in

Senamrobik Merdeka Bersama JoHaRa Pagi ERA

JoHaRa Akan Bersiaran Langsung di Astaka Taman Tasik Titiwangsa 1 September nanti! Sempena menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-57 pada tahun ini, ERA fm menampilkan satu keunikan apabila segmen Sarapan Pagi, JoHaRa Pagi ERA akan bersiaran secara langsung di Astaka Taman Tasik Titiwangsa! Bukan itu sahaja, malah JoHaRa Pagi ERA turut mengajak seluruh warga Malaysia untuk berkumpul di lokasi tersebut bagi menyertai aktiviti Senamrobik Merdeka, Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta yang akan bermula jam 6 pagi sehingga 10 pagi.

Turut hadir bagi memeriahkan lagi acara Senamrobik Merdeka ini adalah barisan artis popular tanahair. Alam Wakaka, seorang guru tari professional negara turut menyumbangkan masanya untuk bersama-sama para pengunjung bagi sesi acara senaman yang bakal dilakukan nanti.

JoHaRa Akan Bersiaran Langsung di Astaka Taman Tasik

Pihak ERA fm dengan besar hati ingin menjemput seluruh warga Malaysia hadir ke Astaka Taman Tasik Titiwangsa bagi menyambut Hari Kemerdekaan yang ke- 57 bersama-sama penyampai JoHara Pagi ERA yang sememangnya sentiasa menghiburkan hari-hari anda!

Inilah masanya untuk anda sentiasa dengan gaya yang sihat dan cergas! Selain berpeluang menunjukkan semangat cintakan negara di sana, anda juga tidak ketinggalan melakukan aktiviti kesihatan dengan menjalankan aktiviti senaman bersama-sama selebriti popular tanahair.

Jumpa di Astaka Taman Titiwangsa pada jam 6 pagi hingga 10 pagi pada 1 September ini! Anda juga mungkin berpeluang untuk beramah mesra bersama penyampai JoHaRa Pagi ERA mahupun artis-artis yang hadir pada hari tersebut.

Dapatkan maklumat lanjut tentang ERA fm di www.era.fm, laman Facebook dan Twitter ERA, serta frekuensi:

103.3FM Lembah Klang, 103.6FM Pulau Pinang, 103.7FM Ipoh, 98.0FM Kuantan, 103.3FM, Kota Bharu, 102.4FM Kota Kinabalu, 103.6FM Seremban, 90.3FM Melaka, 104.5FM Johor Bahru, 102.8FM Terengganu, 96.1FM Kuching, 90.7FM Langkawi, 102.0FM Tapah, 101.3FM Miri, dan Saluran Astro (856)

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sinopsis Drama Maaf Jika Aku Tak Sempurna

Sinopsis Telemovie Hari Kemerdekaan Mansur & Li Poh