in , ,

Senarai Calon MTV Movie Awards 2007, Jom Tengok Ramalan Siapa Yang Menang!

Jom gais kita tengok siapakah yang akan menang nanti di MTV Movie Awards 2007. Entri ini sekadar ramalan Budiey sahaja. Enjoys!

Senarai calon-calon bagi MTV Movie Awards 2007 telah pun diumumkan. Filem yang meraih pencalonan paling banyak adalah filem perang epik 300, manakala filem lanun sekuel Pirates of the Caribbean: Dead Man’s Chest meraih empat pencalonan. Kedua-dua filem tersebut mendapat pencalonan dalam kategori Filem Terbaik bersama dengan filem-filem seperti Blades of Glory, Borat dan Little Miss Sunshine.

Gerard Butler dicalonkan dalam kategori Persembahan Terbaik dan Aksi Berlawan Terbaik, manakala Lena Headey dicalonkan dalam kategori Persembahan Harapan dan Rodrigo Santoro dicalonkan untuk kategori Musuh Terbaik. Ketiga-tiga pelakon tersebut adalah dari filem 300. Pelakon-pelakon Pirates of the Caribbean: Dead Man’s Chest, Johnny Depp dan Keira Knightley mendapat pencalonan dalam kategori Persembahan Terbaik manakala Bill Nighy dalam kategori Musuh Terbaik.

Budiey: Selamat maju jaya kepada semua finalis. Saya kira filem 300 akan menang besar untuk musim ini. Budiey dah tonton filem ini. Filem epik perang sebegini sebenarnya bukan porte dan kegemaran saya. Bagi saya, sinematografi filem ini terlalu banyak diselubungi oleh warna-warna gothic dan jelas ketara penggunaan CGI dan teknologi canggih dalam perfileman. Tidak dapat kita nafikan, pemenang filem terbaik sebelum ini pun mempunyai ciri-ciri dan kriteria yang sama.

MTV Movie Awards 2007  tidaklah serius dan tidak segah mana pada saya. Kalau nak dibandingkan dengan Anugerah Golden Globe atau Oscars & Academy, penganjuran dan konsepnya agak berlainan. Anggaplah anugerah ini hanya suka-suka dan main-main saja. Haha!

Senarai penuh calon-calon MTV Movie Awards 2007 adalah seperti berikut:Filem Terbaik: 300, Blades of Glory, Borat: Cultural Learnings of America for Make Benefit Glorious Nation of Kazakhstan, Little Miss Sunshine, Pirates of the Caribbean: Dead Man’s Chest

Pilihan Sensasi Selebriti: filem perang epik 300

Persembahan Terbaik: Gerard Butler (300), Johnny Depp (Pirates of the Caribbean: Dead Man’s Chest), Keira Knightley (Pirates of the Caribbean: Dead Man’s Chest), Jennifer Hudson (Dreamgirls), Beyonce Knowles (Dreamgirls), Will Smith (The Pursuit of Happyness)

Pilihan Sensasi Selebriti: Jennifer Hudson (Dreamgirls)

Persembahan Harapan: Emily Blunt (The Devil Wears Prada), Abigail Breslin (Little Miss Sunshine), Lena Headey (300), Columbus Short (Stomp the Yard), Jaden Smith (The Pursuit of Happyness), Justin Timberlake (Alpha Dog)

Pilihan Sensasi Selebriti: Emily Blunt (The Devil Wears Prada)

Persembahan Komedi Terbaik: Emily Blunt (The Devil Wears Prada), Sacha Baron Cohen (Borat: Cultural Learnings of America for Make Benefit Glorious Nation of Kazakhstan), Will Ferrell (Blades of Glory), Adam Sandler (Click), Ben Stiller (Night at the Museum)

Pilihan Sensasi Selebriti: Sacha Baron Cohen (Borat)

Aksi Ciuman Terbaik: Cameron Diaz & Jude Law (The Holiday), Will Ferrell & Sacha Baron Cohen (Talladega Nights: The Ballad of Ricky Bobby), Columbus Short & Meagan Good (Stomp the Yard), Mark Wahlberg & Elizabeth Banks (Invincible), Marlon Wayans & Brittany Daniel (The Little Man)

Pilihan Sensasi Selebriti: Cameron Diaz & Jude Law (The Holiday)

Musuh Terbaik: Tobin Bell (Saw III), Jack Nicholson (The Departed), Bill Nighy (Pirates of the Caribbean: Dead Man’s Chest), Rodrigo Santoro (300), Meryl Streep (The Devil Wears Prada)

Pilihan Sensasi Selebriti: Bill Nighy (Pirates of the Caribbean: Dead Man’s Chest)

Aksi Berlawan Terbaik: Jack Black & Hector Jimenez vs. Los Duendes [Wrestling Match](Nacho Libre), Gerard Butler vs. ‘The Uber Immortal’ [The Spartan/Persian Battle] (300), Sacha Baron Cohen vs. Ken Davitian [Naked Wrestling] (Borat: Cultural Learnings of America for Make Benefit Glorious Nation of Kazakhstan), Will Ferrell vs. Jon Heder [Ice-Rink Fight] (Blades of Glory), Uma Thurman vs. Anna Faris [Super Girl Fight] (My Super Ex-Girlfriend)

Pilihan Sensasi Selebriti: Gerard Butler vs. ‘The Uber Immortal’ (300)

Kelolaan: Shy | Sumber: Hollywood.com

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Corat Coret & Gambar Selebriti Sekitar di Post Party Anugerah Industri Muzik 14

Ulasan Filem SUMOLAH Lakonan Afdlin Shauki – Part 1