in

Selebriti Popular Jayakan TRANSFORMERS: AGE OF EXTINCTION Versi BM

“Autobots, Roll Out!” Satu arahan yang membawa rasa keseronokan yang tiada bandingan. Untuk Hari Raya Aidil Fitri tahun ini, kisah aksi epik, TRANSFORMERS: AGE OF EXTINCTION, akan disiarkan untuk kali pertama di televisyen Asia di HBO / HBO HD (Astro saluran 411 / 431), pada hari Jumaat 17 Julai jam 9 malam. Para penonton dapat menyaksi filem ini dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris, dengan bakat suara selebriti dari Malaysia, Singapura dan Brunei.

Barisan pelakon yang berbakat ini termasuk: Fahrin Ahmad sebagai Cade Yeager; pelakon Singapura Hisyam Hamid sebagai Optimus Prime; Sharnaaz Ahmad sebagai Galvatron; Ray (Shah Reza) dari Radio ERA sebagai Hound; Izzue Islam sebagai Drift; Haniff Hamzah dari Radio ERA sebagai Ratchet; Akim Ahmad sebagai Crosshairs; Hazama Ahmad sebagai Lockdown; dan Nabil Ahmad sebagai Brains.

Juga termasuk Faizal Ismail sebagai Joshua Joyce; Ayai Illusi sebagai Harold Attinger; Ayda Jebat sebagai Tessa Yeager; Syafiq Kyle sebagai Shane Dyson; Syazwan Zulkifly sebagai James Savoy; Scha Al-Yahya sebagai Darcy Tirrel; Elizabeth Tan sebagai Su Yueming; dan penyanyi dari Brunei, Fakhrul Razi sebagai Lucas Flannery.

“TRANSFORMERS: AGE OF EXTINCTION telah dipilih kerana ia merupakan filem yang meraih kutipan tertinggi,* di Malaysia dan di seluruh dunia pada tahun 2014. Ini merupakan kali pertama HBO Asia, bersama dengan Astro, mengalih suara sebuah filem aksi dalam bahasa tempatan, berikutan kejayaan yang lalu alih suara selebriti filem animasi lain dalam Bahasa Malaysia,” kata Jacelyn Kek, Ketua Jualan dan Pemasaran Affiliate di HBO Asia. “Langkah in mengikut beberapa pengenalan menarik lain yang telah kami lakukan di Malaysia tahun ini, termasuk pelancaran Musim Kedua HBO Sentral khas dihasilkan untuk Malaysia; siaran langsung acara anugerah Oscars; dan, tayangan perdana program HBO dan Cinemax Original pada waktu yang sama dengan Amerika Syarikat.”

“Kami berbesar hati untuk mempersembahkan TRANSFORMERS: AGE OF EXTINCTION dengan alih suara Bahasa Malaysia bersama HBO Asia pada Hari Raya ini, dalam usaha kami menawarkan lebih banyak kandungan lokalisasi yang memaparkan selebriti tanah air dan serantau yang terkenal. Usaha ini sejajar dengan matlamat Astro untuk mendekati rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai etnik, budaya dan latar belakang sosial dengan mewujudkan dan memberikan kandungan tempatan, serantau dan antarabangsa yang terbaik untuk mereka nikmati” kata Junaidah Said Khan, Penolong Naib Presiden Kanan, Bahagian Perniagaan Bahasa Inggeris, Astro.

HBO mempersembahkan siri jelajah TRANSFORMERS: AGE OF EXTINCTION

Untuk menambah keseronokan, bakat suara selebriti Bahasa Malaysia akan membuat penampilan khas pada hujung minggu di siri jelajah HBO Asia ini, di mana maskot Optimus Prime dan Bumblebee akan turut hadir untuk sesi penggambaran dengan para peminat. Semua digalakkan untuk mempamerkan pengalaman siri jelajah mereka dengan menggunakan #HBOTransformersMY.

Tarikh: 10 – 12 Julai 2015
Masa: 10 pagi – 10 malam
Tempat: Sunway Pyramid, LG2 Blue Concourse

Peraduan Online ‘Mix and Match’ TRANSFORMERS: AGE OF EXTINCTION

And berpeluang untuk memenangi 4 pas ke Universal Studios Singapore serta penginapan satu malam untuk empat ahli keluarga. Anda hanya perlu memadankan selebriti dengan watak yang dia menyuarakan secepat mungkin. Turut menjadi rebutan adalah hadiah-hadiah eksklusif. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.astrogempak.com.my/hbotransformers4 dari 1 Julai. Peraduan online ini khas untuk pelanggan Astro Movie Pack dan tempoh adalah dari 1 Julai hingga 31 Julai 2015. Tertakluk kepada terma dan syarat.

TRANSFORMERS: AGE OF EXTINCTION
Tayangan perdana sempena Hari Raya, pada hari Jumaat 17 Julai jam 9 malam di HBO / HBO HD (Astro Saluran 411 / 431)

TRANSFORMERS: AGE OF EXTINCTION bermula selepas satu pertempuran epik memusnahkan sebuah bandar raya yang besar tetapi dunia telah dapat diselamatkan. Apabila manusia sejagat bermula untuk mendirikan semula kehidupan, sebuah kumpulan mendedahkan dirinya dan berusaha untuk mengawal arah sejarah… manakala suatu ancaman purba yang berkuasa meletakkan Bumi di dalam laluannya.

Dengan bantuan daripada barisan baru watak manusia, Optimus Prime dan Autobots bangkit untuk menghadapi cabaran yang paling menggerunkan. Dalam pengembaraan yang luar biasa, mereka terlibat dalam peperangan yang baik dan yang jahat, akhirnya membawa kepada pertempuran klimaks merentasi dunia.

Dari pengarah Michael Bay dan penerbit eksekutif Steven Spielberg, TRANSFORMERS: AGE OF EXTINCTION dibintangi Mark Wahlberg, Stanley Tucci, Kelsey Grammer serta Li Bingbing, antara yang lain.

*Sumber: www.boxofficemojo.com

Tentang HBO Asia
Berpangkalan di Singapura, HBO Asia mampu menjadi peneraju dalam penyampaian filem-filem terbaik dari Hollywood di rantau Asia kerana memiliki perlesenan eksklusif dengan studio-studio utama dan bebas Hollywood termasuk Paramount Pictures, Sony Pictures, Universal Studios, Warner Bros. dan Lionsgate. HBO Asia mempunyai program-program HBO Original yang proprietari dan pernah memenangi anugerah yang dikeluarkan eksklusif untuk penonton HBO. Dimilik oleh HBO (sebuah syarikat Time Warner), HBO Asia meliputi 23 wilayah merentas Asia dan menawarkan sekumpulan saluran-saluran dan perkhidmatan termasuk saluran filem tanpa iklan 24-jam untuk langganan dalam definisi standard dan definisi tinggi – HBO, HBO SIGNATURE, HBO FAMILY, HBO HITS, CINEMAX dan RED – serta juga HBO GO dan HBO ON DEMAND. HBO Asia adalah pengedar eksklusif BabyFirst di Asia. Untuk maklumat lanjut, layari laman web www.hboasia.com.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Lagu MIKRAJ CINTA Lagu Bonus Album Dato’ Siti Nurhaliza Unplugged

Maxis Lancar Navigasi Suara Kanak-Kanak Yang Pertama Di Dunia Bagi Waze