dead or Alive, kisah magis, Velveteen Rabbit serta edisi khas rancangan temubual The Breakfast Show dan Bella.

Manakala barisan rancangan yang bakal disiarkan sempena tahun baru 2013 pula termasuklah drama komedi Keeping Mum yang bakal membuat anda tidak kering gusi, filem perisikan James Bond dalam Golden Eye, filem animasi Sabrina Friends Forever Movie dan Inazuma Eleven, siri realiti TV Gene Simmons Family Jewels, laporan berita khas rangkuman dalam Top News Stories in 2012, temujanji istimewa bersama Bella dan The Breakfast Show serta banyak lagi.

Keeping Mum

Filem Menarik Sempena Krismas di ntv7:

Casper: A Spirited Beginning – Sabtu, 22 Disember (11.30 pagi – 1.00 petang)
Casper bakal menceriakan si kecil kali ini apabila dia yang sedang dalam perjalanan ke Ghost Central dengan menaiki kereta api yang dipenuhi hantu ditinggalkan di sebuah bandar bernama Deedstown sebelum sampai ke destinasi sepatutnya. Tidak menyedari bahawa dirinya juga merupakan seorang hantu, kehadiran si hantu comel ini tetap memberi ketakutan kepada penduduk bandar tersebut. Namun segalanya mula berubah apabila Casper bertemu dengan seorang kanak-kanak lelaki, Chris Carson yang sudi menjadi sahabat baiknya.

A Christmas Kiss – Sabtu, 22 Disember (8.30 malam – 10.30 malam)
Apabila Wendy Walton memulakan kerjayanya sebagai pembantu Priscilla Hall, seorang pereka terkenal, dia tidak pernah menyangkakan kehidupannya bakal mengalami sebuah perubahan drastik. Kesibukan bekerja membawanya terperangkap di dalam sebuah lif pada malam Hari Natal bersama seorang lelaki tampan yang tidak dikenalinya. Menanti saat diselamatkan, timbul bibit-bibit cinta romantis di antara mereka berdua. Wendy yang terus melarikan diri sejurus lif terbuka kini menyedari bahawa lelaki yang dikucupnya itu adalah seorang dermawan kaya dan merupakan kekasih majikannya. Wendy mula jatuh hati pada Adam kerana beberapa episod pertemuan di pejabat majikannya. Adakah dia sanggup mengorbankan kerjaya? Adakah Adam menyedari itu adalah cinta sejatinya? Saksikan A Christmas Kiss dimana satu ciuman di malam Krismas bakal merubah segalanya. Lakonan Elisabeth Röhm, Laura Breckenridge, dan Brendan Fehr.

DOA Dead or Alive poster

Dead or Alive (D.O.A) – Sabtu, 22 Disember (11.00 malam -1.00 pagi)
Bagi mereka yang sukakan aksi dan gemar bermain permainan video seni mempertahankan diri semestinya sudah biasa mendengar judul D.O.A. Diangkat dari siri permainan video terkenal, filem D.O.A atau Dead or Alive mengisahkan sekumpulan pahlawan yang memiliki kemahiran seni mempertahankan diri tersendiri menyertai sebuah pertandingan pertempuran di sebuah pulau yang terasing. Dengan tawaran jumlah wang yang amat tinggi, masing-masing cuba mengalahkan satu sama lain. Lebih menarik seorang puteri shinobi yang turut serta diekori oleh seorang pembunuh upahan. Sementara itu, pelbagai perkara misteri berlaku yang dikaitkan dengan sebuah projek aneh. Nantikan filem penuh aksi ini lakonan Jaime Pressly, Devon Aoki, Sarah Carter, Holly
Valance dan ramai lagi.

X-tinction: Predator X – Ahad, 23 Disember (11.00 malam -1.00 pagi)
Drama Inggeris diteruskan lagi menerusi slot Sunday Movie dengan filem berjudul X-tinction: Predator X. Kisah sains fiksyen menarik ini berkisar tentang klon dinosaur dari spesies Pliosaur yang dicipta mempunyai ketinggian 50 kaki dan gigi yang tajam serta mampu bergerak pantas di dalam air kini terlepas di sebuah kawasan di Louisiana. Laura yang sedang melakukan beberapa lawatan dengan para pengunjungnya kini terpaksa berhadapan dengan ancaman pemangsa ganas. Saksikan filem mendebarkan ini lakonan Phil Daniels, Gary Stretch, Geoff Bell, Laila Rouass dan ramai lagi.

