in

Selena Gomez & Orlando Bloom Kini Bercinta

Pelakon dan penyanyi Selena Gomez dilaporkan mempunyai hubungan cinta bersama pelakon Orlando Bloom selepas beberapa keping gambar mereka tersebar meluas melalui media sosial.

Menurut laporan Hollywoodlife, hubungan percintaan diantara mereka kini menjadi perbualan media kerana seringkali dilihat begitu mesra di khalayak ramai.

selena gomez

“Selena begitu selesa dengan perhatian yang diberikan oleh Orlando kepada dirinya dan dia juga beranggapan bahawa hubungan mereka amat sempurna,” kata sumber.

Sumber juga menjelaskan bahawa Selena masih berhubung bersama Orlando walaupun dia sedang menjalinkan hubungan cinta bersama pemnyanyi, Zedd.

Media melaporkan sehingga kini pasangan tersebut masih belum tampil untuk membuat sebarang kenyataan rasmi mengenai hubungan cinta mereka.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Taylor Swift Disaman RM168 Juta Ciplak Lirik SHAKE IT OFF

12.12 Online Fever Returns To Malaysia