in

Semak Saman Trafik Secara Online

Di musim perayaan ini, kita diminta berhati-hati di jalan raya. Opss Sikap yang dilancarkan beberapa tahun lamanya seakan tak berkesan untuk mengurangkan jumlah kemalangan. Kalau tak pun kita pasti akan kena saman jika melakukan kesalahan di jalan raya. Kemudahan internet memudahkan pemandu di Malaysia untuk semak saman trafik secara online atau SMS. Yang lebih menarik pemandu akan dimaklumkan setiap kali mendapat saman trafik melalui SMS dan email jika berdaftar dengan MyEG.

Dengan semua kemudahan semakan saman online menyebabkan pemandu Malaysia semakin berani kerana tak perlu berjumpa Polis atau JPJ untuk menyemak saman trafik. Patutlah jumlah kemalangan kian meningkat.

Semak saman trafik JPJ melalui Online :

Hanya perlu memasukan no kad pengenalan atau masukan no kad pengenalan dan no plat kereta @ JPJ Online

Semak saman Polis melalui SMS :

Taip SAMAN [NO KAD PENGENALAN] hantar kepada 32728
contoh : SAMAN 701010011010 hantar kepada 32728
atau untuk dapatkan maklumat lebih detail , taip sms :
SAMAN [no pendaftaran kenderaan] SEMUA , hantar kepada 32728
contoh : SAMAN BHN786 hantar kepada 32728

Kalau mahu detail saman dihantar ke alamak email, taip: SAMAN [no pendaftaran kenderaan] [email ] hantar kepada 32728

Contoh : SAMAN BHN786 [email protected] dan hantar ke 32728

Kepada yang dah tersenarai ada saman trafik boleh buat pembayaran saman secara online di MyEG tapi mesti daftar jadi ahli.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Majlis Berinai Ratu Rock Ella

Gambar Hantaran Majlis Tunang & Nikah Ella