in ,

Kisah Sebalik Lagu SEMBUNYI dari Adira

KISAH HATI ADIRA BUKAN LAGI RAHSIA MENERUSI SEMBUNYI

Lari Dari Kebiasaan, Konsep Muzik Unik Jadi Taruhan Dalam Single Terbaharu

Penyanyi wanita genit bersuara merdu yang berasal dari Ranau, Sabah dan merupakan naib juara Akademi Fantasia musim ke-8 dan salah seorang peserta AF Megastar 2017, Siti Adira Suhaimi atau lebih terkenal dengan panggilan Adira muncul dengan single terbaharu setelah beberapa tahun menyepi kerana sibuk dengan urusan keluarga.

Tampil dengan konsep muzik yang berbeza, Adira kembali dengan buah tangan terbaharu yang ditunggu-tunggu oleh peminatnya berjudul ‘Sembunyi’ hasil ciptaan penyanyi rap serta komposer terkenal tanahair iaitu Alif atau nama penanya Alif For Magic Potions.

ADIRA - SEMBUNYI

Penyanyi yang diberikan jolokan ‘Queen of Soundtrack’ ini sememangnya sinonim dengan runut bunyi filem, drama TV serta drama bersiri tempatan dan sering mendapat perhatian apabila digandingkan dengan penyanyi bersuara emas negara, Hafiz Suip. Setiap runut bunyi yang dinyanyikan pasti menjadi siulan penggemar muzik tempatan dan sering mendapat berjuta tontonan di laman sesawang YouTube.

ADIRA - SEMBUNYI

Ibu kepada Anggrek ini berkata,

“Single ‘Sembunyi’ sejujurnya tiada kena mengena dengan diri saya pun tapi apa yang saya faham daripada saudara Alif, ia mengenai sepasang kekasih yang telah berpisah dan tiada jodoh tetapi masih lagi mengambil berat dan masih menyayangi di antara satu sama lain secara diam-diam atau secara sembunyi. Walau bagaimanapun, jika orang lain mendengarnya mungkin mereka mempunyai pandangan tersendiri atau sesiapa sahaja di luar sana yang pernah mengalaminya sendiri.

Sebelum melakukan proses rakaman, saya telah pun mendengar beberapa karya dan akhirnya tertarik dengan ‘Sembunyi’ kerana melodinya yang unik selain mahukan sesuatu yang fresh dan lari dari kebiasaan.

Saya juga ingin memanjatkan rasa syukur kerana menjadi sebahagian daripada keluarga besar Rocketfuel Entertainment yang banyak membantu serta melancarkan kerjaya saya sekarang.

Diharapkan juga buat peminat-peminat saya di luar sana yang telah lama menunggu lagu terbaharu daripada saya dapat menerima ‘Sembunyi’ dengan baik serta penggemar muzik tanahair secara amnya.”

Menurut Adam Lobo, Ketua Label Muzik, Rocketfuel Records,

“Walaupun menyepi beberapa ketika, Adira tidak senyap begitu sahaja tetapi bangkit dengan single ‘Sembunyi’ yang memaparkan sisi lain yang tidak pernah kedengaran sebelum ini dan keluar daripada comfort zone.

Di sini terlihat kebolehan beliau sebagai penyanyi yang versatile dalam menyampaikan lagu pelbagai genre sekaligus meletakkan Adira pada kelasnya yang tersendiri.

ADIRA - SEMBUNYI

Saya juga berharap agar ‘Sembunyi’ menjadi comeback song buat Adira kerana sudah lama beliau tidak mucul dengan lagu baharu dan dapat diterima ramai.”

Lagu ‘Sembunyi’ boleh dimuat turun di iTunes dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengari melalui penstriman di atas talian seperti Raku, Spotify, Joox dan Apple Music. Video lirik dan muzik lagu ‘Sembunyi’ ini juga boleh di tonton di saluran Youtube Rocketfuel Network.

ADIRA - SEMBUNYI

Artis : Adira
Tajuk : Sembunyi
Komposer : Alif For Magic Potions
Lirik : Alif For Magic Potions

VERSE 1
Jangan Kau Rasakan Ku Tak Sayangimu
Aku Yang Sembunyi Aku Yang Merayu
Pabila Kau Pergi Ku Tetap Di Sini
Ku Tambah Curiga Ku Terus Bertanya

VERSE 2
Masihkah Kau Ingat Perjanjian Kita
Jika Tidak Jika Kau Lupa
Hanya Tinggal Lagu

CHORUS
Sunyi
Sepi
Cinta
Aku Sembunyi
Dari
Kamu

Setelah Cinta Kita Tiada Batasnya
Untukku Menyayangi Lagi Tak Pernah Ku Cuba Percayalah Kau Tetap Yang Pertama Dihatiku Kau Biar Tiada Jalan Keluar Bagiku

CHORUS
Haruskah Aku
Lupakan Kamu
Buat Selamanya
Biarkan Penutup
Aku Tidak Mahu

ADIRA - SEMBUNYI

ADIRA - SEMBUNYI

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Siapakah Yang Bakal Dinobatkan Juara GEGAR LAWAK?

Hatta Dolmat Melancarkan Koleksi PETALS RAYA 2018