Velveteen Rabbit – Selasa, 25 Disember 2012 (9.00 pagi – 11.00 pagi)
Kisah penuh magis ini mengisahkan seorang kanak-kanak lelaki bernama Toby yang terpaksa berpisah dengan ayahnya. Ditinggalkan bersama neneknya, Toby cuba menyesuaikan diri dan mengubati kesepiannya. Pada suatu hari, ketika Toby sedang bermain di loteng rumah neneknya, dia menjumpai permainan-permainan lama milik ayahnya. Dia sangat gembira menemukan seekor patung arnab, kuda dan angsa putih yang mampu berkata-kata dan membawa dirinya ke alam mereka. Sejauh manakah Toby bakal gembira bersama teman-teman barunya itu? Nantikan Velveteen Rabbit pada pagi Krismas lakonan Matthew Harbour, Jane Seymour dan Una Kay dalam filem yang bakal menyentuh emosi anda ini.

martha-bakes-martha-stewart

Rancangan Variasi dan Hiburan sempena Krismas di ntv7
Rancangan variasi dan hiburan turut tidak ketinggalan dalam menyajikan kandungan berkaitan persediaan hari Natal dalam rancangan wawancara pagi The Breakfast Show, rancangan temubual wanita Bella edisi krismas, Martha Bakes, dokumentari First Apocalypse, Criss Angel Mindfreak Special dan Breaking the Magician’s Code.

Setiap perayaan pasti mempunyai sajian istimewa untuk dihidangkan. Jika anda masih bertanya-tanya resepi apa yang perlu dicuba kali ini, mungkin rancangan Martha Bakes ada jawapannya. Martha Stewart yang sudah lama ingin berkongsi tips memasak kini berkongsi cara asas membakar kek dan pelbagai lagi resepi lain. Berdasarkan pengalaman, eksperimen dan kajian Martha sendiri, kini beliau akan mengajar penonton di rumah bagaimana menghasilkan hidangan yang menarik, lazat dan sempurna. Dalam episod 30 minit ini Martha akan berkongsi resepi Kek Paun. Jadi sediakan pen dan kertas anda dan bersedia untuk resepi istimewa anda!

First Apocalypse Part 1 & Part 2 – Ahad, 23 Disember (Bhg. 1), 30 Disember (Bhg. 2) (8.30 pm – 9.30 pm)
Ada yang meramalkan bahawa dunia bakal menemui penghujungnya menurut kajian kalendar kaum Mayan yang hanya direkodkan sehingga tahun 2012 sahaja. Namun tiada siapa yang mampu meramalkan apa yang telah disediakan oleh Maha Pencipta. Mungkin dokumentari istimewa, First Apocalypse boleh menjadi sebahagian daripada pengajaran kepada para penonton mengenai bagaimana era Dinosaur menemui penamatnya. Jika makhluk sebesar ini juga mengalami kepupusan bagaimanakah pula kita sebagai golongan manusia untuk cuba kekal hidup? Nantikan dokumentari istimewa dalam dua bahagian ini pada hari Ahad, 23 & 30 Disember nanti.

Breaking The Magician’s Code – Isnin, 24 Disember (10.00 pagi – 11.00 pagi)
Pernahkah anda tertanya-tanya bagaimanakan seorang ahli silap mata melakukan kepakaran ilusinya? Kini anda tidak akan termanggu-manggu lagi kerana ntv7 bakal mendedahkan rahsia mereka dengan rancangan Breaking The Magician’s Code yang bakal menyingkap segala rahsia sulit pakar-pakar ahli silap mata dengan pengacara misterinya yang bertopeng.
.
Criss Angel Mindfreak Special – Selasa, 25 Disember (8.30 malam – 9.30 malam)
Mungkin ramai yang sudah mengetahui siapakah Criss kerana beliau merupakan pemenang Ahli Magis Terbaik 2012 menurut Jurnal “Best of Las Vegas”. Malah ntv7 juga pernah menyiarkan siri Criss Angel Mindfreak yang penuh dengan ilusi-ilusi menarik yang ditunjukkan Criss. Sempena Krismas ini, satu lagi episod khas akan disiarkan dengan helah kali ini – Luxor Walk – yang bakal mempersembahkan anda persembahan Criss dalam melawan hukum graviti yang bakal melalui bagunan di puncak keliling Hotel Luxor di ketinggian lebih daripada 650 kaki dan melesapkan dirinya.

The Breakfast Show dan Bella Edisi Krismas

The Breakfast Show Christmas Edition –
Raikan Krismas anda bersama pengacara kegemaran anda – Nazrudin Rahman, Aishah Sinclair, Rashid Salleh, Douglas Lim, Lisa Wong dan Satira Diana. Rancangan edisi khas ini akan bermula 24 Disember sehingga 26 Disember nanti dengan pengisian seperti keunikan sambutan perayaan ini bersama para penonton setianya.

