in

Senarai Calon Akhir Anugerah Industri Muzik 20

AIM 20 dilihat bakal membawa keunikan tersendiri pada tahun ini apabila memperkenalkan penambahan kategori baru iaitu Persembahan Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik di dalam Lagu yang akan menyaksikan persaingan antara lagu-lagu popular termasuk Sedetik Lebih dendangan Anuar Zain & Dayang Nurfaizah, In Love with You dendangan Noh Salleh & Aizat Amdan dan Lari dendangan Sleeq & Hazama.

[pullquote align=”right”]AIM 20 bakal berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil pada 14 Disember 2013 bermula dengan siaran secara langsung acara ‘Karpet Glamor AIM 20′ pada jam 8.30 malam disusuli dengan siaran langsung majlis penyampaian anugerah AIM 20 pada jam 9 malam.[/pullquote]

Sementara itu, Dato’ Ramli MS difahamkan akan memikul tanggungjawab sebagai Ketua Juri untuk tahun ini sambil dibantu oleh juri-juri lain seperti Adnan Abu Hassan, Ajai, Aubrey Suwito dan Dato’ Ramli Sarip.

Sejak beberapa bulan yang lepas, pihak AIM dengan kerjasama KPMG sebagai juruaudit telah mengadili dan menyenarai pendek sejumlah 594 pencalonan yang layak untuk mengambil bahagian pada tahun ini.

Apa yang menariknya, senarai akhir 5 calon teratas menyaksikan tiga bakat dari program realiti TV, Akademi Fantasia iaitu Hafiz Suip, Hazama dan Amir Jahari mendahului calon-calon lain menerusi 4 pencalonan masing-masing dalam pelbagai kategori yang disertai.

Manakala pendatang baru, Ronnie dari kumpulan Hyper Act dan Najwa Mahiaddin bersaing dengan nama besar seperti Faizal Tahir, Dato’ Siti Nurhaliza dan Jaclyn Victor di dalam kategori Persembahan Vokal Terbaik di dalam Lagu (Lelaki dan Wanita).

SENARAI PENUH PENCALONAN AIM 20

Artis Baru Terbaik

  1. Alex Subryn
  2. Jes Ebrahim
  3. Mosyi
  4. Sekumpulan Orang Gila
  5. Yubi

Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu Lelaki

  1. Azlan & The Typewriter – Tanda Tanya
  2. Faizal Tahir – Biar
  3. Hafiz Suip – Bahagiamu Deritaku
  4. Hazama – Relakan Jiwa
  5. Ronnie (Hyperact) – Hanya Aku

Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu Wanita

  1. Adira – Dewi Cinta
  2. Dato’ Siti Nurhaliza – Galau
  3. Dayang Nurfaizah – Seandainya Masih Ada Cinta (Anuar & Dayang Live At Dewan Filharmonik Petronas)
  4. Jaclyn Victor – Ikut Rentakku
  5. Najwa Mahiaddin – Impian Terindah

Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Berkumpulan)

  1. Forteen – Kita
  2. Inteam – Syafaat-Mu
  3. Nowseeheart – Maafkan Aku
  4. Saujana – Salam Atasmu
  5. UNIC – Ya Hanana

Persembahan Vokal Duo / Kolaborasi Terbaik Di Dalam Lagu

  1. Anuar Zain & Dayang Nurfaizah – Sedetik Lebih (Anuar & Dayang Live At Dewan Filharmonik Petronas)
  2. Guba & Yuna – You’re So Fine
  3. Noh Salleh & Aizat Amdan – In Love With You
  4. Sleeq menampilkan Hazama – Lari
  5. Velvet & Rich – Bersama Kamu

Kulit Album Terbaik

  1. Penghibur Jalanan – Amir Jahari (Kasi Gegar Entertainment / J Play)
  2. Faizal Tahir – Faizal Tahir (Zarul Eskandar)
  3. Goldfish & Blink – Goldfish & Blink (Bombshelter Studios)
  4. Zikir Terapi Diri 2 – Hafiz Hamidun (Nizam Ahmad)
  5. Penglipur Lara – Hazama (Zach Mohd Azriq)

Rakaman Album Terbaik

  1. Akim Ahmad – Akim Ahmad (CL Toh & Kuncidemak)
  2. Penghibur Jalanan – Amir Jahari (Felix Voon)
  3. Kali Pertama – Asmidar (Audi Mok, Taja, Ben Tio, Aiyad Sakti, Riza, Nick Lee, Greg Henderson & Rumie)
  4. Luahan Hati Anak Seni – Hafiz Suip (CL Toh)
  5. O – Salammusik (Dubmalas)

