in

Selebriti Popular Meriahkan Acara Pelancaran PERFECTO POPCORN

Pada 27 Mei lalu, Budiey sempat menghadiri PERFECTO POPCORN di Cathay Cineleisure, Mutiara Damansara. Walaupun dalam keadaan badan yang masih lesu akibat jetlag tapi masih lagi kan nak menghadiri acara ini. Ramai sekali selebriti sensasi yang dijemput dan Budiey sempat hangout dengan Kamal Adli, Tasha Shila, Maria JJCM, Julia Ziegler, IZ, Amanda Imani dan ramai lagi lah.

Terima kasih PERFECTO POPCORN sudi jemput Budiey.com. Budiey dah pun merasai keenakan produk terbaru ini. Sambil makan, sambil tengok wayang. Memang ohsem. Kemanisan dan kelazatan cukup seimbang. Memang enak sampai tak sedar popcorn dah habis sekejap je Budiey makan.

Sempat hangout dgn Kamal Adli, Fadlan, Tasha Shila, Amanda, IZ, Kak Maria & Julia Ziegler di Pelancaran PERFECTO POPCORN sambil menonton filem SPY petang semalam. #perfecto #spy #BudieyatWork

Pelancaran Popcorn merupakan snek klasik yang digemari semua, lebih-lebih lagi kepada kaki wayang. Tiada yang lebih sempurna daripada menonton di pawagam dengan popcorn yang disaluti sepenuhnya. Pasaran kini menyaksikan perkembangan pesat pengeluaran filem, yang secara tidak langsung meningkatkan permintaan popcorn, kerana ia gandingan sempurna di layar perak. PERFECTÒ memperkenalkan sesuatu yang lain untuk kenikmatan sempurna – PERFECTÒ Popcorn, yang disaluti sepenuhnya setiap satu; menjadikannya teman sejati anda apabila menonton filem. PERFECTÒ Popcorn terdapat di dalam tiga perisa klasik, “Ultimate Caramel”, “Chocolate in Love” dan “French Vanilla” bagi menepati cita rasa anda. Mamee Double – Decker ketika ini memiliki lebih 36% syer pasaran snek di Malaysia, di mana PERFECTÒ Popcorn adalah sebahagian daripadanya.

Perfecto Popcorn Pack group

PERFECTO POPCORN Disaluti KESEMPURNAAN
Membawakan pengalaman mewah menonton filem di rumah, dengan cara PERFECTÒ

Pelancaran PERFECTÒ Popcorn menyaksikan ketibaan bergaya tetamu dengan pengalaman melalui karpet merah PERFECTÒ Popcorn. Para tetamu kemudiannya akan disambut oleh “paparazzi” yang akan mengambil gambar aksi-aksi mereka di karpet merah, dan dijamu dengan pelbagai seleksi canapés, mocktail, dan pemanis mulut lazat dengan perisa popcorn yang menggoda selera tetamu.

Majlis diteruskan dengan sketsa suspen filem seram yang membuatkan tetamu terasa bagaikan sebahagian daripadanya.

Aturcara ditereuskan dengan tayangan istimewa filem “SPY”. Keseronokan menonton ditambahkan lagi dengan hidangan PERFECTÒ Popcorn, iaitu popcorn yang disaluti 100%, ketika menonton TV.

Kesimpulannya , PERFECTÒ Popcorn merupakan snek unggul yang memberikan pengalaman terbaik apabila menonton, tidak kira samada di pawagam mahupun di rumah. Ia menjanjikan rasa yang disaluti 100% perisa dalam setiap satu. Selain daripada itu, peknya menampakkan pengalaman filem yang membawakan kita dekat kepada pengalaman di pawagam.

PERFECTÒ Popcorn,snek mewah yang mampu dinikmati semua kini terdapat di seluruh negara dengan harga jualan runcit RM4.50 bagi pek kecil (85g) dan RM7.50 untuk pek besar (160g). Untuk keterangan lanjut, layari Facebook rasmi PERFECTÒ di www.facebook.com/PerfectSnacks.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Al-Manna Lancar AJARKAN AKU SETIA di Social Media Hari Ini

GSC Anjur Peraduan Cabutan Bertuah JURASSIC WORLD