Bella Christmas Edition –
Kata orang Krismas merupakan hari untuk memberi. Tidak kira apa pun jua sama ada dalam bentuk hadiah mahupun kasih sayang. Begitu juga dengan Bella yang bakal memberikan segala yang menarik bersama pengacara mereka – Daphne Iking, Elaine Daly & Vanessa Chong – serta nantikan apa yang istimewa dengan sambutan Krismas tahun ini.

Bella - Daphne Iking

Filem Menarik sempena sambutan Tahun Baru 2013!

Sabrina: Friends Forever Movie – Sabtu, 29 Disember (11.30 pagi – 1.00 petang)
Filem animasi Sabrina: Friends Forever Movie pastinya bakal menarik perhatian penonton-penonton muda dengan jalan ceritanya yang penuh magis dan mampu membuatkan anda tertawa. Dalam versi Drama ini, Sabriona yang menjangkau usia 13 tahun terpaksa menyertai Akademi Ahli Sihir seperti kebiasaan keluarganya. Namun Sabrina khuatir kerana dirinya yang merupakan separuh manusia dan separuh ahli sihir berbeza dengan rakan-rakannya di akademi. Sering dipandang rendah, Sabrina terpaksa membuktikan bahawa adakah dia ahli sihir yang benar-benar istimewa. Mampukah Sabrina si ahli sihir remaja ini membuktikannya?

Inazuma Eleven Movie – Ahad, 30 Disember (11.30 pagi – 1.00 petang)
Ini pastinya merupakan berita baik bagi peminat siri animasi bola sepak Inazuma Eleven kerana versi drama ini bakal lebih dramatik apabila Endou Momoru terpaksa menjadi tunjang utama pasukannya setelah kesemua pasukannya mengalami kecederaan serius berhadapan Pasukan Ogre yang memiliki kekuatan luar biasa. Saksikan permainan bola hebat yang pasti di luar dugaan daripada kebiasaannya dalam Inazuma Eleven Movie.

Keeping Mum – Ahad, 30 Disember (3.30 petang – 5.30 petang)
Bagi mereka yang memerlukan filem yang mampu membuatkan mereka ketawa terbahak-bahak, keeping Mum ada segalanya yang diharapkan apatah lagi apabila dibintangi bintang terkenal dan lucu seperti Rowan Atkinson. Filem komedi ini berkisar tentang keluarga vikar yang tidak habis-habis dihujani dengan masalah. Atkinson yang membawakan watak Reverend Walter Goodfellow merupakan seorang yang terkenal tetapi tidak berguna buat keluarganya sendiri serta dianggap bermasalah oleh masyarakat sekitarnya. Apatah lagi isterinya kini mempunyai hubungan sulit dengan seorang instruktur golf dan memiliki anak perempuan yang memiliki ramai teman lelaki. Bukan itu sahaja, anak lelakinya yang pengecut sering terlibat dengan bermacam-macam masalah sehinggalah seorang penjaga rumah bernama Grace (Maggie Smith) merubah kehidupan mereka dengan kemahirannya yang paling hebat – ‘menjaga rahsia’.

Golden Eye – Ahad, 30 Disember (11 malam – 1.30 pagi)
Bagi mereka yang menggemari filem perisikan James Bond, ntv7 juga bakal menyajikan filem lakonan Pierce Brosnan berjudul Golden Eye. Filem ini mengisahkan Bond yang dalam misi menyelamatkan London daripada sindiket bersenjata berbahaya yang ingin memusnahkan kota itu menngunakan senjata satelit yang dinamakan Golden Eye bagi meruntuhkan ekonomi kewangan dunia.

Rancangan Variasi dan Hiburan sempena sambutan Tahun Baru 2013!
Gene Simmons Family Jewels – Sabtu & Ahad, 29 & 30 Disember (10.00 malam – 10.30 malam)
Gene Simmons Family Jewels merupakan siri realiti TV yang bakal membawa anda ke dalam kehidupan Gene Simmons. vokalis kumpulan KISS, rakan kongsi yang juga isterinya, Shannon Tweed serta dua orang anak kesayangannya, Nick dan Sophie. Dua episod yang akan ditayangkan adalah “Happily Unmarried” dan “Next Generation Rock Star” yang mendedahkan rancangan Shannon Tweed untuk membalas dendam kepada Gene yang tidak menghiraukan Shannon dengan cuba mempergunakan kekasih lamanya. Seterusnya, Nick akan menubuhkan kumpulan rock-nya yang tersendiri dengan Gene yang bersedia untuk menjadi pengurus kepada anaknya sendiri. Saksikan bagaimana Gene menjenamakan kumpulan Nick serta ikuti kehidupan anak gadisnya, Sophie yang menghadiri LA Fashion Week dimana Gene bakal risau melihat anaknya yang berjaya mencuri perhatian ramai.