Video Muzik Terbaik

  1. Dwihati – Aizat Amdan menampilkan Yuna (Syahir Ismail & Ili Amdan)
  2. Tanpamu – Amir Jahari (Khairul Azri)
  3. Jauh Ke Syurga – Ana Raffali (Ahmad Aznaim Abdullah)
  4. Feraless Heart – Mr Fluff (Tan Hyon-Le)
  5. #1 – Pretty Ugly & Altimet (Perez Oldskool)

Lagu Pop Etnik Terbaik

  1. Sailing the Sahara – Amirah Ali (Amirah Ali / Amirah Ali)
  2. Pahlawan Zafana – Ihab Ismail (Ihab Ismail / Ahmad Fedtri Yahya)
  3. Selamat Datang – Noraniza Idris Menampilkan Ihab Ismail (Ihab Ismail / Ihab Ismail)
  4. Khilaf Pandangan – Zehra Zambri (Sharon Paul / Ahmad Fedtri Yahya)
  5. Fantasi Sahara – Zehra Zambri (Sharon Paul / Ahmad Fedtri Yahya)

Lagu Nasyid Terbaik

  1. Janji Khalifah – Hijjaz (Isman Isam / Zuryati Isa)
  2. Pemula Langkah – Hijjaz (Putra Aiman / Zuryati Isa)
  3. Zikir Susah Senang – Inteam (Amin Inteam / Amin Inteam)
  4. Maafkan Aku – Nowseeheart (Azahari Nsh / Azahari Nsh)
  5. Mawar Berdarah – Rabbani (B. Nury / B. Nury)

Lagu Rock Terbaik

  1. Dibawah Gerbang Skaea – Amy Search (Edrie Hashim / Buddhi Hekayat)
  2. Tanda Tanya – Azlan & The Typewriter (Light & Bakri / Dark)
  3. Panic – Bunkface (Sam Bunkface / Sam Bunkface)
  4. Vortex – Faizal Tahir (Omar K & Audi Mok / Faizal Tahir)
  5. Ulek Sayang – Hazama (Omar K / Omar K)

Lagu Pop Terbaik

  1. Sekadar Mimpi – Adira (Aubrey Suwito / Shathesh Raj)
  2. Senafas Baru – Jaclyn Victor (Edry Abdul Halim / Edry Abdul Halim)
  3. Ikut Rentakku – Jaclyn Victor (Edry Abdul Halim / Edry Abdul Halim)
  4. Bosan – Stacy (Omar K, Kimberly Chin & Audi Mok / Omar K, Kimberly Chin & Audi Mok)
  5. Lelaki – Yuna (Yunalis Zarai / Yunalis Zarai)

Lagu Hip Hop Terbaik

  1. Ini Janjiku (R&B Mix) – Amran Ismail (Amran Ismail / Amran Ismail)
  2. Aku Pelat – Salammusik menampilkan Zion Dread (DJ Fuzz / Jay Tan, Eyza Bahra, Zion Dread & Salam)
  3. Sebulatnya – The Fabulous Cats (Cat Farish, Zizie & Adeeb Mahar / Cat Farish, Ziziz & Addeb Mahar)
  4. Rembau Most Wanted – Waris (DJ Fuzz / Waris)
  5. Botingkek – Waris menampilkan Juzzthin (DJ Fuzz / Waris & Juzzthin)

Lagu Inggeris Tempatan Terbaik

  1. Rave – Goldfish & Blink menampilkan Sona One & Arabyrd (Goldfish & Blink / Sona One & Arabyrd)
  2. In The House – Goldfish & Blink menampilkan Altimet & ZE! (Goldfish & Blink / Altimet & Ze!)
  3. You’re So Fine – Guba & Yuna (Gabriel Robert / Gabriel Robert & Yunalis Zarai)
  4. Keep On Movin – Joe PV & Joe Flizzow (Joe Pv, Jeffrey Little & Saiful Ridzuan / Joe Pv & Joe Flizzow)
  5. Play Some Reggae Musik – Salammusik (Talal Zahnan / Talal Zahnan & Eyza Bahra)

Lagu Bahasa Melayu Terbaik Persembahan Artis Luar Negara

  1. Pesan Cinta – Afgan (Afgan, Inu Numata & Nino Ran / Afgan, Inu Numata & Nino Ran)
  2. Segalanya Tentang Kita – Kris Dayanti (Ajai / Ahmad Farid Abdul Jalal)
  3. Hilang Naluri – Once (Dewi Q & Ariyanto / Dewi Q)
  4. I Still Love You – Once (Youngky Soewarna, Marijati & Lina / Youngky Soewarna, Marijati & Lina)
  5. Sayang – Shae (Posan Tobing / Posan Tobing)

Bagi yang ingin mengetahui senarai penuh calon akhir AIM 20 atau mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan majlis berprestij ini, sila lawati laman web rasmi AIM.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Spotify Reveals Music To Your Fears Playlist

Alfio Raldo Symbol of Elegance & Colourful