Ghost Lab – Isnin, 31 Disember (10.00 pagi – 11.00 pagi)
Sertai Brad dan Barry Klinge yang bakal menyingkap aktiviti paranormal dengan menngunakan peralatan sofistikated mereka dan menguji teori mereka seta menggunakan pendekatan saintifik. Dalam episod siaran ini, pasukan penyelidik akan ke Pulau Alcatraz di Teluk San Fransisco, California yang pernah menempatkan banduan ketika Perang Sivil.

Top News Stories in 2012– Isnin, 31 Disember (8.30 malam – 9.00 malam)
Dalam edisi laporan berita khas 30 minit ini, 7 edition akan menggulungkan tirai 2012 dengan rangkuman laporan berita menarik dan penting yang pernah berlaku di dalam dan luar negara sepanjang tahun itu.

Breaking The Magician’s Code – Isnin, 31 Disember (8.30 malam – 9.30 malam)
Pernahkah anda tertanya-tanya bagaimanakan seorang ahli silap mata melakukan kepakaran ilusinya? Kini anda tidak akan termanggu-manggu lagi kerana ntv7 bakal mendedahkan rahsia mereka dengan rancangan Breaking The Magician’s Code yang bakal menyingkap segala rahsia sulit pakar-pakar ahli silap mata dengan pengacara misterinya yang bertopeng. Teruskan temujanji anda bersama Breaking The Magician’s Code untuk terus menggeledah aksi ilusi yang mendebarkan.

Criss Angel Mindfreak Special – Selasa, 1 Januari 2013 (8.30 malam – 9.30 malam)
Mungkin ramai yang sudah mengetahui siapakah Criss kerana beliau merupakan pemenang Ahli Magis Terbaik 2012 menurut Jurnal “Best of Las Vegas”. Malah ntv7 juga pernah menyiarkan siri Criss Angel Mindfreak yang penuh dengan ilusi-ilusi menarik yang ditunjukkan Criss. Sempena Tahun Baru 2013 pula, satu lagi episod khas akan disiarkan dengan helah kali ini – Walk on The Lake – melintasi tasik buatan manusia, Lake Mead.
Minute To Win It – Rabu, 2 Januari 2013 (10.00 pagi – 11.00 pagi)
Hanya 60 saat di tangan anda dengan taruhan satu juta. Dapatkah anda lakukannya? Ya, anda hanya seminit untuk memenanginya! Rancangan ini memaparkan rakyat Amerika yang akan bersaing dalam cabaran selama 60 saat menggunakan objek seisi rumah untuk hadiah lumayan bernilai satu juta. Peserta akan diperlihatkan cetakan biru buat pusingan pertama dan harus melengkapkan permainan itu dalam masa 60 saat untuk memenangi hadiah wang tunai untuk meneruskan ke peringkat permainan yang seterusnya. Setelah selesai menamatkan permainan itu, peserta boleh pulang dengan membawa hadiah itu sebelum diperlihatkan sekali lagi cetakan biru untuk permainan yang seterusnya.
The Breakfast Show dan Bella Edisi Tahun Baru

The Breakfast Show New Year Edition –
Tahun Baru 2013 kini tiba dan bersama hos The Breakfast Show, sudah masanya untuk mengucapkan selamat tinggal 2012 dan mulakan resolusi baru. Nantikan apa yang menarik menanti anda pada 2013 dengan pelbagai cetusan idea yang akan dikongsikan bersama.
Pengacara: Naz, Aishah Sinclair, Douglas Lim, Lisa wong, Rashid Salleh & Satira Diana

Bella New Year Edition –
Mari mengira detik tahun baru 2013 bersama rancangan temubual wanita, Bella yang pastinya akan menghimpunkan segala yang menarik pada tahun 2012 dan apa pula yang perlu anda lakukan untuk tahun 2013. Lawati apa yang berlaku di sekitar sambutan tahun baru serta apakah ramalan menarik buat tahun 2013.

Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari www.ntv7.com.my atau www.tonton.com.my. Atau ikutilah perkembangan terbaru ntv7 melalui Facebook dan Twitter.

A Christmas Kiss starring Elisabeth Rohm & Brendan Fehr

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Roadshow Anugerah Juara Lagu 27 di Melaka

Winners Christmas Band Battle Contest 2012